Thursday, November 27, 2008

Marilah kita ber"Qurban"...


Semalam nekcun ikut atok pergi masjid kerana kebetulan kami balik dari pejabat sebelum masuk waktu magrib. Tak sangka pulak ada ceramah pasal Ibadah qurban. Oleh kerana pergi masjid dengan cara kebetulan, maka nekcun pun tak bawaklah buku catitan. Bagaimana pun adalah beberapa perkara yang nekcun masih ingat untuk dikongsi bersama kekawan semua.

Ustaz tu kata, ibadah qurban ini sebenarnya adalah dituntut untuk semua orang Islam yang mampu. Disamping kita ber’qurban’ untuk diri kita, kita juga boleh mensedekahkan pahala qurban itu kepada sesiapa yang kita suka hendak sedekahkan. Ini bukan bermakna, kalau kita nak sedekah pada lima orang anak kita, kita perlu qurban 5 ekor kambing atau 5 bahagian dari seekor lembu atau sebagainya, tetapi memadai dengan kita berqurban seekor kambing atau satu bahagian lembu sahaja, tetapi niat kita untuk bersedekah pahala itu akan sampai juga kepada semua orang –orang yang kita sedekahkan pahala itu disamping kita juga akan mendapat pahala yang sama. Tetapi kalau kita mampu untuk memberi setiap orang dengan setiap bahagian, lagi elok. Itulah kata ustaz!…

Bercerita tentang kemampuan, ustaz juga berkata… kalau dalam keadaan kita sekarang ini, memang semua orang adalah mampu untuk melakukan ibadah qurban ini.

Contoh pertama, ustaz berkata: “Cuba lihat semua poket tuan-tuan! Kalau ada kotak rokok di dalam poket tuan-tuan itu, maka tuan-tuan sudah dianggap mampu untuk melakukan ibadah qurban. Cuba tuan-tuan kira sekotak rokok berharga RM6.00. Setiap hari tuan-tuan berbelanja RM6.00 untuk membeli barang yang makruh itu. Dalam setahun maknanya sejumlah RM2,190-00 telah tuan belanjakan. Tidak bolehkah dari jumlah RM2,190-00 tuan-tuan ambil anggaran RM350-00 (harga satu bahagian lembu) untuk ibadah qurban yang hanya setahun sekali?”

Ustaz memberi contoh lagi: “Ada orang kata saya tak merokok, jadi saya memang tak membelanjakan duit untuk benda yang makruh itu! Okey… tengok pulak di rumah tuan-tuan, ada astro tak? Berapa bayaran astro sebulan? Katakanlah yang paling murah RM49-00 sebulan, jadi setahun RM588-00. Jadi tak bolehkah ambil RM350-00 dari situ kerana astro bukanlah perkara wajib yang umat Islam perlu ada!”

Meneliti kembali ceramah Ustaz itu, memang tersentuh benar hati nekcun. Kekadang kita ni terlalu berkira untuk membelanjakan duit kepada jalan ALLAH, tetapi kita seolah tidak kisah kalau pembaziran untuk keseronokkan duniawi. Hati nekcun benar-benar insaf ketika itu kerana segala rezeki yang ALLAH telah berikan, kita habiskan untuk kehidupan duniawi sahaja dan kita jadi lupa bila untuk mencari jalan keredhaannya.

Nekcun harap entry nekcun kali ini dapat kita menfa’atkan bersama untuk kita sesama saling ingat mengingati… Selamat Menyambut Hari Raya Qurban.

P/s: Tahun ini nekcun sekeluarga ber”qurban” di Cambodia
.

3 comments:

izman said...

saya juga tersentuh dgn mmg betul kata ustaz tersebut.

alhamdulillah, saban tahun saya akan spent satu bhgn korban, walaupun tidak balik ke kampung.

chekdenoor said...

Nekcun,

Chekdee suka cara kita saling ingat mengingatkan...... bagus tu....

Bagi seseorang yang beriman....jika kena anggap korban adalah satu amalan yang berat dan perlu diusahakan setiap tahun.

Sebenarnyer jika dihitung...banyak wang boleh dilaburkan untk banyak tujuan lain....jika kita burget betul-betul...amalan korban yang tak seberapa ini sepatutnyer didahulukan.

Selamat hari raya haji......untuk nekcun sekeluarga

fatimah said...

Assalamualaikum Kam

Firman Allah, "It is neither their meat not their blood that reaches Allah, it is your piety that reaches Him" (ch22:v37). May Allah the All Mighty bless you & family with more