Wednesday, November 5, 2008

Aku datang menyahut panggilanMU....



Semalam nekcun dan atok dapat jemputan dari seorang kawan lama untuk kenduri do’a selamat sebab dia suami isteri nak berangkat menunaikan Ibadah Haji minggu hadapan. Nekcun dan atok memang tak pernah melepaskan peluang untuk berjumpa saudara mara atau sahabat handai yang nak ke Mekah untuk menunaikan Ibadah Haji kerana setiap kali melihat kawan-kawan pergi, terasa hati ini juga bagai dicuit-cuit dan ditarik-tarik nak pergi lagi walaupun telah beberapa kali pergi.

Sesungguhnya, tanyalah sesiapa sahaja yang sudah pernah ke Mekah dan menghadap Baitullah, pasti akan mahu lagi ke sana dan tidak akan pernah serik walaupun terdapat beberapa dugaan yang dihadapi ketika di sana.

Bercerita pasal mengerjakan Ibadah Haji dan Umrah ini, teringat nekcun akan satu ceramah ugama yang nekcun hadiri. Entah di mana pula nekcun menyimpan nota ceramah itu, nekcun pun tak ingat... tetapi sedikit sebanyak yang nekcun ingat adalah seperti berikut:-

Allah akan memanggil kita hanya TIGA kali sahaja. Kalau panggilan pertama dan kedua kita tidak menyahut panggilanNYA, maka pada panggilan ketiga kita tidak akan dapat lari dari menyahutnya. Sesungguhnya ALLAH itu maha adil dan maha mengasehani…

Panggilan pertama ialah melalui Azan Solat lima waktu sehari!... Azan solat adalah panggilan pertama Allah kepada hamba-hambanya. Kita diwajibkan menyambut panggilan itu dengan megerjakan solat setiap kali kita menerima panggilan itu. Cuba bayangkan apakah perasaan kita bila kita memanggil anak-anak kita tetapi mereka tidak menghiraukan panggilan kita. Kalau ada yang menyahut pun mungkin setelah beberapa lama kita memanggil… Tidakkah kita berasa hampa dan sedih? Anak yang kita sayang, anak yang telah kita berikan semua kemahuannya tetapi tidak mahu menyahut segera panggilan kita!... Tentu kita berasa kecil hati kan?... begitu jugalah ALLAH… tetapi ALLAH itu maha pengasih lagi penyayang. ALLAH juga maha pengampun… Dia tetap akan memberikan apa yang kita pinta walau pun kita pernah menyakitiNYA dengan tidak menyahut panggilan pertamanya.

Panggilan ALLAH yang kedua adalah ketika kita mengerjakan Ibadah Haji dan Umrah. ALLAH telah menyeru semua umatnya yang mampu untuk mengerjakan Ibadah Haji & Umrah dan sebab itu juga ibadah itu dimasukkan ke dalam rukun Islam yang lima. Tetapi berapa ramai umat Islam yang mampu dari segi kekuatan fisikal dan kewangan tetapi masih melengah-lengahkan untuk menyahut panggilan ALLAH yang kedua itu. Harta yang banyak digunakan untuk urusan duniawi yang lain. Malah ada yang sanggup berhabis duit beribu-ribu/berjuta-juta untuk bercuti ke luar negara untuk melawat negara-negara yang lebih maju & moden kononnya tetapi masih tidak sampai lagi untuk mengerjakan Ibadah Haji & Umrah. Bila di tanya, maka jawapan yang lumrah kita dengar ialah “belum sampai seru lagi!...” Adakah itu jawapan yang betul? ALLAH telah menyeru umatnya untuk panggilan kedua itu melalui rukun Islam yang lima, mengapa mesti kita salahkan tidak ada seruan lagi? Alangkah beruntungnya orang-orang yang dapat menyahut seruan ALLAH yang kedua itu…”Allahumalabaiiiik… aku datang menyahut panggilanMU ya ALLAH!...”

Panggilan ALLAH yang ketiga dan terakhir ialah apabila dia menghantar Malaikat Izrail untuk menyabut nyawa kita dari tubuh kita. Panggilan ketiga ini adalah panggilan ALLAH yang terakhir untuk kita, maka mahu tidak mahu kita terpaksa menyahutnya!... Tiada siapa pun yang dapat mengelak panggilan ketiga ini bila ALLAH sudah memanggil kita. Maka beruntunglah bagi insan-insan yang sentiasa setia dan ikhlas di dalam menyahut seruan ALLAH yang pertama dan kedua dan pastinya panggilan ketiga ini tidak akan menjadi masaalah kepada mereka-mereka ini. Malahan ramai juga yang sentiasa ternanti-nantikan panggilan yang ketiga ini apabila mereka telah menyerahkan sepenuh jiwa dan raga semasa menyahut panggilan ALLAH yang pertama dan kedua itu kerana mereka tahu, Allah akan memberikan lebih ganjaran setelah mereka menyahut panggilan yang ketiga ini. Ganjaran yang lebih hebat dari apa yang mereka telah dapati di dunia ini.

