Monday, December 1, 2008

Lelaki "One in a million"... sanggupkah anda?

Nekcun memang suka membaca ruang kesihatan dalam Akhbar Mingguan Malaysia kerana banyak tip-tips dan rujukan yang boleh kita jadikan panduan di dalam menjaga kesihatan dan amalan pemakanan serta gaya hidup kita.

Namun dalam keluaran Akhbar Mingguan Malaysia semalam (30/11/2008) mata nekcun tertarik pada satu article “Makanlah apa yang ada!” Tapi yang sebenarnya bukanlah tajuk itu yang menarik perhatian nekcun tetapi isi ceritanya yang nekcun rasa amat unik. Bagi nekcun, hero dalam artikel itu adalah merupakan “one in a million!” dan heroinya pula adalah “Puteri Gunung Ledang”.

Kisah yang menarik itu adalah kisah seorang wanita berumur 106 tahun dan telah tiga tahun berkahwin dengan suaminya yang baru berumur 37 tahun. Bayangkan perbezaan umur mereka sejauh 69 tahun. Mereka adalah ibarat nenek dengan cucu!.. tetapi hakikatnya sekarang ini mereka adalah suami isteri. Kisah in terjadi di Trengganu.

Apa yang menarik minat nekcun ialah, bagaimana wanita setua itu masih mampu melayan suaminya sehingga menyebabkan sumainya tidak langsung terfikir untuk meninggalkannya atau mencari wanita yang lebih muda seperti mana kebanyakkan lelaki lain. Mereka hidup bahgia dengan penuh kasih sayang. Nekcun amat suka akan kata-kata wanita itu yang lebih kurang begini: “Saya memasak, membasuh dan buat kerja rumah. Layan suami juga saya buat!”

Apabila kita bercerita pasal layanan suami isteri, bukanlah setakat layanan zahir tetapi juga layanan batin! Inilah yang nekcun benar-benar ‘salute’ pada wanita itu. Dalam seumurnya begitu, dia mampu melayan kehidupan suaminya yang lebih dua kali ganda muda darinya! Itulah anugerah ALLAH yang nekcun rasa amat bernilai bagi seorang wanita seumur dia. Begitu juga bagi lelaki itu, seandainya memang beliau benar-benar ikhlas dan mencintai isterinya yang sudah boleh dianggap sebagai neneknya, maka amat besarlah pahalanya. Memang ALLAH itu Maha berkuasa melakukan apa sahaja!... walaupun perkara yang kekadang kita anggap mustahil…

Hati nekcun amat terusik dengan kisah cinta dan kasih sayang kedua suami isteri ini. Lebih-lebih lagi apabila dalam seusia begitu, wanita itu masih sehat dan kuat, mampu menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri. Inilah yang dikatakan “Cinta itu buta! Cinta itu tidak mengenal usia!”… Hati nekcun pun terfikir juga, berapa ramaikah lelaki di Malaysia ini yang sanggup berbuat seperti lelaki itu? Eeemmm... entahlah!... Semoga mereka suami isteri akan terus bahgia sehingga ke akhir hayat.

p/s: Kekadang terfikir juga, adakah atok akan tetap cinta pada nekcun kalau nekcun dah tak cun lagi?...hehehe…

8 comments:

chekdenoor said...

heheheh...nekcun......akan selalu cun....

Atok ooo atok....cun nekcun adalah dihati...... kan gitu...hehehheeh

Tie said...

Hi hi....... Tie dah baca kisahnya di Metro. Dia tinggal tak jauh dari tempat tie ni, ingin gak nak gi tengok tapi hubby mcm tak setuju je...

Sebenarnya nek, hubby tok tu ada hasrat nak kawin muda...tunggu greenlight dari atok tu je. Tapi baru2 ni atok tu dah setuju dengan syarat dia tak diabaikan. Kita tengoklah nanti, ekk. Harap2 dia terus disayangi.....

Nek Cun said...

Chekde, dalam hati tu kekadang risau gak sebab bila dah umur-umur cam nekcun ni... orang lelaki ni suka sangat ubah selera...hehehe... (mintak2 atok tak camtu!)

Tie, betul ke mereka tu dok dekat ngan tempat Tie? Nampak gaya tie kenalah pi belajar ngan nenek tu camna nak pikat suami! Dlm akhbar juga kata suami yang sekarang ni adalah suami dia yg ke 22, betul ke? Huh!... teror sungguh nenek tu ya!... nampak gaya kena pi tuntut ilmu kat dia!... hehehe...

Anonymous said...

ahhaha,......

maza lebih risaukan taat dan berkat...daripada memikirkan cinta seorg manusia, yg belum tahu membawa kebahagiaan selama2nya.......

apalah nak diharapkan kasihnya orang. Ia umpama ombak dan badai yg memecah pantai! Atau umpama piung yg berputar di padang pasir..kejap2 hebat, kejap lelah...

Takut pada tempat, sayang pada hakikat.....biar hidup dalam berkat!

yang lain Urusan Allah SWT jua....

izman said...

kalau saya secara ikhlas, tak kot.

tapi saya puji lelaki tersebut yg menjadi pelindung kepada si isteri walaupun ia sepatutnya layak digelar nenek. mmg satu dalam berjuta.

moga mereka bahgia.

Rozlan Mohamed Noor (RMN) said...

Asalkan kita tidak menzalimi diri orang lain...dan diri sendiri juga.

Apa2pun elok kita doakan yang baik-baik.

kuchalana said...

saya pernah bertemu satu pasangan emas di hospital ipoh.. masa tu melawat seorg kenalan yg sakit..

Pakcik ni duk jaga bini dia.. dia mandikan bini dia.. dia suapkan makan.. dan alway everytime dia akan ada bersama bini dia.. dia akan hilang untuk solat dan membersihkan diri sahaja.. selain dari tu.. dia akan bacakan suratkhabar.. mengaji kat situ dgn bini dia..

Saya mengalirkan air mata masa tu .. sbbnya.. terpikir, mampukah saya untuk menjadi seperti lelaki tu menjaga isterinya yg sakit dihari tua.. dan sanggupkan isteri saya menjaga saya pula seperti itu..

kes ditrengganu.. saya kasi salute pada mereka.. ALLAH itu maha besar dan maha mengetahui..

BurungBelatuk said...

sentiasa mencari tips cara membahagiakan pasangan...ramai orang tau nak tawan suami kene jaga perut dia tp nak tawan isteri camner?ada tips ka...