Tuesday, October 7, 2008

Cholesterol Free Laaa pulak!....


Terlebih dahulu suka nekcun nak mengucapkan Selamat Hari Raya pada semua. Tentu ramai antara kita yang dah mula kerja setelah beberapa hari bercuti menyambut hari raya di kampong halaman masing-masing, termasuklah nekcun sekeluarga. Kami balik ke kampong di Utara tanah air.

Berkumpul bersama semua kaum keluarga ni memang seronok. Makan minum pula tak usah kiralah… maklumlah hari raya!... bukan selalu, setahun sekali sajer. Jadi apa yang dijamu semuanya kita ‘balun’… lupa sekejap segala penyakit atau pantang yang amat kita jaga sebelum ini…

“Hah… rasalah yang ini… best!... jangan risau semuanya ‘cholesterol free’...” anak saudara nekcun menghidangkan ketupat pulut siap dengan rendang daging dan macam-mcam lagi lauk pauk serta nasi tomato yang semuanya amat menyelerakan.

“Eeemm… kalau dah kuah rendang dan pulut dengan santan berlinangan tu, mana ‘cholesterol free’ nyer Nyah ooiii…” abang ipar nekcun membidas kata-kata anaknya yang merujuk kepada tulisan yang selalu terdapat di botol-botol minyak masak atau makanan-makanan lain yang memaksudkan bahawa bahan atau makanan tersebut tidak mengandungi cholesterol.

“Itu sebablah Nyah kata ‘Cholesterol free’… sebab orang tak perlu bayar, dah dapat cholesterol!...” jawab si anak sambil tergelak.

“Kata ‘cholesterol free’, mcam mana pulak boleh dapat cholesterol tu? Heh!... Pak njang tak fahamlah !...” seorang lagi abang ipar nekcun mengomel.

“Alaaa… apalah Pak Njang ni… kalau Pak Njang beli minyak masak, kan depa ada tulis ‘cholesterol free’ kat botol tu kan? Hah… jadi Pak Njang hanya bayar harga minyak masak tu, tapi yang cholesterol tu, depa bagi ‘free’ lah!.... apa laa Pak Njang nih!...” jawab anak buah nekcun tu sambil terus tergelak besar.

“Jadi… hari ni, Nyah nak bagi kami sumer ni ‘cholesterol free’ lah ya? Banyak laa Nyah punyer ‘free’!...” Pak Njang menepok bahu anak buahnya sambil turut tergelak.

Kami dan keluarga yang lain pun semua turut tergelak bila mula memahami gurauan si Nyah itu. Namun, dalam pada faham akan ‘cholesterol free’ tu… makan tetap makan juga… “Lepas makan nih, makanlah ubat!... apa susahnya?...” kakak ipar nekcun yang sulong pula menyarankan…

Eeemmm…. Begitulah meriahnya menyambut hari raya bila semua kaum keluarga dapat berkumpul beramai-ramai begitu. Entah bila pulak dapat kita berkumpul lagi seperti itu. Hanya hari rayalah yang dapat mengumpulkan kaum keluarga, tak kira jauh atau pun dekat. Dan di hari raya jugalah kita patut mengambil kesempatan melupakan atau mema’afkan segala sengketa atau pun salah silap yang berlaku sebelum ini. Semuga hari raya kali ini dapat kita gunakan untuk mengukuhkan lagi ukhwah kita sesama Islam… InsyaAllah.

6 comments:

Rozlan Mohamed Noor (RMN) said...

teringat filem cinta kolesterol lakonan era fazira dan yusri kru. hehehe

Tie said...

Hi hi..suka pasal cerita cholesterol tu..tgk lemang tu terliur lak..belum rasa raya ni..Selamat hari raya nek!!

chekdenoor said...

Aslm ...

hmmm....colestrolfree...... diet chekdee betui-betui fail. nak turunkan berat badan..... 1kg....1 bulan lebih....tapi...tup tup....raya sakan..... baru raya 6 hari.....berat chekdee naik 2 kg..... hmmmmm.......

kenalah telan balek pill edipax .... hmmmm.... metabolik badan chekdee ni...rendah sangat....bersenam malas..... so....

BurungBelatuk said...

salam singgah n salam perkenalan...camat raye......

Al-BIMA SAKTI said...

saalam,

raya yg meriah
moga kukuhkan lagi ukhwah
sedara mara jauh dekat atas dan bawah
tapi usah bermewah-mewah
beringat sebelum terngadah...

Nek Cun said...

Salam RMN, memang nekcun pun suka gak filem cinta cholesterol tu!... bukan suak aper, suka yang lelaki jngan nak kutuk-kutuk kalo pompuan gemok kerna yang cantik tu tak akan kekal dan yg gemok tu tak mustahil akan jadi cun melecun!...hehehe..

Salam Tie, kalo teringin nak makan ketupat daun palas dengan rendang ayam (ayam organic tau!...) jemputlah datang rumah nekcun!...

Salam Chekdenoor, nekcun pun risau gak kalo-klao lepas raya ni badan akan naik berkilo-kilo... takut baju kebaya yang baru buat tu tak boleh nak masuk lak!... hehehe... tu yang makan skit-skit ajer...

Salam burungbelatuk, terima kasih kerna sudi singgah. Wat singgah sat sangat, tak dan nekcun nak rebus ketupat lagi... hehehe..

Salam Bima,memang begitulah sepatutnya, dalam kita gembira menyambut raya, jangan sampai kita lupa hari-hari yang akan mendatang!... tambahan dalam keadaan krisis ekonomi global sekarang ini....