ALHAMDULILLAH!... setelah beberapa ranjau dan duri yang perlu saya harungi, akhirnya novel Terpenjara Di Kamar Sutera dapat juga menemui pembaca dan peminat novel. Rasa terubat segela penat dan jerih yang terpaksa saya lalui disamping masa-masa yang berharga yang perlu saya korbankan. Tetapi... iyalah... Manakan dapat sagu kalau tak dipecahkan ruyungnya! Barang yang baik memang tidak mudah mendapatkannya!
Saya rasa amat teruja untuk berkongsi kegembiraan ini bersama kekawan semua di samping amat berharap mendapat sokongan kekawan dan pembaca semua terhadap hasil karya saya yang kedua ini. Semoga kekawan dan pembaca semua seronok membaca TDKS dan mengambil beberapa iktibar dari 'message-message' yang tersirat dan tersurat di dalamnya.
SINOPSIS : TERPENJARA DI KAMAR SUTERA.
Dalam mengejar cita-citanya, Azmira telah diketemukan dengan Razif, lelaki yang penuh dengan cinta dan kasih sayang yang suci. Ketika kasihnya baru mula berputik, harapan Azmira untuk terus bahgia bersama Razif kecundang kerana dek fitnah yang telah mencemari maruah dirinya. Dalam keterpaksaan Azmira perlu menerima Badrul, lelaki yang langsung tidak pernah dikenalinya.
Gelora dan badai yang menjerok derita di hati Azmira bertambah parah apabila Razif terus-terusan meraih cinta Azmira. Keikhlasan dan kejujuran Razif telah benar-benar menduga kesetiaan dan keimanan Azmira sebagai seorang isteri kepada lelaki yang mencintainya sepenuh jiwa dan raga. Azmira bagaikan tersepit antara tanggung jawab, cinta dan kasih sayang, menjadikan perkahwinan yang dibina secara rahsia semakin goyah.
“Perkahwinan kita ini ibarat sebuah rumah kaca dan semua orang di sekeliling kita ada batu di tangan mereka. Bila-bila masa sahaja rumah kaca itu boleh dipecahkan!… apa yang kita ada untuk mempertahankan rumah kaca itu?…” ungkapan yang amat menyiksakan Azmira.
Kedudukan dan kekayaan keluarga Badrul banyak memberi kekangan kepada usahanya untuk membina bahgia bersama Azmira. Akibat kesilapan yang telah dilakukan oleh ayahnya, patutkah kini Badrul pula yang terpaksa membayarnya? Mengapa Badrul dan Azmira perlu menjadi mangsa keadaan yang bukan silap mereka?
Namun… siapakah kita untuk menolak takdir ALLAH? Dapatkah Badrul dan Azmira mempertahankan perkahwinan mereka yang diibaratkan sebuah rumah kaca? Berjayakah Razif memilikki cinta Azmira? Hanya TDKS yang dapat menjelaskannya….

Selamat membaca!....
No comments:
Post a Comment