Kekadang kita ni tak sedar yang Allah sedang menduga kita. Kita akan mudah mengeluh kalau ditimpa musibah dan tidak pula mudah bersyukur kalau menerima laba.
Saya selalu teringat ceramah Ustaz di tempat saya selalu mengaji. Dia kata: Allah akan menguji makhluknya di dunia ini dengan dua cara iaitu satu dengan kesusahan dan satu lagi dengan kemewahan.
Sesiapa makhluknya yang sering ditimpa kesusahan / musibah tetapi tetap tidak pernah mengeluh atau menerima segala qada dan kadar itu dengan redha, maka Allah akan menaikkan darjat mereka itu ke setinggi-tinggi darjat di akhirat kelak. Kumpulan manusia yang seumpama ini, InsyaAllah akan menerima rahmat Allah yang berlipat ganda ketika di akhirat nanti.
Allah juga akan menguji hambanya dengan segala kemewahan dan kekayaan di dunia ini. Sekiranya mereka ini sentiasa bersyukur akan nikmat yang dilimpahkan oleh Allah itu ke jalan yang benar dan diredhai Allah, maka beruntunglah mereka ini kerana mendapat rahmat Allah sejak dari dunia hingga ke akhirat. Namun, jika sebaliknya maka rugilah mereka-mereka ini sebab balasan Allah kepada mereka ini di akhirat kelak amatlah menakutkan kerana apa yang dimilikki di dunia ini hanyalah pinjaman dari Allah.
Mengingat kembali kata-kata ustaz itu, benar-benar membuatkan hati saya terasa insaf dan merasakan betapa kecilnya diri ini di sisiNya. Baru Allah duga dengan demam dan batuk yang tak seberapa, saya telah merasakan betapa susahnya hidup ini kerana tidak berdaya untuk memandu sendiri kereta untuk ke tempat kerja atau ke mana-mana tempat yang selalu saya kunjungi. Namun sebenarnya Allah masih sayangkan saya kerana saya masih punya suami yang sanggup menemani saya ketika saya sehat atau pun sakit. Sesungguhnya, Allah itu maha pengasih lagi maha mengasehani. Saya amat-amat bersyukur dengan segala rahmat dan hidayahnya yang tidak terhingga kepada saya selama ini.

Bertapa bersyukurnya saya kepada Allah yang masih memberi peluang kepada saya untuk bernafas hari ini dan InsyaAllah entah untuk beberapa lama lagi sehingga dapat lagi saya mencoretkan rasa hati ini di sini. Alhamdulillah!.... Hanya kepada Mu aku menyembah dan bersyukur ya Allah!... Semoga Allah terus merahmati dan memberkati kehidupan kita semua!...
2 comments:
Betul cakap Nekcun tu. Kami selalu kata, ALLAH ingat dan sayang kat kita. Sebab tulah dia bagi ujian. Kind of a test to improve oneself, lah, kan.
Sayang Allah pada kita melebihi segalanya, hanya kita sajer kekadang tak sedar... InsayaAllah, kita semua akan sentiada di rahmati Allah...
Post a Comment