Wednesday, October 22, 2008

Bangsa Malaysia... Malaysiakah kita?...

Dua malam lepas, entah macam mana nekcun tertengok satu siaran di Astro… (tak ingat pun siaran channel mana kerana tengah sibuk mencari siaran kartun untuk cucu…) yang begitu menarik minat nekcun, sehingga membuat nekcun terleka sebentar mendengar isu yang dibincangkan. Tokoh yang berbincang itu adalah Dr. Redzuan Tee Abdullah dan yang sorang lagi nekcun pun tak ingat siapa namanya…

Apa yang menarik minat nekcun sangat-sangat ialah bila isu perkauman yang sedang menjadi-menjadi di negara kita ini dibincangkan. Ahli panel juga membincangkan kenapa ianya terjadi sekarang dan apakah tindakan yang perlu diambil bagi membendung gejala ini dari terus membelenggu sentimen semua rakyat Malaysia.

Nekcun rasa semua orang kenal siapa Dr. Redzuan Tee Abdullah. Seorang saudara baru Islam dan menjadi pendakwah bebas. Apa yang dikatakan oleh beliau memang banyak benarnya dan nekcun rasa amat bangga kerana walaupun beliau asalnya seorang Cina tetapi beliau benar-benar berfikiran rational ketika menyatakan pendapatnya.

Beliau mengatakan: Semua bangsa itu ada tanah air mereka sendiri dan semua tanah air mereka itu diberi nama mengikut bangsa masing-masing. Contohnya, orang-orang Cina berasal dari negeri Cina dan sebab itu negerinya di panggil negeri Cina, orang India berasal dari negeri India, orang Siam berasal dari negeri Siam dan lain-lain. Semua hak mutlak bangsa-bangsa itu di negara mereka tidak boleh digugat ganti oleh mana-mana pihak. Begitu juga dengan orang Melayu, di mana jadilah negara ini di panggil Tanah Melayu kerana asalnya ialah kepunyaan orang Melayu. Maka orang lain yang mendatang ke Tanah Melayu tidak sepatutnya menggugat ganti hak mutlak orang Melayu di tanah air mereka. Orang-orang yang mendatang ini sepatutnya bersyukur kerana telah diterima oleh orang Melayu untuk menjadi sahabat dan kemudian sama-sama mendudukki tanah Melayu ini. Tetapi apa yang terjadi sekarang adalah sebaliknya!

Bila ditanya, mengapa boleh jadi begitu? Maka jawab beliau: Ini adalah disebabkan kesalahan orang yang mentadbir negara ini. Orang-orang ini banyak yang mempunyai kepentingan peribadi dari mempertahankan hak bangsa dan rakyat asal Tanah Melayu. Pentadbir-pentadbir ini sanggup meminda cara-cara pentadbiran untuk mendapatkan sokongan dari sahabat-sahabat yang mendatang ini hanya untuk memenuhi keperluan peribadi mereka semata-mata.

Contoh yang beliau beri: Hanya untuk menjadi popular dan memastikan boleh menang dalam pilihan raya, ahli politik (Pentadbir negara) akan sanggup menukar pelembagaan atau pun cara-cara mentadbir negara misalnya pindaan terhadap akta Pelajaran di mana dulunya Bahasa Melayu adalah sebagai bahasa Ibunda / Utama tetapi sekarang tidak lagi. Seseorang yang pandai berbahasa Melayu dan tidak pandai berbahasa Inggeris / bahasa lain akan dipandang rendah dan akan susah untuk mendapat pekerjaan. Sedangkan kalau di negara-nagara lain contohnya di negara Cina, kalau seseorang itu tidak dapat menguasai bahasa Cina / bahasa ibunda, meraka tidak akan diberi keutamaan dalam sebarang hal. Begitu juga di India dan negara-negara lain di mana mereka mementingkan bahasa ibunda tanah air itu. Tetapi apa yang terjadi di Malaysia sekarang adalah sebaliknya. Alangkah malangnya anak Melayu kerana sudah tiada hak mutlak di Tanah Melayu.

Beliau juga ditanya mengapakah perlunya pengetahun sejarah kepada semua pelajar? Jawab beliau, sejarah sesebuah negara itu memang perlu diketahui oleh setiap rakyatnya supaya mereka sedar siapa diri mereka dan bagaimana mereka boleh menjadi rakyat negara ini. Dengan pengetahuan itu, maka akan timbul perasaan sayangkan negara dan menanam rasa ta’at setia kepada negara tercinta ini tanpa menganggu gugat hak mutlak bagi mereka yang hak.

