Thursday, January 27, 2011

Ramai lagikah suami-suami yang soleh?

Terlebih dahulu nekcun nak ucapkan terima kasih bebanyak kepada pembaca dan kekawan yang telah membeli semua novel-novel nekcun yang telah berada di pasaran sejak lebih kurang 3.5 tahun lalu. Dan Alhamdulillah, nekcun amat bersyukur kerana kesemua empat-empat novel nekcun yang berada di pasaran telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan.


Namun apa yang nekcun nak kongsi di sini ialah, ada beberapa pembaca yang memberi komen yang mana nekcun rasa amat baik dan dapat memberi maklumbalas yang amat nekcun hargai untuk nekcun memperbaikki dan meningkatkan lagi kualiti karya-karya nekcun akan datang, InsyaAllah...


Ada pembaca bertanya, kenapa kebanyakkan watak suami yang nekcun tonjolkan dalam novel nekcun adalah suami yang baik dan ideal? 


Bagi nekcun, apa yang nekcun garapkan di dalam novel-novel nekcun adalah 'realiti kehidupan' yang memang selalu kita semua alami. Cuma isu dan pergolakkan yang ditonjolkan berbeza-beza dari satu tajuk ke tajuk yang lain. Tetapi hakikatnya, semua cerita itu adalah 'apa yang sebenarnya sedang berlaku' di dalam kehidupan harian kita, terutamanya di kalangan masyarakat Malaysia amnya dan Melayu khasnya.


Lagi pun, secara dasarnya tujuan utama nekcun menceburkan diri ke alam penulisan dan perbukuan juga adalah dengan niat untuk berkongsi ilmu, pengalaman dan idea dengan pembaca semua supaya apa yang baik boleh kita jadikan tauladan dan yang buruk kita jadikan iktibar di dalam kita mengharungi kehidupan di dunia yang penuh dengan pancaroba ini. Nekcun sedar yang nekcun tidak mampu untuk 'berdakwah' atau 'berislah' kepada semua orang kerana 'siapalah diri nekcun ini?', tetapi dengan penulisan yang nekcun hasilkan, nekcun amat-amat berharap, sedikit sebanyak kisah-kisah yang mengandungi pengajaran, 'tips' dan 'messages' yang tersirat di dalam setiap novel nekcun akan dapat dimanfa'atkan oleh sesiapa yang membacanya.   


Maka dengan itu jugalah, terhasilnya beberapa watak suami yang baik dan ideal!... kerana bagi nekcun, seorang suami adalah seorang 'Ketua' keluarga yang sepatutnya membimbing isteri dan anak-anaknya menuju jalan yang betul untuk ke syurga. Oleh itu, suami juga adalah sepatutnya 'contoh' yang baik bagi sesuatu keluarga. Tambahan, bagi nekcun tidak semua lelaki jahat dan tidak boleh kita nafikan bahawa ramai suami-suami di Malaysia ini yang baik dan soleh!... Tidak dinafikan juga ada yang jahat dan lebih jahat dari 'syaitan dan iblis' tetapi bilangannya teramat kecil, mungkin dari 100 hanya 1 atau 2 sahaja.


Jadi, mengapa mesti kita hukum suami-suami yang baik itu ke dalam golongan yang jahat, yang hanya tak sampai 0.001% sahaja? Lagi pun, nekcun berpendapat bahawa kalau kita selalu mengatakan yang baik maka akan baiklah jadinya!.. Oleh sebab itu, eloklah kita sentiasa bercerita tentang suami yang baik, yang mana tak secara langsung akan merupakan satu do'a bagi para isteri, dan manalah tahu, dengan kuasa dan keredhaan Allah, Dia akan memakbulkan apa yang kita ceritakan itu, maka akan jadilah semua suami-suami di Malaysia ini adalah semuanya suami yang 'soleh' dan penyayang.

Nekcun masih ingat kata-kata ustaz di mana nekcun pergi di satu majlis ilmu, iaitu kita semua adalah digalakkan untuk bercakap perkara-perkara yang baik-baik sahaja ketika berbicara dengan suami atau isteri dan jangan ada perasaan syak wasangka antara suami dan isteri kerana apa yang terkeluar dari mulut isteri atau suami itu boleh menjadi satu do'a. Begitu juga ketika kita berkata-kata dengan anak-anak. Jangan sesekali kita berkata atau memarahi mereka dengan kata-kata yang tidak baik kerana ianya mungkin boleh menjadi satu do'a yang akan dimakbulkan Allah. 

