Thursday, February 17, 2011

Terima Kasih Semua!...

Alhamdulillah, majlis beramah mesra secara 'live' dengan penulis dan juga 'soft launching' novel terbaharu nekcun yang bertajuk "Hanya Kau Yang Tahu" telah berjalan dengan lancarnya di MPH Subang Parade pada 12/2/2011.

Walaupun pada mulanya nekcun berasa agak kecewa bila tidak berapa ramai peminat novel yang dapat menghadirkan diri, tetapi hati nekcun yang sendu itu bertukar menjadi gembira apabila ramai peminat novel yang datang meluangkan masa pada lewat petang di mana nekcun dan novelis Ramlah Rashid sudah bersiap-siap mahu pulang.

Mungkin juga di sebabkan ramai yang mempunyai agenda-agenda sendiri yang perlu didahulukan pada awalnya, dan sebab itulah tidak berapa ramai ketika majlis bermula pada jam 2.30 petang. Namun nekcun tetap gembira apabila mereka datang juga walaupun sudah hampir lewat petang.

Nasib baiklah nekcun tidak ada agenda lain petang itu, maka nekcun teruskan juga bersama mereka sehingga hampir pukul 6.00 petang.

Dikesempatan ini, ingin nekcun mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua peminat novel yang telah datang untuk mengiratkan sirratulrahim dengan nekcun petang itu. Nekcun amat terharu apabila ada dua tiga orang peminat novel yang telah pun membeli novel-novel nekcun yang terdahulu tetapi masih sanggup untuk membelinya lagi hanya kerana hendakkan tanda tangan nekcun. Alhamdulillah!... Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim... Engkau rahmatilah dan berkatilah sahabat-sahabat ku ini!... Nekcun benar-benar menghargai sokongan dan kasih sayang semua peminat-peminat novel nekcun yang begitu ikhlas dan mesra dengan nekcun.

Nekcun amat berharap kepada sesiapa yang masih belum lagi cuba membaca novel-novel nekcun, cuba-cubalah cari novel-novel nekcun itu. InsyaAllah, tidak rugi memilikkinya!... Banyak kisah dan tauladan yang boleh dititip dari setiap novel-novel nekcun... Semoga semua peminat novel akan seronok membaca novel-novel nekcun!...

4 comments:

sal said...

alhamdulillah selesai majlis ramah mesra bersama peminat novelis..

moga promosi berjln ngan lancar..biasanya remaja spt anak saya menggemari novel..nanti sesenang sya akan cari di badan book store di sini...
tahniah nekcun..

Nek Cun said...

Sal, terima kasih di atas sokongan morak itu!... Semoga Sal akan dapat cari novel2 nekcun tu... InsyaAllah, tidak rugi membeli dan membacanya!..

noorlara said...

Tahniah nekcun,
lara akan cuba dapatkan di kedai buku ari khamis ni di kl ye

Nek Cun said...

Terima kasih Lara... Semoga Lara seronok membacanya!..