Friday, December 5, 2008

Selamat Hari Raya Aidil Adha...

Lagi sehari dua kita akan menyambut Hari Raya Aidil Adha atau Hari Raya Korban. Kebetulan kali ini Hari Raya mungkin jatuh pada hari Isnin, maka ramai yang mengambil kesempatan untuk balik ke kampong halaman masing-masing.

Nekcun sekeluarga pun akan balik ke kampong atok di Sungai Petani Kedah. Bukan hanya untuk menyambut Hari Raya Korban tetapi juga kerana perlu menghadiri majlis kenduri kahwin anak saudara atok di Alor Star, disamping kami juga akan mengadakan korban di salah sebuah kampong pendalaman di sana.

Mungkin nekcun sekeluarga akan berada beberapa hari di kampong nanti. Dengan itu besar kemungkinan nekcun tidak akan dapat melayari blog-blog kekawan semua…

Walaubagaimana pun, nekcun ingin mengucapkan “Selamat Menyambut Hari Raya Korban” kepada semua kekawan yang mengenali nekcun. Bagi yang akan balik ke kampong, berhati-hatilah di jalan raya. Biarlah kita hanya berkorban kambing atau lembu, janganlah pula kita ‘berkorban nyawa’ di jalan raya.

P/s: Bagi kekawan nekcun yang balik ke Kelantan & Trengganu ingin nekcun nak pesan: jangan biarkan anak-anak main air banjir… Semoga kita semua sentiasa selamat dan dilindungi Allah dari sebarang musibah. InsyaAllah.

6 comments:

Rozlan Mohamed Noor (RMN) said...

Terima kasih nekcun, atas pesanan penaja itu. Malang sekali saya tak balik kg. Atas alasan emergency di sini.

Selamat adiladha juga kpd neckcun.

chekdenoor said...

Selamat hari raya aidil adha untuk nek cun sekeluarga.

BurungBelatuk said...

salam eiduladha nek cun...selamat semua yer...

Papa-Itam said...

salam aidil adha kembali...moga kepulangan kali ini mengumpul koleksi keriangan yang tak terkata....

Abang Long said...

Buat korban tahun ini ?

alaf21fc said...

Salam hormat. Maaf, iklan sikit. Jom sertai kuiz novel. TERIMA KASIH.