Friday, December 26, 2008

SELAMAT MENYAMBUT MAAL HIJRAH 1430.

Berkesempatan dengan beberapa hari cuti di hujung tahun ini, nekcun sekeluarga juga mengambil kesempatan untuk pergi bercuti. Untuk merehatkan badan dan minda, mengeratkan hubungan kekeluargaan yang mungkin terabai semasa sebuk mencari rezeki.

Jadi mungkin beberapa hari ini nekcun tidak akan dapat berkunjung ke blog-blog kekawan sekelian dan begitu juga teratak nekcun ini terpaksalah nekcun tinggalkan buat beberapa hari. Harap kekawan yang selalu ziarah tu dapatlah tolong tengok-tengokkan teratak nekcun nih!… tolong-tolonglah hidupkan lampu di waktu malam agar ianya tidak akan gelap gelita pulak untuk beberapa hari nih!…

Dikesempatan ini juga nekcun ingin mengucapkan “SELAMAT MENYAMBUT MAAL HIJRAH 1430”. Semoga tahun baru ini akan memberikan kita lebih Rahmat dan Hidayah dari Nya untuk kebaikan kita dunia dan akhirat. InsyaAllah…

p/s: Sajer nak ingatkan kekawan supaya jangan lupa membaca do’a akhir tahun (selepas solat ‘Asar) dan do’a awal tahun (selepas azan magrib) pada 28/12/2008.

5 comments:

chekdenoor said...

Salam nekcun,

Selamat maalhijrah juga kepada nekcun sekeluarga. Mudah-mudahan tahun baru ini akan membawa lebih keceriaan dan kemurahan rezeki.

ps....bila bercuti...jangan lupa bawa balek oleh-oleh ya.......

Abang Long said...

SELAMAT BERCUTI wahai Kekanda. Hahahaha .... itukan bahasa Melayu sejati untuk orang yang lebih tua yang kita hormati...

SALAM MAAL HIJRAH.

Rozlan Mohamed Noor (RMN) said...

Semoga bertambah2 giat menghasilkan karya. Peminat dah ramai nih.

Nek Cun said...

Salam Chekdee... semoga kita sama-sama mendapat keberkatan pada tahun Hijrah yang baru ini...

p/s: masih letih lagi baru balik cuti... tak banyak beli ole-ole kerna budget larilah!...hehehe...

Salam Abang Long, terima kasih kerna sudi menjadi adinda nekcun. Itu adalah satu penghormatan yang amat nekcun hargai... terima kasih banyak2.

Salam RMN,niat hati tu memanglah nak lebih bergiat lagi... tapi buat masa sekarang nampaknya masa itu terlalu mencemburui nekcun... InsyaAllah nekcun akan terus berusaha...Terima kasih di atas ransangan.

p/s: mungkinkah akan ada lagi lagenda untuk seorang nenek selain nek wook dan nek mun?.... hehehe...

chiku the chucuru said...

selamat tahun baru...
selamat maal hijrah...
dah selmat bercuti
jgn lupa oleh2...