Wednesday, December 24, 2008

Selebriti!... oh selebriti!...


Sekarang ni setiap hari bila kita tengok TV atau pun baca surat khabar mesti ada kisah Raja SMS atau penyanyi popular MAWI yang baru berumahtangga dengan Ekin. Sampaikan anak-anak kecil pun tahu itu Mawi kerana di mana-mana sajer gambar Mamat itulah yang terpampang!...
>>>(dengan Mawi di MS Garden Kuantan)

Kekadang nekcun terfikir juga, macam manalah agaknya kehidupan selebriti ni ya? Semua yang dia buat kena beritahu orang!... kalau dia tak beritahu, orang pulak yang akan cari dan ambil tahu apa yang dia buat. Sampaikan tempat tidur pun nak tunjuk kat orang!... Eeemmm…. Tak ada privacy langsung!... Tapi, entahlah!... mungkin itu yang seronok bagi depa gamaknya!...
<<< (dengan Dafi di Equatorial Melaka)

Cerita pasal selebriti nih… nekcun pun ingin gak nak kongsi cerita ngan kekawan. Bukan aper… sajer seronok-seronok… kerana dalam nekcun menjalankan tugas harian di pejabat nekcun selalu gak kena pergi kerja outstation dan terpaksa pula duduk di hotel-hotel sekiranya tugas nekcun itu memerlukan nekcun untuk bermalam.


Jadi dalam setahun dua ni, dah ramai juga selebriti yang nekcun jumpa ketika nekcun bertugas di luar kawasan. Selalunya nekcun jumpa mereka ni ketika breakfast di coffee house atau executive lounge. Selalunya kalau di executive lounge tak berapa ramai orang, maka nekcun ada juga ambil kesempatan bergambar dengan depa-depa nih!... sajer-sajer seronok buat kenangan… hehehe…
>>> (dengan Hans Isaac di Sutera Habour, KK)


<<< (dengan Harith Iskandar di Sutera Habour KK)

Nekcun harap kekawan janganlah kata nekcun nak tumpang glamour depa pulak!... tetapi kekadang terfikir juga oleh nekcun… mengapa selebriti atau penggiat seni seperti mereka lebih dikenali ramai tetapi penggiat seni dalam bidang penulisan lebih suka menyorokkan diri di sebalik ‘nama pena’ sahaja?. Tidakkah peminat seni penulisan atau khasnya pembaca-pembaca akan lebih meminati sesuatu hasil penulisan itu sekiranya mereka mengenali penulis itu sendiri dan tidak mustahil juga mungkin akan menjadikan beliau sebagai ‘role model’ pula sebagaimana para remaja menjadikan ‘artist’ sebagai ikon mereka.

Mungkin kekawan ada pendapat lain mengenai apa yang nekcun coretkan kerana ‘more heads is better than one head’. Pendapat kekawan amatlah dihargai.

6 comments:

Tie said...

Amboi!! nekcun jadi celebrity pulak daa...jelesnya...

P/s: Nampak muda laa nekcun ni.. ada petua tak??

Anonymous said...

Amboi! gambaq dengan mawi. Nampak nekcun lebih muda dari Mawi.

Lebai ambik gambaq dengan pak imam je lah. Ambil barokah.

Nek Cun said...

Tie... kalau ikutkan hati memang teringing nak jadi celebrity, tapi bila ingat hidup tak ada privacy... tak mahulah!... nanti kalau nekcun nak tidoq pun orang nak ambil tahu nekcun mengiring kot mana! pakai sarong bantal warna apa dan macam2 lagi...hei!...tak mahulah!... hahaha... perasanlah plak nekcun nih!...
p/s: betulke nampak muda? hehehe... nekcun perasan lagilah Tie!...hehehe....tak ada rahsia pun, tapi suka gelak selalu jer!...

Salam Lebai,sampai ati lebai perli nekcun!... hukhukhuk!...(sedih ni tau!...)Jangan mare Lebai, nekcun memang suka lawak-lawak nih!... tu awet muda nih!...hehehe... (hai tak habis2 perasan nekcun nih!...)

Unknown said...

Phewitt... selebriti yang bertudung tu yang nak teman nak kenal sangat tu. Nak ambik gambor ngan dia ler. Nak mintak petua kat dia. Hu hu hu. Pekabo NekCun? Lama tak masuk ke sini. Harap sihat-sihat adanya.

Nek Cun said...

Salam OD, lama tak dengar khabor OD. Sehat ke? Nekcun pun teringin benor nak jumpa 'face to face' ngan OD...anney aper khabor?...harap sehat jugak ler...

Rozlan Mohamed Noor (RMN) said...

Sepatutnya artis2 tue yg rasa bangga sebab dapat bergambar dgn nekcun. Sebab Nekcun pun bertaraf celibriti gak... kan>