Namun, nekcun tidak juga melupakan watak antoganis atau watak-watak jahat di dalam novel-novel nekcun kerana watak-watak itu memang ada ujud di dalam kehidupan harian kita. Kalau semua orang baik, maka apa gunanya Allah adakan syurga dan neraka? Jadi, marilah kita jadikan yang buruk itu sebagai iktibar atau sempadan dan ambillah yang baik sebagai tauladan dan panduan untuk kita mencari jalan yang betul dan juga menambah bekalan ke akhirat kelak.

Nekcun sekali lagi ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pembaca yang telah memberi sokongan padu kepada novel-novel nekcun dan nekcun juga ingin memohon ma'af sekiranya ada tulisan-tulisan nekcun yang telah mengguris perasaan pembaca dan kekawan semua. 

p/s: Marilah sama-sama memeriahkan Karnival 'Mari membaca' di kawasan bangunan Karangkraft di Seksyen 15 Shah Alam pada 28-30/1/2011. Nekcun akan berada di sana pada 28/1/2011 bersama novel-novel nekcun untuk bertemu semua pembaca yang dikasihi.
InsyaAllah, nekcun juga akan bersama peminat novel pada 12/2/2011 (Sabtu) di MPH, Subang Parade jam 2.30 petang. Diharapkan semua kekawan dan pembaca budiman akan dapat meluangkan masa bersama nekcun kerana InsyaAllah, novel nekcun yang terbaharu mungkin akan turut mula dijual di situ. 

5 comments:

chekdenoor said...

Salam.

Anak chekdee semuanya perempuan..... maka sudah tentulah doa chekdee selalunya mengharapkan anak-anak akan mendapat suami yang soleh yang boleh memberi kebahagiaan dunia dan akhirat serta kejayaan didunia...amin.

maza said...

psst: kita juga perlukan model suami yg soleh.. elok lah tu cerita yg baik2.. huhuhu

lagipun dah tak ramai org nak bagi anak lelaki namanya soleh.. aduh.. kelaut dan melantun-lantunlah fulaks.. heheheh

...errr.. apa2 hal niat nekcun dan tindakan nekcun itu pd maza baik sekali.. insyallah yg baik2 sahaja gitew.. ameennnn

Anonymous said...

Tie sokong, bila kita paparkan watak baik (suami,ister,ibu dll), tentu ianya akan jadi contoh dan ikutan pembaca (atau penonton dalam drama atau filem).

Cuma sekarang ni, tak banyak watak-watak baik ditonjolkan, samada perempuan maupun lelaki (dlm drama laa...) Asyik-asyik gaduh je. Kita tak suka... Dan bagi remaja pula, selalu digambarkan kisah cinta, taksub pada seseorang sedangkan kehidupan sebenarnya dalam mengejar ilmu tak dipentingkan langsung.

Teringat cerita 'Paper Chase' yang mengisahkan suasana dalam U, cara mereka belajar, dan terus tertarik dalam bidang Law, hehe...

Maaflah nekcun, Tie jarang baca novel, jadi Tie hanya boleh kaitkan dalam movie dan drama je.. Tak pe kan..?

sal said...

assalamualaikum Nekcun..
sya setuju pendapat nekcun..bercerita dan bercakap perkara2 yg baik, moga ianya adalah doa ke arah kebaikan....
bersemangat ni nak bca n habiskan novel nekcun..

Nek Cun said...

Salam Chekdee, memang itulah harapan kita semua sebagai isteri dan ibu...

-----

Salam Maza, ingat hati nekcun kalau dapat cucu lelaki nak beri nama Md Soleh lah!... hehehe...

----

Salam Tie, tengok drama pun elok juga... kalau ada message yang elok memang boleh diambil tauladan. Tapi... cuba2 lah baca novel nekcun pula!... Cuba sekali pasti nak lagi!... hehehe...

----

Salam Sal,terima kasih kerana sudi baca novel nekcun. Yang mana satu tu? Kalau dah selesai... komen-komenlah sikit ya!...