Thursday, May 22, 2008

Benarkah Lelaki pun kena dera?

Ketika memandu ke pejabat pagi tadi, saya rasa nak tergelak besar bila mendengar DJ di Suria FM bercerita pasal penderaan dalam rumah tangga. Katanya, mengikut satu survey di US (iya ke?... saya dah lupa lak!), dari 400 reponden lelaki, terdapat 20% iaitu 80 suami-suami mengatakan bahawa penderaan rumah tangga bukan sahaja terhadap isteri tetapi juga suami-suami. Maknanya di sini, mereka inilah mangsa penderaan oleh isteri!...

Hah!... itu satu scenario yang amat menarik!.. fikir hati saya. Mungkin ramai di antara pembaca yang tidak bersetuju dengan saya. Tetapi apa yang saya katakan menarik ialah, apakah jenis penderaan yang dimaksudkan!... adakah penderaan dari segi fisikal atau penderaan dari segi mental. Sekiranya, penderaan dari segi fisikal… inilah yang menarik perhatian saya!… Dengan penderaan begitu, adakah secara amnya wanita sekarang lebih kuat fisikalnya dari lelaki? Adakah sang isteri boleh menjentik-jentik hidung atau telinga suami tanpa suami berupaya menyekatnya? Adakah sang isteri boleh memukul suami tanpa suami berupaya melawan balik? Kalau benar begitu, apa sudah jadi dengan keperkasaan lelaki? Bukankah wanita dijadikan hanya dari tulang rusuk lelaki, tetapi mengapa kekuatan fisikal wanita boleh melebihi kekuatan lelaki?

Sebenarnya, inilah satu scenario yang agak membimbangkan sekarang! Mungkin ramai yang tidak sedar bahawa, lelaki perkasa yang boleh melindungi wanita sudah tidak begitu menonjol pada zaman sekarang! Kita lebih banyak ditonjolkan dengan lelaki yang bersifat ‘sotong’… Kalau ada lelaki perkasa pun, mungkin tidak ramai yang sanggup melindungi wanita yang disayangi dengan secara kekuatan fisikalnya, kerana zaman sekarang, kekuatan atau keperkasaan seorang lelaki itu akan lebih dikaitkan dengan kemampuan wang ringgitnya!... lebih tebal poketnya, maka lebih perkasalah lelaki itu!...

Dengan adanya sindrom keperkasaan lelaki diukur dari poketnya, maka tidak hairanlah ramai lelaki yang mengakui mereka terlibat dalam penderaan rumah tangga! Penderaan ini bukanlah secara fisikal tetapi lebih teruk dari itu kerana ia melibatkan penderaan mental!... Para suami yang malas ‘bising-bising’ dengan kerenah ‘big spender’ si isteri akan terasa tertekan apabila poketnya mulai susut!... oleh kerana sayangkan isteri, maka terpaksa jugalah sang suami memenuhkan beg tangan si isteri walaupun dengan apa jua cara yang dia boleh! Mungkin inilah penderaan yang dimaksudkan oleh 20% responden survey tadi. Entahlah!... minta-minta sebagai seorang isteri solehah, janganlah kita wanita muslimah mendera suami-suami kita sedemikian!... bersyukurlah dengan apa yang kita ada, kerana semua yang ada di dunia ini hanya pinjaman semata-mata… Wallahua’lam…

p/s: nekcun tak pernah dera atok dengan ‘big spending’, hanya sebulan sekali merengek minta dimanja di spa… atok yang kena bayar!... hehehe…



No comments: