Sunday, May 25, 2008

Uniform sekolah pulak yang salah!... hei... entahlah!

Uniform sekolah bagi pelajar perempuan sexy? Betul ke tu? Baju ke yang sexy atau minda kita yang tidak boleh di kawal?

Berasak-asak soalan itu memenuhi ruang fikiranku. Seingatku, uniform sekolah sekarang ini telah pun digunakan lebih dari tiga puluh tahun! Semenjak aku di sekolah menengah dulu, aku pun dah pakai uniform macam tu!.. Kenapa baru sekarang di sedari uniform sedemikian itu sexy?

Terfikir juga, adakah pelajar-pelajar lelaki semasa aku bersekolah dulu tidak ada nafsu? Dengan sebab itu jugakah walau apa pun uniform pelajar perempuan ketika itu tidak akan menarik perhatian mereka? Jadi, adakah pelajar lelaki zaman sekarang ini nafsu serakahnya lebih aggressive, sehingga baju kurung yang berupaya menutup aurat pun boleh meransang gelora kelakian mereka?

Sekiranya difikir secara rasional, lelaki tetap lelaki. Ransangan sex lelaki terhadap perempuan memang telah ujud sejak azali. Cuma yang membezakan ialah, pelajar lelaki dahulu mungkin lebih bijak mengawal naluri dan nafsu mereka berbanding pelajar lelaki zaman sekarang. Sindrom ini bukan sahaja di kalangan pelajar tetapi adalah setiap lapisan masyarakat. Sebab itu jugalah, kes-kes rogol dan sex haram berlaku di mana-mana sehingga seolah perbuatan itu bukan lagi satu perkara yang keji atau menjijikkan.

Mengapakah sindrom yang menjelikkan ini boleh berleluasa, sehingga kanak-kanak yang tidak berdosa pula sering menjadi mangsa? Salah wanita kah, atau salah lelaki kah atau salah masyarakat kah atau kita semua yang bersalah? Kemanakah hilangnya pegangan ugama yang perlu diamalkan dan kemana pula hilangnya budaya timur yang lebih beradap di dalam pergaulan antara lelaki dan perempuan? Persoalan inilah yang selalu menyesakkan mindaku!

Apabila isu uniform pelajar perempuan yang dikatakan banyak menjadi punca atau faktor-faktor yang boleh mendorong kepada berlakunya kes rogol atau sek haram, hatiku menjadi keliru!… Benarkah perlakuan sex haram dan rogol banyak didebabkan pelajar perempuan yang kelihatan sexy? Bagaimana pula gadis-gadis remaja atau wanita muda yang menjaja pusat atau hampir separuh punggungnya terkeluar dari skirt atau jeansnya yang boleh kita lihat di mana-mana sekarang? Itu belum lagi yang memperagakan ‘buah epal’ mereka yang seolah sengaja mahu menarik perhatian orang yang memandangnya.

Jadi, adakah adil sekiranya uniform sekolah sahaja pula yang disalahkan? Dan sekiranya kerajaan bersetuju untuk menukar uniform itu, maka ibu bapa pula yang terpaksa menanggung beban untuk membeli uniform yang baru! Siapa yang untung dalam perkara ini? Siapa lagi kalau bukan pengedar textile dan pengusaha pembuat uniform sekolah yang rata-rata kebanyakkannya adalah ‘orang-orang depa tu….”

Apa yang ku coretkan hanyalah pandangan peribadi ku sahaja. Bagaimana pun, elok jugalah sekiranya pembaca budiman sudi memberi komen untuk kita
berdiskusi….

Thursday, May 22, 2008

Benarkah Lelaki pun kena dera?

Ketika memandu ke pejabat pagi tadi, saya rasa nak tergelak besar bila mendengar DJ di Suria FM bercerita pasal penderaan dalam rumah tangga. Katanya, mengikut satu survey di US (iya ke?... saya dah lupa lak!), dari 400 reponden lelaki, terdapat 20% iaitu 80 suami-suami mengatakan bahawa penderaan rumah tangga bukan sahaja terhadap isteri tetapi juga suami-suami. Maknanya di sini, mereka inilah mangsa penderaan oleh isteri!...

Hah!... itu satu scenario yang amat menarik!.. fikir hati saya. Mungkin ramai di antara pembaca yang tidak bersetuju dengan saya. Tetapi apa yang saya katakan menarik ialah, apakah jenis penderaan yang dimaksudkan!... adakah penderaan dari segi fisikal atau penderaan dari segi mental. Sekiranya, penderaan dari segi fisikal… inilah yang menarik perhatian saya!… Dengan penderaan begitu, adakah secara amnya wanita sekarang lebih kuat fisikalnya dari lelaki? Adakah sang isteri boleh menjentik-jentik hidung atau telinga suami tanpa suami berupaya menyekatnya? Adakah sang isteri boleh memukul suami tanpa suami berupaya melawan balik? Kalau benar begitu, apa sudah jadi dengan keperkasaan lelaki? Bukankah wanita dijadikan hanya dari tulang rusuk lelaki, tetapi mengapa kekuatan fisikal wanita boleh melebihi kekuatan lelaki?

