Wednesday, April 21, 2010

Janganlah Bersedih...

Nekcun seronok sangat sekarang kerana baru dapat kumpulan baru untuk kelas ugama. Walaupun sebenarnya tiap-tiap hari ada kelas yang diajarkan oleh ustaz-ustaz yang berlainan tetapi nekcun hanya masuk 3 hari sahaja seminggu kerana ada urusan lain pada hari-hari yang lain.
Pada hari yang mula nekcun masuk kelas tu, ustaz tu mengajar tajuk “Menjadi Kekasih Allah”. Ustaz kata salah satu sifat yang Allah amat suka adalah sifat SABAR. Untuk menjadi kekasih Allah, kita perlu mempunyai sifat sabar kerana sifat sabar ini akan banyak membantu manusia kepada kebaikan.
Dalam satu segment bila mana ustaz member contoh sifat sabar ini, nekcun bagai nak tegelak bila ustaz kata suami-suami yang sabar mendengar isteri mereka berleter akan dapat pahala. Para muslimat iaitu kekawan nekcun yang lain dalam kelas itu pun semuanya tertawa geli hati, mungkin terfikir kerana kena batang hidung sendiri, termasuklah nekcun sendiri... hehehe...
Sebaliknya, nekcun lihat para muslimin yang ada di dalam kelas itu hanya mengangguk-ngangguk dan tersenyum-senyum, mungkin sedang mengira pahala yang mereka perolehi selama ini kerana sabar mendengar leteran isteri masing-masing. Ustaz juga kata, berleter itu sudah jadi fikrah orang perempuan, jadi suami-suami perlulah memahami fikrah isteri mereka kerana lelaki juga ada fikrah mereka sebagai lelaki. Maka isteri juga kenalah memahami fikrah lelaki dan perlulah menerima suami-suami mereka seadanya.
Semalam pula, nekcun masuk kelas mengenai Terjemahan Hadis dan satu kelas lagi mengenai tajuk “Jangan Bersedih”.
Sebenarnya, memang banyak yang nekcun terlalai selama ini. Bila sudah masuk kelas begitu, barulah tersedar betapa kerdilnya diri ini di sisi NYA. Terlalu banyak yang telah nekcun abaikan sehinggakan dirasakan bagai tidak terkejar untuk melengkapkan diri ini supaya sentiasa mendapat Rahmat, Berkat dan kasih sayang dari NYA.
Namun… seperti yang ustaz kata… masih belum terlambat untuk kita mencari ilmu, melengkapkan diri dengan amalan soleh, mencuba sedaya upaya untuk menjadi kekasih NYA dan Jangan Bersedih menghadapi hari mati yang pasti akan datang jua…
Semoga kita semua akan sentiasa mendapat Rahmat dan keberkatan hidup di dunia dan akhirat. Berpesan-pesanlah walaupun hanya sebaris ayat.

5 comments:

tunbegia said...

sungguh seronok nekcun kanns,

salamm,

maza said...

sabar dan jangan berputus asa menjadi tajuk kunci mendapatkan kasih sayang Allah SWT,,

lantaran itu jangan sedih dan teruskan usaha.. huhuhu

amennnn

KAKTINY said...

Tengah baca buku La tahzan (Jangan Bersedih) karya Dr. 'Aidh Bin Abdullah Al-Qarni....

kayteeze said...

Sabar... itulah yang cuba Tie lakukan sekarang ni. Insyaallah.

Sablina said...

Kat mana kelas ni...
best nyer...bila la I buleh join...