Saturday, March 19, 2011

Seronoknya!.. Asyik makan free hari ni...

Bila anak-anak semua dah besar panjang ni, nekcun pun dah tak tahu bila cuti sekolah bermula dan bila pula cuti sekolah dah habis. Tapi nekcun tahu bila masanya cuti sekolah kerana sepanjang cuti sekolah ni dapur di rumah nekcun memang tak berasaplah... terutamanya bila hujung minggu kerana asyik dapat jemputan makan free sahaja.

Majlis makan free tu termasuklah kenduri tahlil, kenduri kesyukuran dan macam-macam kenduri lagilah. Kalau kenduri kahwin tu jangan cakaplah!.. memang penuh kad jemputan dok berteritip kat atas meja!.. sampai atok kena buat jadual dan timing yang tepat sebab, macam hari ni sajer nekcun dan atok ada 4 kenduri, dari siang sampai malam. Dari kenduri di khemah dekat rumahnya, kemudian masuk ke dewan dan kemudian masuk ke hotel... semuanya kenduri kahwin.

Yang 3 siang hari tu, nasib baiklah dekat-dekat ajer iaitu di sekitar Shah Alam dan Kelana Jaya. Jadi nekcun dan atok dah siap dari awal jam 11.00 pagi, pergi rumah no. 1, jam 12.30 pergi rumah no. 2 dan jam 1.30 pergi rumah no. 3. Jadi jam 2.45 petang nekcun dah boleh berehat kat rumah. Kena kosongkan perut pulak untuk majlis kahwin yang no. 4 malam nanti di sebuah hotel di Subang Jaya.

Kekadang nekcun terfikir juga... dalam keadaan barang-barang semua mahal, dan ramai yang mengeluh kerana nak belanja makan harian pun agak senak, tetapi orang masih sanggup berbelanja besar untuk majlis kenduri kahwin yang hebat-hebat. Nekcun tengok di setiap kenduri kahwin yang nekcun pergi tadi, makanan yang dihidangkan semuanya hebat-hebat belaka. Bukan sahaja makanan asas nasi beriani dan lauk-pauk, tetapi ada pula 'desert' kuih muih, cendul dan macam-macam lagi. Sudah pasti harga makanan bagi setiap orang pastinya tidak kurang dari RM20.00 seorang, dan mungkin lebih lagi.

Jadi kalau lekeh-lekeh jemputan seramai 500 orang tetamu (termasuk suami isteri), satu kenduri kahwin perlu berbelanja tidak kurang dari RM10,000-00. Itu baru kos untuk makanan sahaja, belum lagi kos khemah, kerusi meja, kos pelamin, kos door gift dan kalau yang buat di dewan, kos sewa dewan, kos audio sistem dan lain-lain lagi yang mana mungkin senang-senang tambahan lagi RM15 - 20 ribu. Kalau buat kenduri di hotel-hotel pula, tak usah ceritalah harganya!.. satu orang paling murah RM70++... itu kalau hotel 3* sajer, kalau hotel 4* atau 5*, nothing less than RM100++ seorang. (Sekarang bukan lagi 10 + 5% tetapi 10 + 6%)  Jadi kalau tak ada sekurang-kurang RM50 - 60 ribu, jangan berangan nak buat kenduri kahwin kat hotel ler!... (Boleh beli kereta Myvi cash & carry pulak!... hehehe).

Jadi, secara kasarnya, satu-satu kenduri kahwin yang paling lekeh dan paling sikit jemputannya pun, ibu bapa pengantin perlu menyediakan sekurang-kurangnya RM20 - 30 ribu. Kalau dapat ibu bapa yang berduit, tak mengapalah... kalau ibu bapa yang dah bersara macam atok dan nekcun, macam mana ya?... Dah tu atok & nekcun pulak bukanlah kerja 'gomen', jadi tak ada ler pencen bulanan... lagi sakitlah agaknya ya!... Pening juga nekcun dan atok memikirkannya kerana ada sorang lagi anak bungsu perempuan nekcun yang masih dalam proses 'risik-risik' ni... 

Walau macam manapun, nekcun selalu berdo'a semoga anak bungsu nekcun tu akan cepat dapat jodohnya dengan lelaki yang soleh!.. Bagi nekcun, biarlah kalau lelaki tu tidak kaya raya pun, asalkan hatinya jujur dan benar-benar ikhlas mahu mengahwini anak nekcun dan sanggup sehidup semati dengan anak nekcun dengan seadanya, nekcun amat bersyukur kerana nekcun percaya rezeki seseorang itu Allah yang menentukan!.. 

Thursday, March 10, 2011

Young, rich & handsome... satu rezeki ke?

