Saturday, March 19, 2011

Seronoknya!.. Asyik makan free hari ni...

Bila anak-anak semua dah besar panjang ni, nekcun pun dah tak tahu bila cuti sekolah bermula dan bila pula cuti sekolah dah habis. Tapi nekcun tahu bila masanya cuti sekolah kerana sepanjang cuti sekolah ni dapur di rumah nekcun memang tak berasaplah... terutamanya bila hujung minggu kerana asyik dapat jemputan makan free sahaja.

Majlis makan free tu termasuklah kenduri tahlil, kenduri kesyukuran dan macam-macam kenduri lagilah. Kalau kenduri kahwin tu jangan cakaplah!.. memang penuh kad jemputan dok berteritip kat atas meja!.. sampai atok kena buat jadual dan timing yang tepat sebab, macam hari ni sajer nekcun dan atok ada 4 kenduri, dari siang sampai malam. Dari kenduri di khemah dekat rumahnya, kemudian masuk ke dewan dan kemudian masuk ke hotel... semuanya kenduri kahwin.

Yang 3 siang hari tu, nasib baiklah dekat-dekat ajer iaitu di sekitar Shah Alam dan Kelana Jaya. Jadi nekcun dan atok dah siap dari awal jam 11.00 pagi, pergi rumah no. 1, jam 12.30 pergi rumah no. 2 dan jam 1.30 pergi rumah no. 3. Jadi jam 2.45 petang nekcun dah boleh berehat kat rumah. Kena kosongkan perut pulak untuk majlis kahwin yang no. 4 malam nanti di sebuah hotel di Subang Jaya.

Kekadang nekcun terfikir juga... dalam keadaan barang-barang semua mahal, dan ramai yang mengeluh kerana nak belanja makan harian pun agak senak, tetapi orang masih sanggup berbelanja besar untuk majlis kenduri kahwin yang hebat-hebat. Nekcun tengok di setiap kenduri kahwin yang nekcun pergi tadi, makanan yang dihidangkan semuanya hebat-hebat belaka. Bukan sahaja makanan asas nasi beriani dan lauk-pauk, tetapi ada pula 'desert' kuih muih, cendul dan macam-macam lagi. Sudah pasti harga makanan bagi setiap orang pastinya tidak kurang dari RM20.00 seorang, dan mungkin lebih lagi.

Jadi kalau lekeh-lekeh jemputan seramai 500 orang tetamu (termasuk suami isteri), satu kenduri kahwin perlu berbelanja tidak kurang dari RM10,000-00. Itu baru kos untuk makanan sahaja, belum lagi kos khemah, kerusi meja, kos pelamin, kos door gift dan kalau yang buat di dewan, kos sewa dewan, kos audio sistem dan lain-lain lagi yang mana mungkin senang-senang tambahan lagi RM15 - 20 ribu. Kalau buat kenduri di hotel-hotel pula, tak usah ceritalah harganya!.. satu orang paling murah RM70++... itu kalau hotel 3* sajer, kalau hotel 4* atau 5*, nothing less than RM100++ seorang. (Sekarang bukan lagi 10 + 5% tetapi 10 + 6%)  Jadi kalau tak ada sekurang-kurang RM50 - 60 ribu, jangan berangan nak buat kenduri kahwin kat hotel ler!... (Boleh beli kereta Myvi cash & carry pulak!... hehehe).

Jadi, secara kasarnya, satu-satu kenduri kahwin yang paling lekeh dan paling sikit jemputannya pun, ibu bapa pengantin perlu menyediakan sekurang-kurangnya RM20 - 30 ribu. Kalau dapat ibu bapa yang berduit, tak mengapalah... kalau ibu bapa yang dah bersara macam atok dan nekcun, macam mana ya?... Dah tu atok & nekcun pulak bukanlah kerja 'gomen', jadi tak ada ler pencen bulanan... lagi sakitlah agaknya ya!... Pening juga nekcun dan atok memikirkannya kerana ada sorang lagi anak bungsu perempuan nekcun yang masih dalam proses 'risik-risik' ni... 

Walau macam manapun, nekcun selalu berdo'a semoga anak bungsu nekcun tu akan cepat dapat jodohnya dengan lelaki yang soleh!.. Bagi nekcun, biarlah kalau lelaki tu tidak kaya raya pun, asalkan hatinya jujur dan benar-benar ikhlas mahu mengahwini anak nekcun dan sanggup sehidup semati dengan anak nekcun dengan seadanya, nekcun amat bersyukur kerana nekcun percaya rezeki seseorang itu Allah yang menentukan!.. 

7 comments:

AL-BIMA SAKTI said...

assalam nekcun,

anak2 itu harta dunia akhirat...

Nek Cun said...

Mualaikumsalam Al-Bima, betul!... anak2 adalah harta dunia akhirat, jadi kita perlu mendidik mereka dengan betul kerana mereka adalah amanah Allah pada kita...

chekdenoor said...

Salam,

chekdee pun sedang mengira-ngura juga tentang hal kenduri kawin ni..... hmmm.... betul kata nekcun..... semuanya ada harga.... So..memang kena berhemah bila berbelanja...... yang penting adalah selepas majlis perkahwinan tu...... jangan sampai berhutang pula.....

Nek Cun said...

Betul Chekdee!.. jangan buat kenduri hebat-hebat tetapi sampai dah beranak pinak pun hutang tak habis lagi...

kayteeze said...

Salam Nekcun.

Sekarang ni ramai orang kita dah naik taraf hidupnya.. dan jurang antara orang susah dan orang berada pun dah bertambah.

Jadi, tak heranlah ada di antara kita yang mengeluh harga barang yang mencanak naiknya, walaupun ada pula yang masih boleh bermewah berbelanja.

Salma Abdul Wahid said...

bestnye baca blog nekcun ni,terbuka minda Salma,terima kasih nekcun atas perkongsian ini,Salma akan selalu singgah blog nekcun.Salma x lupa untuk follow sekali ..

Salma Abdul Wahid said...

sangt best baca blog nekcun,terbuka minda saya,terima kasih nek cun atas perkongsian yang menarik ini ,dan saya akon folllo wblog nekcun ,dan akan selalu singgah di sini untuk menambah ilmu ,terim aksih nekcun