Sunday, February 27, 2011

Kesihan!... Maher Zain dah penat!..

Atok sengaja mengajak nekcun dengan memandu kereta sahaja ketika menghadiri beberapa urusan di Johor minggu lepas dan tidak menaikki pesawat seperti selalu kerana atok bercadang untuk menyinggah-nyinggah beberapa tempat pula di sepanjang perjalanan kerana kebetulan kami juga ada sedikit urusan di Melaka.

Nekcun yang kebetulan pula agak lapang minggu lepas (ada beberapa 'projek' yg dibatalkan), jadi dengan senang hatinya mengikut atok. Dan untuk tidak merasa 'boring' ketika atok menghadiri urusannya, nekcun telah mengajak cucu nekcun yang keletah tu untuk menemankan kami. Jadi terpaksalah dia 'ponteng' kelas tadikanya beberapa hari. Namun cucu nekcun tu cukup teruja untuk mengikut kami kerana atok berjanji akan membelikan dia sesuatu yang memang amat2 dia suka... iaitu CD penyanyi Maher Zain.

Di sepanjang perjalanan, cucu nekcun akan meminta kami memasang CD penyanyi kesukaannya itu sehingga nekcun langsung tak boleh nak dengar radio. Masuk sahaja kereta, dia pasti 'on' kan CD Maher Zain sambil dia turut menyanyi mengikuti bait-bait lagu penyanyi kesayangannya itu. Atok kata... "biarkanlah! sekurang-kurangnya dia dah boleh berselawat dan mengingai Allah dan Rasulullah".

Bila dan ke mana sahaja yang kami bertiga di dalam kereta, cucu pasti akan mahu mendengar lagu-lagu Maher Zain. Begitulah juga semasa sepanjang perjalanan pulang. Tetapi, nekcun dan atok jadi agak hairan bila tiba-tiba cucu nekcun menukarkn CD channel kepada radio ketika perjalanan kami telah menghampiri highway Nilai ke KLIA dan seterusnya ke Shah Alam.

"Eh, Ersya!.. kenapa matikan CD?" nekcun bertanya agak hairan.
"Kesihan Maher Zain!.. dia dah penat!.." selamba sahaja cucu nekcun menjawab sambil bersandar di tempat duduk belakang.
"Hah! apa?.." atok yang sedang memandu turut bertanya sambil tersenyum lebar.
"Dah lah Tok Yah!.. Ersya kesian kat Maher Zain... dia dah penat asyik nyanyi kat kita dari hari tu sampai hari ni!.." ujar cucu nekcun dengan sungguh-sungguh. 

Terbahak-bahak nekcun tergelak kerana geli hati mendengar kata-kata cucu nekcun itu!..  Alhamdulillah!.. ada juga rasa ihsan dalam hati cucuku ini walaupun dia masih tidak tahu membezakan antara CD dan makhluk yang hidup!... detik hati kecil nekcun.

Sekali sekala dapat bersama-sama cucu untuk beberapa hari memang seronok dan kekadang melucukan...

Namun hati nekcun berdetik juga... Begitulah besarnya pengaruh penyanyi Maher Zain kepada rakyat Malaysia, tidak kira tua, muda atau pun kanak-kanak. Mungkin ini juga adalah salah satu tanda kebangkitan Islam di dunia ini!...InsyaAllah, semoga Allah akan memudahkan usaha orang-orang mukmin dan mukminat di dalam menegakkan kalimah ALLAH.

5 comments:

kayteeze said...

Betul tu Nekcun.
Zaman sekarang amat berbeza dengan zaman kita muda-muda dulu.

Masa gadis2 start bertudung, mereka digelar orang dakwah. Nak kerja pun susah, orang tak nak terima kita.

Sekarang ni Islam semakin berkembang, alhamdulillah...

maza said...

hahaha...

baik punya alasan..
ke dia dah penat tu sebenarnya.. hehehe

Nek Cun said...

Tie, memang nekcun bersyukur betul kerana sekarang ni semakin ramai orang yang telah mula menghayati Islam. Malahan artis-artis Barat pun dah ramai yang mula memelok Islam...Subhanallah!..

---

Maza, bukan cucu nekcun ajer yang penat, nekcun pun penat juga asyik dengar lagu-lagu Maher Zain tu berulang-ulang selama 5 hari 5 malam!... hehehe... Sayang cucu punya pasal, ikutkan ajer la!...

chekdenoor said...

Salam,

hahahaha...cerdek sungguh cucuk nenek........baik hati dan bertimbang rasa....... rehat dulu ya maher zain......

Chekdee pun ada satu cd maher zain......best juga lagu-lagunya

Nek Cun said...

Iyalah Chekdee... nekcun pun memang suka benar semua lagu2 Maher Zain... tak jemu mendengarnya.