Sebenarnya, inilah satu scenario yang agak membimbangkan sekarang! Mungkin ramai yang tidak sedar bahawa, lelaki perkasa yang boleh melindungi wanita sudah tidak begitu menonjol pada zaman sekarang! Kita lebih banyak ditonjolkan dengan lelaki yang bersifat ‘sotong’… Kalau ada lelaki perkasa pun, mungkin tidak ramai yang sanggup melindungi wanita yang disayangi dengan secara kekuatan fisikalnya, kerana zaman sekarang, kekuatan atau keperkasaan seorang lelaki itu akan lebih dikaitkan dengan kemampuan wang ringgitnya!... lebih tebal poketnya, maka lebih perkasalah lelaki itu!...

Dengan adanya sindrom keperkasaan lelaki diukur dari poketnya, maka tidak hairanlah ramai lelaki yang mengakui mereka terlibat dalam penderaan rumah tangga! Penderaan ini bukanlah secara fisikal tetapi lebih teruk dari itu kerana ia melibatkan penderaan mental!... Para suami yang malas ‘bising-bising’ dengan kerenah ‘big spender’ si isteri akan terasa tertekan apabila poketnya mulai susut!... oleh kerana sayangkan isteri, maka terpaksa jugalah sang suami memenuhkan beg tangan si isteri walaupun dengan apa jua cara yang dia boleh! Mungkin inilah penderaan yang dimaksudkan oleh 20% responden survey tadi. Entahlah!... minta-minta sebagai seorang isteri solehah, janganlah kita wanita muslimah mendera suami-suami kita sedemikian!... bersyukurlah dengan apa yang kita ada, kerana semua yang ada di dunia ini hanya pinjaman semata-mata… Wallahua’lam…

p/s: nekcun tak pernah dera atok dengan ‘big spending’, hanya sebulan sekali merengek minta dimanja di spa… atok yang kena bayar!... hehehe…



Thursday, May 15, 2008

TERPENJARA DI KAMAR SUTERA

ALHAMDULILLAH!... setelah beberapa ranjau dan duri yang perlu saya harungi, akhirnya novel Terpenjara Di Kamar Sutera dapat juga menemui pembaca dan peminat novel. Rasa terubat segela penat dan jerih yang terpaksa saya lalui disamping masa-masa yang berharga yang perlu saya korbankan. Tetapi... iyalah... Manakan dapat sagu kalau tak dipecahkan ruyungnya! Barang yang baik memang tidak mudah mendapatkannya!
Saya rasa amat teruja untuk berkongsi kegembiraan ini bersama kekawan semua di samping amat berharap mendapat sokongan kekawan dan pembaca semua terhadap hasil karya saya yang kedua ini. Semoga kekawan dan pembaca semua seronok membaca TDKS dan mengambil beberapa iktibar dari 'message-message' yang tersirat dan tersurat di dalamnya.
SINOPSIS : TERPENJARA DI KAMAR SUTERA.

Dalam mengejar cita-citanya, Azmira telah diketemukan dengan Razif, lelaki yang penuh dengan cinta dan kasih sayang yang suci. Ketika kasihnya baru mula berputik, harapan Azmira untuk terus bahgia bersama Razif kecundang kerana dek fitnah yang telah mencemari maruah dirinya. Dalam keterpaksaan Azmira perlu menerima Badrul, lelaki yang langsung tidak pernah dikenalinya.

Gelora dan badai yang menjerok derita di hati Azmira bertambah parah apabila Razif terus-terusan meraih cinta Azmira. Keikhlasan dan kejujuran Razif telah benar-benar menduga kesetiaan dan keimanan Azmira sebagai seorang isteri kepada lelaki yang mencintainya sepenuh jiwa dan raga. Azmira bagaikan tersepit antara tanggung jawab, cinta dan kasih sayang, menjadikan perkahwinan yang dibina secara rahsia semakin goyah.

“Perkahwinan kita ini ibarat sebuah rumah kaca dan semua orang di sekeliling kita ada batu di tangan mereka. Bila-bila masa sahaja rumah kaca itu boleh dipecahkan!… apa yang kita ada untuk mempertahankan rumah kaca itu?…” ungkapan yang amat menyiksakan Azmira.

Kedudukan dan kekayaan keluarga Badrul banyak memberi kekangan kepada usahanya untuk membina bahgia bersama Azmira. Akibat kesilapan yang telah dilakukan oleh ayahnya, patutkah kini Badrul pula yang terpaksa membayarnya? Mengapa Badrul dan Azmira perlu menjadi mangsa keadaan yang bukan silap mereka?

Namun… siapakah kita untuk menolak takdir ALLAH? Dapatkah Badrul dan Azmira mempertahankan perkahwinan mereka yang diibaratkan sebuah rumah kaca? Berjayakah Razif memilikki cinta Azmira? Hanya TDKS yang dapat menjelaskannya….
Selamat membaca!....

