Saturday, February 12, 2011

Sayangnya Atok pada cucu-cucunya...

Sajer ingin berkongsi cerita dengan kekawan tentang seronok melayan kerenah cucu-cucu ketika di hujung minggu kerana ketika hari biasa mereka semua sebuk di sekolah. Kalau mereka tak datang, rindu benar rasanya.

Ketika nekcun muda-muda dahulu (sekarang pun muda gak... hehehe... perasanlah pulak!)  banyak juga nekcun dengar makcik-makcik becerita pasal atok nenek yang lebih sayangkan cucu dari anak-anak sehingga ada yang sanggup tak tidur malam hanya kerana cucu tak sehat badan. Malah emak mertua nekcun pernah sakit-sakit dan demam-demam kerana rindukan anak-anak nekcun bila pernah sekali dua, nekcun lama tak bawa balik anak-anak menziarah mereka di kampung disebabkan atok terpaksa bertugas jauh yang memerlukan nekcun & atok tidak dapat balik kampung tiap-tiap minggu seperti selalu.

Sekarang, bila perkara seperti itu terjadi pada diri sendiri, barulah nekcun menyedari betapa kasih atok dan nenek pada cucu-cucu tidak dapat digambarkan dengan hanya kata-kata sayang dan kasih.

Oleh kerana sayang pada cucu-cucu lah maka atok sanggup berhabis duit untuk menyediakan tempat permainan yang menjadi kegemaran cucu-cucu di rumah kami hanya bagi memastikan cucunya selesa ketika berada bersama kami.

Sekadar ingin juga berkongsi dengan kekawan, kalau ada kelapangan, cuba-cubalah beli dan baca Majalah MIDI keluaran 15 Februari 2011 kerana ada gambar dan cerita laman permainan cucu-cucu nekcun di dalammnya.

Selamat membaca...

9 comments:

maza said...

uh! ada mesej terselit di situ rupanya.. hahaha

tetapi apa yg nekcun sampaikan ada betulnya.... dolu2 maza garang dgn adik2, bila dah dapat anak sendiri, kasihnya lainlah fulaks. hehhee

chekdenoor said...

Salam,

Wah...best juga bila keluarga kita dah semakin membesar...... atok dan nenek yang sayangkan cucu nyer...... insyaallah.....chekdee juga akan melalui fasa itu.

Tempat permainan untuk cucu-cucu....waduh...memang manja tu

Nek Cun said...

Maza, itu baru dapat anak... esok2 kalau dah dapat cucu, lagi hebat sayangnya!... hehehe...

----

Chekdee, bila dah jadi atok & nenek ni... sayang atok pada nenek pun lagi lebih tau!... hehehe... InsyaAllah... itulah harapan setiap kita kan?... Kasih sayang yang berpanjangan sampai akhir hayat...

Anonymous said...

Betullah Nekcun. Bila umor kita meningkat, sifat penyayang bertambah-tambah... semuanya untuk anak cucu, kan.. hehe.. \

Tie dan suami pun dah mula rasa begitu. Kerana itu, kita dah berangan nak buat garden untuk anak-anak dan anak buah... dan cucu jika ada rezeki.

sal said...

sya dpt bayangkan betapa kasih syg nenek atuk terhadap cucunya..
sya yg ada cucu saudara pun rasa sangat bhgia apabila mereka dtg bertandang, apatah lagi cucu betul yee...
moga bahagia di samping insan2 tersayang..

Nek Cun said...

Tie, kalau kita berbelanja lebih sikit untuk bahgiakan anak cucu, rasanya tak mengapa... InsyaAllah akan sentiasa diberkati oleh Allah!..

---

Sal, memang macam tulah kalau dah ada cucu!... Atok sanggup tak makan asalkan cucu dapat makan apa yang dia suka!...

izman said...

saya tak pernah beli majalah 'midi', tapi why not. nanti saya ke kedai cari.

anyway, tahniah atas novel kelima. belum jumpa lagi.

izman said...
This comment has been removed by the author.
izman said...
This comment has been removed by the author.