Beliau juga mengatakan, mengapa mesti ada bermacam-macam jenis sekolah di Malaysia ini, misalnya mengapa mesti ada sekolah Cina dan sekolah Tamil. Kalau kerajaan mahu semua rakyat bersatu, maka hanya ada perlu satu sekolah sahaja iaitu sekolah Kebangsaan di mana semua anak-anak dari berbagai kaum dan bangsa berkumpul dan bersatu. Mempelajari satu pemahaman. Jika dari kecil lagi mereka telah dipisah-pisahkan dan diajar mengikut pemahaman yang berlainan, apakah yang kita harapkan bila mereka telah meningkat dewasa. Tentu sahaja pemahaman yang berlainan akan terus menguasai pemikiran mereka. Jadi macam mana kita mahu semua rakyat yang berbilang kaum dan bangsa ini bersatu tanpa ada rasa prejudis antara satu sama lain? Inilah salah satu isu yang dibangkitkan oleh Dr. Redzuan Tee yang amat menarik minat nekcun sehingga terleka sebentar mendengarnya.

Nekcun memang solute pada Dr. Redzuan Tee di atas keterbukaan cara dia berfikir di dalam usaha menyatukan kembali semua bangsa di Malaysia ini tanpa mengganggu gugat hak-hak bagi yang berhak. Kekadang, kita orang Melayu sendiri tidak sedar siapa diri kita sehingga sanggup menggadai maruah ugama, bangsa dan negara hanya untuk memenuhi kepentingan peribadi. Walau apa-apa pun, bagi nekcun, yang penting adalah sekiranya semua ahli politik dan pentadbir negara mengamalkan cara-cara mentadbir berlandaskan Islam dan Al-Quran, insyaAllah semuanya akan selamat. Cara pentadbiran yang disarankan oleh Islam telah lebih dari cukup untuk menjaga kepentingan dan kesejahteraan semua insan di dunia ini tanpa mengira bangsa atau pun ugama yang mereka anuti.

Marilah kita sama-sama fikir-fikirkan apa yang dibangkitkan ini… Kekadang nekcun pun takut nak menghadapi apakah kesudahan keadaan politik dan pentadbiran negara yang sedang melanda negara kita ini… Hanya kepada ALLAH nekcun selalu berserah. Semoga hidup kita sentiasa diberkati dan dirahmati di dunia dan di akhirat…. Amiiiinnn…

15 comments:

BurungBelatuk said...

bersatu kita teguh, bercerai kita roboh...bangunlah bangsa ku....

Harap malaysia kekal aman.

Tie said...

Dr Rezhuan tu benar2 jujur orgnya. Sebab itu dia mendapat hidayah dr Allah. Malangnya setengah2 org kita (sebahagian besar pemimpin lah) terlalu pentingkan diri sendiri, hingga sanggup buat apa saja sampai hilang maruah dan harga diri. Kita bangsa melayu seolah2 tak punya kuasa dan hak lagi.(bangsa lain dah berani pertikaikan itu ini)

Nek Cun said...

Belatuk, memang sepatutnya kita semua orang Melayu mesti bersatu walaupun berlainan fahaman politik... Ini tidak... malah kutuk mengutuk sesama sendiri sehingga orang lain sudah hilang hormat pada orang Melayu... entahlah apa nak jadi...

Tie, macam yang nekcun kata tulah... kekadang orang Melayu ni mudah lupa daratan...

Muhammad Sayyid bin A Rahman said...

herm...kalau penjajah nak lepas kan negeri jajahan dia, dia tak akan lepas mudah2..kalau kat malaysia mungkin kita terpaksa pakai prinsip jus soli di mana kita menerima kerakyatan org2 cina dan india untuk mendapat kemerdekaan...

kat palestin sebelum british keluar diorang masukkan imigran yahudi ke tanah palestin sampai lah jadi macam sekarang..

kalau kat india dia meninggalkan sentimen permusuhan hindu-islam, sikh-islam, dan sikh-hindu....sampailah ke pembunuhan mahatma ghandi (oleh fanatik hindu) dan pembentukkan negara pakistan dan bangladesh...

kenapa?diorang nak orang Islam lemah dengan terus menerus menerima konflik dalaman negara masing2...kenapa negara yg ada org islam je jd cam ni..hairan kan?kalau negara bukan islam sure tak da masalah...

Muhammad Sayyid bin A Rahman said...

sorry sbb tak berkenalan dulu...salam berkenalan....nama sayyid

http://muhammadsayyid.blogspot.com

Nek Cun said...

Sayyid... memang betul apa yang sayyid kata tu... mungkin itulah dugaan Allah kepada kita umat Islam... Wallahualam...
You're always welcome here...

chekdenoor said...

Salam,

Chekdee suka nekcun berkongsi masalah ini disini.... sebab...memang masalah perkauman sejak akhir-akhir ini seolah-olah telah diapi-apikan oleh sesetengah pihak untuk kepentingan pribadi sendiri.

Chekdee orang berniaga.... masalah perkauman ini bagi chekdee sangat sirius.... sebab dari pengalaman chekdee sendiri ada beberapa peristiwa yang boleh dikongsikan bersama

1. Bila seorang bangsa cina calling pusat tuisyen chekdee...dan dia dengar...yang menyambut call hanya berbahasa melayu ...so... si pemanggil tanpa rasa segan silu berkata "eh...ini melayu punya ka... sorry ya" dan terus meletakkan phone.