Oleh kerana ada projek yang telah ditunda ke satu masa yang lain, maka nekcun pun agak free lah pagi tadi. Jadi untuk tidak membuang masa begitu sahaja, segera nekcun pergi ke kelab kerana sudah agak lama juga nekcun tak menjengok gym di situ, sampaikan kekawan yang selalu bersama sebuk hantar SMS mengingatkan.

"Hai, Hajjah!.. ke mana you pergi, lama tak datang sini?" Mdm. Khor menegur apabila nampak sahaja muka nekcun di pintu gym.
"Sebuk sikit lah sekarang nih!.. Saya bukan isteri tauke besar macam you, tak payah kerja pun ada wang banyak dalam bank!.. so saya kena kerja kuat sikitlah, cari makan!.." jawab nekcun sambil tersenyum sengaja seronok mengusik Mdm. Khor.
"Haiya!.. you memang suka usik saya lah Hajjah!.. mana tauke besar!.. Kuli juga.. kita samalah!.." balas Mdm. Khor sambil terkekeh-kekeh.
"Ha!.. mana yang lain? You sorang sajer ke?" tanya nekcun apabila melihat tiada kekawan yang lain melainakan Mdm. Khor.
"Ada!.. Datin J dengan Pn. Gee baru pergi tukar baju.. sekejap lagi mereka join kitalah!.." jawab Mdm Khor lagi dengan suara yang termengah-mengah kerana sedang berlari di atas trademill.

Lebih kurang satu jam kami berhempas pulas mengerah tenaga untuk mengeluarkan peluh yang degil sangat nak keluar, akhirnya kami berempat bersetuju untuk berehat. Dengan termengah-mengah macam biasa kami semua membersihkan diri di 'washroom' sebelum pergi minum-minum di coffee house.

"Hei Khor, mana you punya best friend sudah lama tak nampak?" tiba-tiba Datin J bertanya.
"Sapa?" soal Mdm. Khor sambil mengangkatkan keningnya.
"Itu janda cun punyalah!.. sapa lagi.." jawab Datin J sambil meneguk neslo aisnya.
"Oh!.. Razmah ka?" Mdm. Khor bertanya.
"Iya lah!.. sapa lagi cun kat sini!.." ujar Datin J.
"Hei!.. ini nenek cun ada!.." sampok Pn. Gee sambil menepuk lembut bahu nekcun.

Nekcun membiarkan sahaja Pn. Gee kata begitu kerana nekcun faham benar dengan telatah kekawan nekcun yang memang suka begurau tu. Sesekali bergurau senda begitu memang seronok.

"Iyalah... mana Razmah dah dekat sebulan tak nampak batang hidungnya? Sakit ke dia?" Pn. Gee bertanya agak prihatin.
"Haiya!.. Datin tak tahu ka, dia sudah pindah duduk Damansara lah!.." beritahu Mdm. Khor.
"Oh, iya ka? Kenapa dia pindah? Jadi dia punya rumah dekat you tu dia jual ke?" tanya Datin J agak terkejut.
"Dia tak jual tapi dia kasi dia punya emak duduk. Dia pindah Damansara ikut dia punya husband baru ma!.. Young,  rich  & handsome!.. Very loving lagi!.. " Mdm. Khor bercerita.
"Iya ka? No wonder dia tak jemput kita masa wedding dia... dia takut kita tackle dia punya new hubby ka?" Pn. Gee pula berseloroh sambil tersenyum lebar.
"Haiya!.. dia mana ada sini kahwin.. Dia kahwin sana London ma!.." beritahu Mdm. Khor lagi dengan bahasa rojaknya. 
"Itulah rezeki namanya!.. dulu kan dia pernah frust kerana ex-hubby dia tinggalkan dia for youger lady, sekarang Allah beri dia pulak suami yang lebih young, rich and handsome dari ex-hubby dia!.. Sebab itulah kita tak boleh putus asa bila ada satu-satu musibah yang menimpa kerana mungkin ada hikmah di sebaliknya!.." nekcun mengambil kesempatan bertazkirah sikit walaupun nekcun tahu Mdm. Khor mungkin tak faham.

Apa-apa pun sukalah nekcun mengingatkan diri nekcun dan semua kekawan supaya kita sentiasa bersyukur kepada Allah, tidak kira semasa senang atau semasa susah kerana orang yang sentiasa meletakkan Allah di hatinya, InsyaAllah akan mendapat kasih sayangNya tanpa sebarang perhitungan. 

Setiap musibah yang Allah lakukan kepada hambaNya pasti ada hikmah di sebaliknya yang hambaNya tidak sedar. Kalau tidak di dunia, di akhirat pastinya hambaNya itu akan mendapat ganjaran (Syurga) sekiranya ia sentiasa redha dan sabar ketika menerima sebarang musibah.... Wallahualam!.. 

p/s: Tahniah Razmah kerana dapat hubby young, rich & handsome...