Tetapi... akan malanglah nasib insan-insan yang mensesiakan panggilan-panggilan pertama dan kedua ALLAH ketika menghadapi panggilan yang ketiga. Na'uzubillah… janganlah kita termasuk ke dalam golongan insan-insan yang rugi ini!...

Sebenarnya nekcun ni tidaklah arif sangat pasal hukum-hukum ugama ni… tetapi apa yang nekcun rasa, kalau perkara itu elok dikongsi bersama, maka apalah salahnya kita kongsikan sambil kita ingat mengingati sesama kita… InsyaAllah, semoga kita semua sentiasa mendapat RahmatNYa ketika menyahut panggilan ALLAH serta mendapat keberkatanNYA di sepanjang hayat kita di alam maya ini…Ammiiinnn…

12 comments:

chekdenoor said...

Salam,

Walaupun chekdee baru tahun lepas mengerjakan haji ...... bila melihat saudara mara dan sahabat handai akan ke tanah suci ....sememmangnyer tersentuh hati ini...... rindukan suasana ketenangan dalam ramai ...dirumah ALLAH...... Disana...kita terasa dekat dengan NYA.

Chekdee setuju dengan nekcun ... kita sesama manusia, perlu selalu ingat mengingati...... dalam setiap hal.....agar kita selalu berada di atas landasan yang betul.

Doa chekdee selalu ialah

BIARKANLAH CHEKDEE HIDUP DAN MATI DALAM IMAN, DALAM KESEMPURNAAN, DALAM BERMARUAH DAN DALAM KEADAAN BAIK.

Tie said...

Salam nekcun. Mentua tie akan ke mekah tak lama lagi,insyaallah. Tie yang terlebih excited ni. Agaknya bila pula giliran tie, ekk.

Nek Cun said...

Chekdee, nekcun ngan atok ni memang kalau diikutkan hati nak sajer ke Mekah tu tiap-tiap tahun, tetapi kekadang tu takut plak nanti dikatakan tamak pulak, jadi biarlah kita beri peluang kepada jemaah lain pulak kan?... tapi kalo ibadah Umrah tu... insyaAllah, rasanya memang nak pi tiap tahun...

Tie... kirim salam sajerlah pada mentua tie tu... nekcun doakan dia sehat sejahtera dan boleh melakukan ibadah Haji dan Umrah tahun ini dengan selesa. Semoga mereka mendapat Haji yang Mabrur...mintalah mereka seru-seru nama tie & hubby semasa di hadapan Baitullah nanti... InsyaAllah, orang kata cepat lah pulak tie dapat pi sana...

Unknown said...

huuhuu...nak pergi jugakk...kalau boleh before 35 dah naik haji...best kan sampai kat kaabah...mesti nangis bila lihat keagunganNYA kan?

AL-BIMA SAKTI said...

salam,

panggilan Allah,
lambaian kaabah,
bukan untuk bermegah,
tp rukun yg tak bisa disanggah...

pB said...

Terima kasih Nek Cun ...

erisya nor said...

salaams nek cun. pertama kali ke blog nekcun. seronok baca cerita nekcun di sini. oh ya..novel tu sumer hasil karya nekcun ka?

Abang Long said...

Sesiapa sahaja yang pergi ke sana, tolonglah doakan kebaikan buat insan yang sedang menderita.

maklang said...

memang seronok kalau dapat kesana ye...moga2 ada rezeki untuk maklang ke sana tahun hadapan, InsyaAllah...

Nek Cun said...

Salam sayyid, eloklah kalau sayyid nak pi sana semasa muda. Nenkcun pi pertama kali dulu pun semasa <40. Nekcun kesian bila tengok orang2 yang tua yang dah tak larat tuh!...

Salam Bima, memang mengerjakan ibadah Haji & Umrah itu satu kewajipan bagi kita semua umat Islam. Semoga kita semua sentiasa akan dapat menjadi tetamu ALLAH.

Salam Pb... sama-sama... ziarahlah nekcun selalu!...

Salam Erisya... eh nama erisya ni hampir sama ngan nama cucu nekcun "Ersyalina Amni"....ya, novel-novel tu sume nekcun yang menghasilknnya... dah baca ke belum? Kalau belum, cuba-cubalah baca... hehehe...

Salam abang long, InsyaAllah orang yang ikhlas akan sentiasa mendapat perlindungan ALLAH. Semoga abang long cepat sembuh...

Salam maklang... time kasih kerna sudi singgah. Nekcun do'akan agar maklang dapat cepat ke Mekah, InsyaAllah...

erisya nor said...

nekcun,

wahh hebatnya nekcun!erisya selalu nampak novel tu di pasaran tapi tak beli sebab semenjak dua menjak ni tak dan baca novel....dah minat nak kumpul antologi sajak pula...:)

izman said...

saya berdoa moga dapat mengunjungi rumah Allah itu.