Friday, February 4, 2011

HANYA KAU YANG TAHU

Alhamdulillah, novel nekcun yang kelima lahir juga akhirnya. InsyaAllah, ianya akan berada di pasaran pertengahan February 2011 ini. Nekcun amat berharap ianya dapat memenuhi selera pembaca-pembaca semua dan semoga semua pembaca akan seronok membacanya. Apa yang pasti, sebagaimana novel2 nekcun sebelum ini, banyak pengajaran yang boleh kita jadikan iktibar dan juga tauladan dalam kehidupan seharian kita yang boleh didapati dari novel nekcun ini.

Sokongan kekawan untuk mengwar-warkan novel nekcun ini amatlah diharapkan dan dihargai. Bersama ini dicoretkan sinopsisnya untuk rujukan:-  

Demi kasih sayang seorang anak pada ayahnya, Farah rela melakukan apa sahaja asalkan ayahnya tidak dicampakkan ke dalam penjara oleh majikannya.

Manakala Daniel Harith seorang tokoh korporat muda yang kaya raya, namun sudah bosan dengan kerenah teman wanitanya Munirah Samad, dengan senang hatinya mengambil peluang itu apabila Farah datang merayu padanya supaya melepaskan ayahnya.


Dengan status Daniel Harith yang masih bujang tetapi terkenal sebagai seorang kasanova dan playboy, telah dalam sekelip mata menjadikan kehidupan Farah huru hara, apabila dia terpaksa berpura-pura menjadi kekasih terbaharu Daniel Harith, sebagaimana yang dirancangkan oleh lelaki itu.


Farah sudah tidak ada pilihan lain iaitu samada meneruskan episode lakonan bodoh itu atau pun membiarkan ayahnya didakwa oleh majikannya. Namun kedua-duanya amat menyiksakan Farah, lebih-lebih lagi Daniel Harith adalah lelaki yang tidak berhati perut, yang hanya mementingkan diri sendiri sahaja tanpa mahu ambil peduli akan perasaan orang lain.


Cemuhan dan sindiran bagaikan sudah mula menjadi makanan Farah apabila Daniel Harith seolah sengaja mahu hubungan yang dirancangnya itu menjadi gelombang sunami yang menggegarkan syarikat di mana Farah bekerja.


Rasa pahit dan pedih yang mencengkam hati Farah menjadi bertambah parah apabila peluang peningkatan kerjayanya hancur musnah dan peluangnya untuk membina bahagia bersama Rizal, lelaki yang mula bertahta di hatinya turut menemui jalan buntu. Manakala Daniel Harith pula telah terang-terangan memberitahunya yang dia tidak akan terpikat dengan gadis remaja yang masih hingusan seperti Farah.


Farah benar-benar merasakan hidupnya telah musnah dan tidak mampu lagi menanggung segala derita apabila Daniel Harith seolah dengan sengaja melarikan diri dan membiarkan Farah terkapar-kapar sendirian, memujuk hati yang semakin gersang ketika gelombang sunami mengenai gossip mereka bertambah hangat bergelora, Manakala Munirah Samad pula tidak melepaskan peluang untuk lebih menyiksa perasaan Farah semasa ketiadaan Daniel Harith itu.


Dapatkah Farah terus bertahan dengan derita yang semakin mencengkam hatinya dan dapatkah dia membina bahgia bersama orang yang disayang? Tegakah Farah melarikan dirinya dari kehidupan lelaki kasanova bernama Daniel Harith itu? Hanya Kau Yang Tahu akan dapat menyingkap semua rahsia yang seolah memenjarakan Farah dalam penderitaan yang entah bilakah akan berakhir.

5 comments:

~~su manje~~~ said...

salam ziarah malam minggu..
salam kenal Nekcun dari sumanje..
nice blog nekcun..
em..su belek-belek...
maaf nekcun su manje dtg tanpa di undang...
jika ada kelapanagan sudilah kiranya singgah ke teratak buruk su manje...
salam ukhwah dari su manje dan maaf sekalilagi

~~sumanje

Nek Cun said...

Salam Su, nekcun seronok bila ramai anak cucu datang ziarah. Tak kiralah malam atau siang. Lagi ramai lagi meriah... hahaha..

maza said...

tahniah nekcun...

nanti mahu terjah ke MPH gitew.. hehehe

kayteeze said...

Tahniah Nekcun! :)

Nanti kalau ada masa terluang Tie akan cuba cari novel terkini Nekcun ni.

Nek Cun said...

Maza, datang tau... jangan tak datang!... nekcun tunggu Maza & darling...

----

Tie, Hanya Kau Yang Tahu nak sampai T'gganu mungkin lewat sikit kot!... Tapi, Tie cuba-cubalah cari di kedai pada hujung February ni, mungkin dah sampai... InsyaAllah...