Pada hari Sabtu nekcun ke PWTC kerana pejabat nekcun terlibat dengan Mega Career Carnival. Walaupun beberapa orang staff kami bertugas di booth kami tetapi nekcun pergi juga kerana perlu menghadiri majlis perasmian disamping memberi sokongan moral kepada staff-staff yang bertugas sepanjang dua hari carnival tersebut.
Sepanjang nekcun berada di carnival itu, nekcun lihat memang ramai betul pengunjung yang datang. Tak tahulah samada mereka-mereka itu adalah graduan-graduan yang memang masih belum mendapat pekerjaan atau pun yang sudah bekerja tetapi mahu “beralih angin” ke majikan lain kerana memang terdapat lebih 80 majikan yang menawarkan berbagai kekosongan jawatan, termasuklah syarikat tempat nekcun bekerja.
Dari apa pemerhatian nekcun, hampir 80% pengunjung atau pencari pekerjaan adalah dari kalangan anak-anak Melayu. Selebihnya adalah kalangan anak-anak kaum India dan terlalu sedikti sangat dari kalangan anak-anak kaum Cina.
Melihat keadaan begitu, terdetik juga hati nekcun… “ramai betul anak Melayu yang masih tiada pekerjaan berbanding dengan kaum lain. Mengapa harus terjadi begitu?”
Bagaimanakah DEB yang telah sampai ke peringkat yang ke 9 masih tidak dapat membantu anak-anak bangsaku mencapai sasaran ekonomi yang sepatutnya.
Hati nekcun jadi sedih sangat melihat anak bangsaku mengemis mencari pekerjaan di tanah air sendiri!... Sampai bilakah harus kita terus begini? Tidakkah pemimpin-pemimpin bangsaku menyedari keadaan yang sedang berlaku ini… Entahlah!... nekcun tidak tahu nak kata apa-apa lagi… Hanya kepada Allah nekcun selalu berdo’a agar kita semua sentiasa mendapat pertolongan dariNYA.

5 comments:
Entahlah nekcun... Tie tak tahu nak kata apa. Mungkin kerana sikap kita sendiri yang kurang 'ganas' utk bersaing atau pemimpin yang terlalu mementingkan diri sendiri. Tapi dulu, memang tie rasa keperitan dlm mencari kerja, kena pandai2 berbaik2 dgn golongan bangsa lain, utk majukan diri sendiri. Memang , kita ni dipandang hina, nek... Macam mengemis seperti kata nekcun.
p/s: Tie dah bubuh shoutbox kat blog tie, kalau tak leh komen, bolehlah komen kat situ...(tie dah buang widget2 tertentu, rasa dah boleh komen, tu...)
salam nekcun...hemm..nak tau dak batch syd kat sni syd adalah satu2nya melayu lelaki yang ada...then ada 14 melayu perempuan...bakinya dari kaum india...dan total kami 50++..diorang dah penuhkan kouta doktor2 kat malaysia...
kalau cina diorang byk fikir business...payah leh cari orang cina yang makan gaji...dan bisnes lak turun temurun...dari moyang ke datuk,dari datuk ke bapak,dari bapak ke anak,dari anak ke cucu...
melayu baru nak start bisnes dah rebah..nak masuk tender bumiputera pun kena suap sana sini...belum lagi tender kroni....yang takde kroni jgn harap nak menang tender kerajaan...ayah syd ada pengalaman ni waktu lawan tender UUM buat batik...last2 dia give up dan taknak masuk tender dah...walaupun kita offer murah dan kualiti tapi dapat jugak kat orang lain..sbb org lain tu anak kawan datuk dia..
nasib anak bangsa ni tak kan selesai nekcun...pemimpin sehebat Tun Dr Mahathir pun tak mampu mengeluarkan bangsa dia sendiri sbb bangsa dia ni masih bermimpi dan berangan2..
Allah tak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu mengubah nasib DIRInya sendiri...
semua perubahan harus dari DIRI~
hai...saya hani, work from home
mmg betul laa, bangsa matasepet & bangsa kulitgelap tu kalau tk dpt mkn gaji derang wat bisnez aa...jadik boss seniri...
Tapi camno ekk..makpak kita pon tak suka dgn anak2nya yg resign atau sengaja yg nak niaga sepenuh masa.....
Mcm kita laa...kita tensen aa, 1 hari nnt kita pon nk mkn gaji...tp skarang tgh kompol wet nk bayo utang dulu
DEB.....hmmm...kekadang chekdee terasa sangat ianyer tak ok untuk golongan pertengahan.....ianyer hanyalah membantu golongan bawahan dan atasan.....
Nekcun..... sikap bangsa kita juga.....banyak silapnyer.....kita ini terlalu mudah lupa........ suka yang subsidi....... sebab itu kita tidak maju.......
Anakbangsa kitani....kena belajar duduk dalam keadaan tersepit..... baru mereka tahu menghargai apa yang mereka ada dan menjaga apa yang mereka perlu jaga........
Kita yang takut bersaing...... Kita kena berubah..... Kehidupan bangsa melayu ini terlalu selesa.... Kita kena punyai satu cita-cita besar...agar kehidupan ini selalu ada rasa takut....takut impian tak kesampaian...... takut akan mengajar kita lebih berusaha.... lebih rajin bekerja..... lebih berani berubah.....
MASA SAYA baru je grad.byk tempat tebiu sy pergi.itulah pengalaman.Memang susah.Memang sedih dan depressing bila tak dapat job after grad.Barangkli ada la beberapa percent disebabkan oleh sikap org KITA sendiri.
Post a Comment