Friday, October 31, 2008

Marilah rehatkan minda kita....

Huh!... bercuti dan melancung bersama atok di satu tempat di alam maya ini memang menyeronokkan. Kali ini kami bercuti tak jauh pun, lebih kurang 3 – 4 jam penerbangan sahaja. Walaupun dah dua tiga kali ke situ, nekcun dan atok tetap suka ke situ lagi kerana macam-macam yang menarik ada di sana!... (Boleh main chess atas 'giant board')

Nekcun memang macam tu… kalau nak bercuti untuk berehat-rehat, nekcun tak suka jauh-jauh sangat yang mana mungkin memerlukan penerbangan berbelas atau berpuluh jam kerana akhirnya akan penat jet-lag, jadi bukan berehat tetapi menambah penat. Sesekali tu tak apalah tetapi kalau untuk sesekejap ni baiklah tak payah jauh-jauh sangat!... Lainlah kalau terpaksa mengikut atok atas urusan rasmi, kalau lama di atas kapal terbang pun boleh rehat sebab boleh duduk tempat ‘sedap’, tapi kalau pergi bercuti sendiri, buat apa nak buang duit bayar tambang mahal-mahal untuk nak duduk ‘sedap’… bagi nekcun asalkan masa sampai di tempat yang dituju sama sajer, sudahlah!…(Duit tu boleh guna buat ‘shopping’…biasalah orang pompuan… hehehe…)

Selama lima hari berehat dengan atok di tempat orang, walaupun seronok sesekali tu terasa ‘boring’ juga terutama bila masa atok sebuk di padang menebas rumput yang tak panjang-panjang tuh!... (tengoklah buggy atok tuh!...) Jadi untuk menghilangkan rasa ‘boring’ tuh nekcun ambil peluang pula memanjakan diri di Spa. (Ramai ‘mat salleh’ lebih suka di ‘open massage hut’ sambil menyedut udara nyaman di tepi pantai, tapi nekcun tidaklah begitu…malu!...)


Walaupun di fikiran nekcun sentiasa berserabut dengan kerja-kerja di pejabat yang sentiasa berlambak-lambak yang terpaksa nekcun tinggalkan untuk beberapa hari ini, namun bila atok memanjakan nekcun dengan percutian ini, nekcun rasa seronok benar. Maklumlah dalam perkahwinan yang telah menjangkau lebih 30 tahun (dah kahwin sebaik habis sekolah!... nak buat macam mana?...hehehee..) kemesraan dan belaian pasangan perlu dititikberatkan selalu bagi menghangatkan kembali sa’at-sa’at manis ketika baru berkahwin dulu.
Inilah yang atok dan nekcun selalu lakukan. Tiga empat bulan sekali kami pasti akan pergi bercuti dan melancung ke tempat-tempat yang berlainan bagi memupuk dan menyemarakkan lagi kasih sayang antara kami. Setelah penat berhar-hari memerah otak dan tenaga di pejabat, sekali sekala kita perlu pula merehatkan tubuh dan minda dengan percutian bersama yang tersayang. Ini akan dapat mengiratkan lagi cinta dan kasih sayang suami isteri yang mungkin telah terabai ketika kita sibuk bekerja mencari rezeki.

Kekadang hati nekcun setuju juga dengan phrasa “Duit tidak boleh membeli segalanya!” Iyalah… kalau duit banyak berkepok-kepok tetapi badan tak sihat, buat apa? Itu tak boleh makan, ini tak boleh makan… buat apa duit banyak-banyak? Lagi pulak tu… kalau asyik sakit-sakit sahaja, nanti lama-lama orang yang disayang pun akan jemu juga!... akhirnya kita akan tinggal keseorangan juga!... (semoga tidak akan menimpa kita!...)