2. Beberapa kali (banyak kali sebenarnyer) pelanggan cina yang datang kepejabat chekdee ...untuk buat pendaftaran.... dia akan bertanya dulu " ini melayu punya ker?" ... then tanpa mempertimbangkan perkhidmatan kami...dia akan terus berlalu ...cam tak suka jer...

3. Anak chekdee yang kedua tu...memang sebiji muka cina ...sebab mak chekdee dan mertua chekdee adalah anak cina yang dibela melayu .... so....jika dia membantu chekdee dimeja pendaftaran .....beberapa kali juga dia didatangi oleh pelanggan cina yang berkomunikasi inggeris....lecture dia...kenapa keje ditempat melayu.......

Sebenarnyer.... masalah perkauman ini sirius....bukan pada orang melayu....tapi kepada orang cina sendiri. Orang melayu ni...lembut hati...kerana itu, kita boleh menerima cina dan india untuk tinggal bersama.... tetapi.... tidak kepada masyarakat cina. Cina selalu memandang kita sebagai bangsa yang malas, bodoh, subsidi dan rendah..... Mereka selalu ingat, bangsa cina adalah bangsa yang jauh lebih baik.

Zaman sudah berubah.... sebenarnyer sudah ramai anak melayu yang pandai, rajin dan boleh berdikari.....

Kita melayu yang kena tunjukkan kebolehan kita mengurus ekonomi negara kita dan.... chekdee sangat berharap...para pemimpin kita akan berusaha mengelakkan diri dari rasuah dan salah guna kuasa.... kerana impak sifat negative pemimpin melayu telah menyebabkan kita rakyat bangsa melayu akan terus dipandang rendah.

Nek Cun said...

Salam Chekdee. Itulah silapnya pemimpin2 Melayu kita yang ada sekarang. Apabila mereka telah boleh dibeli dengan 'rasuah' oleh si Ci.. maka bila si ci.. kutuk Melayu pun mereka dah tak boleh nak buat apa-apa... maka marilah kita rakyat marhain ni bersatu, mengukuhkan ukhwah kita... kita buat juga macam depa... kalau kedai tu depa punya, jangan beli... bukannya tak ada kedai Melayu. Sekarang ni dah banyak kedai Islam. Eloklah kita bantu peniaga Islam... nak apa sajer sekarang ni kita boleh dapat dari orang Islam. Nekcun sendiri dah lama tak berurus niaga dengan Al-kafirun. Beli kereta dengan orang Islam eg: Naza World/NZ Wheels, beli rumah developer Islam eg: Lebar Daun, Naza TTDI. Beli barang dapur kat Mydyn (kerana dia Islam walau pun mamak), beli alat solek... lagi banyak keluaran orang Islam yang bagus-bagus.. Jadi mengapa kita mesti pergi ke kedai depa kalau kita boleh dapat dari orang kita sendiri / orang Islam. Dah tentu-tentu halal nya....

Anonymous said...

Tapi yang teruk lagi orang Melayu yang tak mengaku Melayu lagi. Nak kata pakai, memang dah bukan pakaian orang Melayu. Nak kata tak reti cakap melayu memang boleh cakap melayu tetapi hari-hari cakap orang putih. Tang makan tak usah dok kiralah sebab makanan segera orang putih yang sedap di makan. Jadi kesimpulannya nak ke mana orang Melayu...... Kita kena beringat jangan dalam dewan ramai orang Melayu tetapi yang memerintah bukan melayu ......

Al-BIMA SAKTI said...

org berilmu bercakap berdasarkan fakta
berpandukan rasional kewarasan akal
bukannya kerana kepentingan
yg boleh mewujudkan kebimbangan...

pB said...

nak nangis baca n3 nekcun nie

KAKTINY said...

salam ziarah nekcun..

sentiasa inginkan keamanan dan kesejahteraan.. wahai malaysiaku..

manje said...

salam nekcun

kite pon takut dan malas nak fikir akan kesudahan cite politik negara kite skrg nih... hanya mampu berdoa Allah lindungi kite sume senantiasa...

Muhammad Sayyid bin A Rahman said...

hemm..mujur mak pak bisnes tak de kaitan dgn org2 cina...malah waktu mak pak beli 2 biji kedai dulu cina-cina tuh yg terpaksa tutup kedai pindah ke tempat lain..mak pak beli dari amanahraya..cina tu bukak 1 kedai salon 1 kedai perbaiki motor...yang best, kawan syd (melayu dia ni) siap2 sound kata lepas ni susah nak gi salon la, susah nak baiki motor la..aneh..dia tak bersyukur sbb mak pak syd yang melayu ni dapat memiliki hartanah...itulah pemikiran org melayu....(sedih!)

BurungBelatuk said...

nekcun,apdate ler...hu2...