Sunday, May 11, 2008

Mengapa Hari Ibu hanya sehari?


Memang menjadi kebiasaan saya, setiap dua minggu sekali saya akan memanjakan diri saya di Spa kerana bagi saya, disamping sibuk mencari rezeki, kesihatan badan kita kena juga di jaga.

Ketika sampai di Spa hari ini, ada seorang kawan yang kebetulan juga sedang memanjakan dirinya di situ bertanya, apa yang anak-anak saya beri pada Sambutan Hari Ibu kerana dia juga mengenali semua anak-anak saya. Terdetik dalam hati: Bila hari ibu? Untuk tidak mengecewakan kawan yang bertanya, saya hanya tersenyum sambil mengatakan “ It’s a surprise!”

Dalam hati saya terus juga bertanya-tanya, perlukah mesti ada satu hari yang khas untuk seorang anak menggembirakan ibunya? Bukankah menggembirakan dan membahgiakan ibu bapa itu memang diwajibkan kepada setiap anak tidak kira bila. Jadi mengapa mesti ada hari khas untuk mengenang ibu.

Sebenarnya, semasa anak-anak saya masih di bangku sekolah dulu, sibuk juga mereka pakat-pakat adik beradik memberi hadiah dan kad ucapan kepada saya dan suami bila tiba hari ibu dan hari bapa. Namun bila suami saya melarang mereka dari berbuat demikian, maka hingga ke hari ini mereka seolah sudah lupa apa itu hari ibu atau hari bapa kerana bagi anak-anak saya, tiap-tiap hari adalah hari untuk menggembirakan dan membahgiakan kami suami isteri sebagai ibu bapa mereka.

Alhamdulillah, syukur saya ke hadrat ILAHI kerana mengurniakan kepada saya dan suami anak-anak yang penuh dengan kasih sayang. Bagi saya, bukan jamuan atau hadiah atau kad ucapan yang penting, tetapi kasih sayang dan perhatian anak cucu yang sentiasa mekar dan melimpah ruah dalam keluarga kami, itulah yang lebih penting. Ucapan sayang bukan hanya di ucapkan pada hari-hari tertentu, tetapi pada setiap hari apabila kami berkomunikasi.

Wahai anak-anak semua, gembirakanlah ibu bapa mu bukan hanya sehari dalam setahun, tetapi hendaklah sepanjang hayat kerana kasih sayang ibu dan bapa akan membawamu ke syurga!…

Monday, May 5, 2008

Adakah Ketuanan Melayu hanya seperti harimau tua yang tidak bertaring!...

Saya amat tertarik dengan isu yang agak hangat diperbincangkan sekarang iaitu Ketuanan Melayu di Malaysia sekarang ini. Apa yang menjadi tanda tanya saya, kenapa baru sekarang orang Melayu sedar bahawa hak-hak orang Melayu telah di cabar oleh pihak-pihak tertentu. Adakah keputusan Pilihanraya Umum 12 March 08 yang lalu itu baru membuka mata dan minda orang Melayu? Kalau itulah sebabnya, apakah sebelum ini ketuanan dan hak-hak orang Melayu ini tidak perlu dipertahankan?

Inilah yang membuatkan saya berfikir panjang! Adakah jika keputusan 12 March 08 yang lalu memihak kepada ‘tuan’ yang lama sepenuhnya, semangat untuk mempertahankan ketuanan dan hak-hak orang Melayu tidak perlu digembar gemburkan seperti sekarang? Akan terjaminkah hak-hak orang-orang Melayu di luar Bandar tidak akan diragut sekiranya ‘tuan’ yang lama masih berkuasa sepenuhnya? Inilah sesuatu yang saya rasa perlu kita fikirkan sekarang!. Sepatutnya semangat ini perlu sentiasa dihidupkan sejak dulu lagi. Mempertahankan hak dan maruah bangsa & ugama adalah tanggungjawab yang bukan bermusim tetapi perlu ada sepanjang hayat!

Bagaimana pun, sebagai seorang anak Melayu, saya bersyukur kerana dengan apa yang terjadi selepas 12 March 08, kita dapat melihat apa yang sebenarnya berlaku selama ini dan sedikit sebanyak menyedarkan kita dari terus terlena. Baru hari ini kita tahu siapa gunting dalam lipatan yang mengkhianati orang Melayu. Namun tidak mustahil ‘kumpulan’ orang Melayu yang beriya-iya menegakkan hak-hak dan ketuanan orang Melayu ini hanya gah dan bersemangat ketika di perhimpunan tetapi hakikatnya dalam diri sendiri mereka hanyalah seolah harimau tua yang sudah tidak bertaring! Akan tergugatkah tindakan ‘si pemburu’ yang sentiasa menunggu peluang oleh ke alpaan harimau tua yang hanya mengaum untuk menarik perhatian?

Apa yang saya utarakan hanyalah sekadar pendapat peribadi yang sering berputar di minda saya. Mungkin ada pembaca yang mempunyai pandangan atau pendapat yang berbeza yang boleh kita kongsi bersama. Komen semua amatlah di alu-alukan…