Friday, December 19, 2008

Mengapa wanita selalu jadi mangsa?...


Semalam nekcun dapat jemputan untuk memberi ceramah kerjaya di Lagenda Education Group, yang terletak di Batu 12, Mantin Negeri Sembilan sempena Career Fair yang dianjurkan oleh University itu. Walaupun nekcun selalu dijemput oleh IPTA & IPTS untuk memberi ceramah kerjaya, inilah pertama kali nekcun mendapat jemputan dari universiti tersebut. Jadi nekcun pun tidak menolak kerana bagi nekcun ini sahajalah caranya nekcun dapat membantu ‘anak-anak bangsaku’ menyiapkan diri untuk bersaing menghadapi alam pekerjaan di dunia korporat.

Apa yang nekcun nak kongsi di sini bukanlah pasal ceramah tu tetapi adalah pengalaman nekcun semasa dalam perjalanan menuju ke universiti itu. Frankly speaking, nekcun memang tak tahu di mana tempat universiti itu walaupun Mantin tu tidaklah jauh sangat dari rumah nekcun di USJ – lebih kurang 70 km ajer. Oleh kerana nekcun ni tak tahu jalan yang tepat kerana mengikut apa yang mereka beritahu nekcun boleh ikut jalan melalui Nilai, maka tersesat-sesatlah nekcun sehingga hampir 2 jam baru nekcun sampai ke universiti itu.

Ketika nekcun tersesat tu, nekcun berhenti di sebuah stesyen minyak Petronas. (nekcun pun tak ingat kat mana tempat tu! Eh… teruk sungguh nekcun ni yer!.... hehehe..) Nekcun bertanya kepada seorang lelaki yang sedang berdiri di luar kaunter bayaran seolah sedang menunggu seseorang. Masa itu juga hanya ada sebuah kereta sahaja di stesyen minyak itu.

“Ma’af encik, boleh tumpang tanya, jalan ni betul ke kalu nak ke tempat ni?” nekcun menunjukkan kad jemputan yang menunjukkan alamat universiti tersebut.

“Oh!... jalan ni salah ni cik adik…” balasnya sambil tersenyum mesra.

Emmm… dia panggil aku cik adik? Dia tak nampak ke aku ni dah nenek? Hati nekcun rasa mula tak sedap. Dia ingat aku akan tergoda ke dengan panggilan tu? rasa ingin tergelak pun ada juga!... (kes perasan ler nih!..)

“Kalu begitu, mana jalan yang betul yang boleh saya sampai ke situ…” dengan naifnya nekcun bertanya.

“Eeemmm… kalu nak tunjuk camtu ajer susah, takut cik adik tak faham nanti kerana banyak simpang-simpang… macam mana kalu saya tolong drive kereta cik adik tu?”

Huh!... merbahaya sungguh Mamat nih!... mentang-mentang dia tengok aku sorang-sorang… sebenarnya hati nekcun dah naik kecut juga.

“Eemmm… tak mengapalah encik… nanti saya tanya di kaunter dalam, mungkin mereka boleh tolong tunjukkan jalan yang betul” balas nekcun sambil mahu berlalu.

Tiba-tiba nekcun lihat lelaki itu pula yang cepat-cepat berlalu ke sebuah motosikal yang ada di situ dan meluncur laju meninggalkan steseyen minyak itu dan tak lama kemudian nekcun nampak ada kereta peronda polis yang masuk ke stesyen itu. Nekcun pun agak hairan kenapa lelaki itu lari bila nampak kereta peronda polis? Lagi tambah kecut hati nekcun dibuatnya.

Bagiamanapun dengan pertolongan kereta peronda polis itu, nekcun dapat mencari jalan yang betul dan dapat sampai ke tempat yang dituju dengan selamat.

Namun sampai hari ini nekcun tak tahu apa kaitan lelaki itu dengan kereta peronda polis itu. Nekcun biasa juga mendapat e-mail dari kekawan yang mengingatkan supaya berhati-hati terhadap ‘perangkap’ yang suka mengganggu pemandu wanita. Dan sebab itu jugalah bila nekcun tidak tahu jalan, nekcun tidak akan bertanya pada sesiapa sahaja di tepi jalan, tetapi sebaliknya selalu nekcun akan singgah di stesyen minyak atau kalau ada balai polis yang berdekatan.

Tapi semalam tu, nekcun ingat tentulah lelaki itu pekerja di stesyen minyak itu, rupanya sangkaan nekcun meleset kali ini. Bagaimana pun, Alhamdulillah nekcun telah terselamat dari sebarang ‘perangkap’itu. Nekcun benar-benar bersyukur kerana Allah masih sayangkan nekcun. Sukalah nekcun nak ingatkan kekawan wanita yang lain agar sentiasa berhati-hati ketika memandu berseorangan kerana sekarang ni macam-macam cara orang yang ‘tidak berhati perut’ ni mahu memerangkap mangsa mereka. Semoga Allah akan sentiasa melindungi kita. Aaaaminnn….

6 comments:

Sulela said...

Salam Nekcun, syukur Alhamdulillah Nekcun tak apa-apa. Pengajaran buat saya ni sebab saya tak berapa peka dengan penipuan yang sebegini.

chekdenoor said...

Alhamdulillah kerana nekcun sempat berfikir .....Kalau kita mudah terperdaya...sure nyawa nekcun pula dalam bahaya.

Orang ni rambut jer sama hitam...hatinyer pelbagai...... So kena lah kita ni letak banyak sikit perasaan syakwasangka.......

Tie said...

Eee...takut gak baca citer nekcun ni... Tie pun tak mudah percaya kat orang....syukur, nekcun tak apa2..

Abang Long said...

Kenapa wanita jadi mangsa ? Jawapannya kerana menolak Islam. Cuba lihat bagaimana sewaktu zaman Nabi dan para sahabat. Martabat wanita dimuliakan dan begiu dihormati.

Bayangkan bagaimana Nabi maengambil selendang dan menghamparkan ketanah untuk dijadikan alas duduk buat ibu susuannya. Begitu tinggi martabat wanita pada zaman itu.

Nek Cun said...

Salam Lela, nekcun bersyukur juga kerana tak apa-apa. Nasib baiklah nekcun cepat ingat masa tu...

Chekdenoor, tu ler kekadang tu nekcun memang tak suka pi mana-mana sorang2. Selalunya nekcun bawa staff sama tapi hari tu kebetulan pulak nekcun pi sorang sebab staff lain ada banyak tugas lain yang perlu diselesaikan. Anyway, Alhamdulillah...kerna Allah masih sayangkan nekcun...

Tie... tu ler, nasib baiklah nekcun tak mudah tergoda dengan pujian... dan mungkin juga berkat do'a setiap kali nekcun nak memulakan sesuatu perjalanan. Minta-minta pengalaman nekcun ni dapat dijadikan iktibar oleh semua kaum wanita.Jangan mudah tergoda dengan kata-kata manis lelaki yang kita tak kenal.

Abang Long,itulah yang selalu nekcun fikirkan, kenapakah ramai sangat sekarang ni insan-insan yang lupakan dosa dan pahala dalam meneruskan hidup di dunia ni. Seolah-olah mereka lupa bahawa segala perbuatan jahat mereka pasti akan dibalas oleh ALLAH SWT. Mungkin juga inilah cara 'survival' mereka... entahlah!...

en_me said...

tewwwlarrr namernyerr.. perigi cari timba.. ehehe