Friday, January 21, 2011

Masih adakah esok untuk kita?

Nekcun masih teringat akan kata-kata Ustaz yang menyatakan, kalau seseorang itu tiba-tiba terasa hendak membuat amal soleh, maka eloklah dia menyegerakannya. Jangan bertangguh-tangguh.

Dan jika seseorang itu, mahu bertaubat akan segala perbuatan jahatnya, maka hendaklah dia terus melakukan taubat itu tanpa bertangguh-tangguh kerana dengan keikhlasannya bertaubat itu mungkin akan dapat menukar kedudukannya di sisi Allah kalau dia mati ketika itu iaitu mungkin dengan segala kejahatannya dulu dia mungkin akan dimasukkan ke neraka tetapi dengan kesempatanya bertaubat itu Allah akan meredhakannya ke syurga. Sesungguhnya Allah itu maha pengasih lagi maha penyayang dan sentiasa menyukai hamba-hambanya yang selalu bertaubat dan bertakwa kepadaNya.

"Yesterday was a history, Tomorrow is a mystery & Today is a gift. Thus, value the Gift and appreciate the Giver as we will not know whether we'll get the gift again."

Walau pun esok masih ada, belum tentu esok yang masih ada itu akan ada untuk kita!... Tidak rugi berbuat baik kerana kalau memberi yang baik, maka baik jugalah hasilnya.

Sekadar ingat mengingati sesama insan... Wallahualam...

4 comments:

sal said...

tazkirah pagi Nekcun..menggegarkan jiwa ragaku..
ya Allah berilah rahmat dan hidayah kpd kita..
terkadang sebuk x menentu,mybbkan kurang waktu untuk yg sunat2 bersama Dia tu..yang wajib2 lepaslah..syukran mengingatkan....

chekdenoor said...

Salam,

Berginilah kita sebagai seorang manusia yang tidak sempurna..... insyaallah..dengan ada teman-teman yang saling ingat dan mengingati....kita dapat sama-sama memperbaiki kelemahan diri.

maza said...

tiada sesuatu yg pasti di dalam dunia ini..

huhuhu

selamat beramal ibadah hajah!.. huhuhu

Anonymous said...

Betul tu nekcun, paling dekat time solat. Bila dengar azan je terus solat. Kalau kita tangguh, ada je setan menghasut, lama-lama terus lupa....