Sebab itulah nekcun dan atok. walau macam mana sibuk sekali pun, sesekali mesti juga mencuri peluang pergi bercuti untuk merehatkan badan dan minda. Tubuh kita ini kan macam mesin… sesekali kena juga direhatkan dan di ‘service’ untuk mempastikan ‘performance’nya sentiasa ‘tip-top’…

Jadi, sukalah nekcun menasihatkan kekawan yang sentiasa sibuk mencari rezeki tuh… pergi-pergilah bercuti bersama yang tersayang untuk merehatkan badan dan minda disamping mengiratkan lagi cinta dan kasih sayang… Ingatlah… “Money cannot buy everything!....” dan “Love is the best medicine for survival!...”

p/s: Dalam masa bercuti sempat juga menulis sebaris dua di tepi pantai... banyak lak ilham masa tuh!.. Lepas cuti nih, nekcun kenalah balik macam lipas kudung kerana sudah tentu kerja berlambak-lambak bagai nak rak!... KPI dan semua date-lines kena dicapai!... hukhukhuk!...

8 comments:

Tie said...

Bestnya nek..dpt gi jenjalan. Tapi betul kata nekcun tu tentang tambang perjalanan..baik guna utk shopping! Sayang nak bazir utk duduk saje..hihi..Hubby tie pernah ajak gi cuti jauh sikit, tapi tie cakap di kl pun tak pe..sebab dok mikir tempat shopping je..
Kalau senang2 mai lah dtg cuti kat blog tie ni..ke pulau aneh!!

fatimah said...

Assalamualaikum Yang penting masuk ofis Kam kelihatan lebih segar & cun

chekdenoor said...

Salam,

macam kenal jer tempat tu .... BALI ya nekcun ..... kat hyatt tu ...heheheh..... tempat tu best dan bersih......... Orang kat situ pun baik semuanyer.

bagus juga tu nekcun....kita kena gak rehatkan diri dari kesibukan keje ........

Nek Cun said...

Salam Tie, nekcun ni memang kaki shopping gak macam tie. Pantang kalo pi mana-mana, agenda shopping tak boleh missed!... atok dah faham benor perangai nekcun nih...hehee..

Salam Timah, apa khabar? dah sehat ke... dalam umur-umur kita ni, kesihatan amat perlu... tulah aku suka pi bercuti dan merehatkan badan... aku do'akan ko benar-benar dah sehat dan sejahtera selalu.

Salam Chekdee, pandai chekdee meneka!... selalu ke ke sana? Harap-harap satu hari nanti kita boleh jumpa bila pi holiday mana-mana kan?...

manje said...

salam nekcun

besh eik dpt g jejalan mcm ni...
penat keje sehari2 bole la dihilangkan sementara waktu...

betul ar kate2... duit tak dpt membeli segalanya... kot dah sakit nati, kite bkn leh otomatik baik pun kot nak byr ngan duit... huhu

Muhammad Sayyid bin A Rahman said...

haha..duk teka2 tadi kat mana 3-4 jam tu..nasib bek ada org lain dah cakap bali..suspen tul...parents syd pun suka gi honeymonn..lebih2 sekarang anak ada kat indonesia depa pun makin2 suka ja mai indonesia...haha..p berdua ja..anak2 cari duit sendiri baru pergi..huu

Nek Cun said...

Salam Manje... tu ler, dah penat kerja kenalah rehat-rehat plak kan!... Tapi la ni dah ligat balik kat ofis macam lipas kudung... eemmmm tak larat lah bila tengok kerja bertimbun-timbun tuh!...

Sayyid...camna exam? Okey ke? Nekcun do'a sayyid berjaya... ooooh... parent sayyid suka gak pi honeymoon ye? Eloklah... sayyid tak leh kacau tau... kena bagi chance kat depa tuh!...hehehe...

izman said...

saya sokong gi melancong utk rehatkan diri dan minda. mcm nekcun lagi la penting jenjalan, idea baru datang mencurah2. cepat la keluar novel2 baharu.