Tuesday, April 6, 2010

Perlukah motivasi dalam diri sendiri?...



Memandangkan nekcun masih bercuti hari ini, pagi-pagi lagi nekcun ambil kesempatan untuk ke gymnasium di Kelab. Kebetulan ada 3 orang lagi kawan-kawan nekcun yang selalu nekcun jumpa di Kelab juga ada datang untuk melonggarkan urat saraf di gym. Bertambah seronoklah kami meneroka semua peralatan yang ada di situ kerana hanya kami berempat sajer yang ada pagi tadi.
Lebih kurang lebih sejam kami berusaha mengeluarkan peluh, kami berempat pun berehat-rehat di coffee house sambil minum-minum melepaskan lelah.

“Hei Hajjah… bila nak cuti terus ni?... boleh kita jumpa tiap hari macam ni?... seronok sikit bila ada ramai cam ni kita nak bersembang dan bergelak ketawa!...” Datin J membuka bicara.
“Tak lama lagi… lepas tu, bolehlah join you all selalu camni… tapi tidaklah tiap-tiap hari macam Datin sebab saya ada kerja lain yang nak diuruskan, kalau tak… susah pulak bila fulus maflus tak masuk!... lainlah Datin, tak payah kerja pun duit berkepok-kepok dalam bank!..” balas nekcun sambil tertawa mengusik mak datin yang sporting tuh!...
“Betul kata Hajjah tu… saya pun kekadang tu teringin nak datang tiap hari tapi ada commitment lain yang perlu dibereskan, jadi bila sempat ajer nak datang sini!...” sampok Mdm. Khor sambil menghirup Nescafe nya.
“Saya pun bukanlah tiap-tiap hari… tapi boleh dikatakan selalulah… at least 3 atau 4 kali seminggu tu, mesti datanglah!... kalau tak buat macam tu, memang susahlah kita nak buat exercise untuk jaga kesihatan!... Dah umur-umur macam kita ni… ini sajerlah exercise yang kita mampu buat!..” ujar Datin J.
“Iyalah Datin… saya kekadang tu… cuba gak nak pergi jogging macam bebudak tu, tapi asyik kena tinggal belakang ajer sebab mereka jogging bukannya pelahan-pelahan macam kita… jadi kat gym ni ajerlah saya nak melepas geram untuk keluarkan peluh!...” cerita pulak Puan Ummi.
“Kalau datang hari Sabtu dan Ahad, ada instructor tau!... seronok juga bila dia boleh tunjuk ajar kita buat exercise cara yang betul!...” Mdm Khor memberitahu.
“Oh!... budak lelaki yang kurus-kurus tu yer?...” Datin J bertanya.
“Hah!... dialah… dia tu qualified instructor tau!... “ tambah Mdm Khor
“I pernah minta dia ajar masa I datang one Saturday afternoon tu… okey lah dia tu… Dia banyak tunjuk apa peralatan yang elok untuk gulungan umur-umur kita ni dan macam mana nak buat exercise yang mudah mengeluarkan peluh!... cumanya… nanti bila kita buat exercise yang terkangkang sana terkangkang sini… malu pulak rasanya sebab dia tu lelaki!...” ujar Puan Ummi pula.
“I pun kekadang tu, rasa malu camtu jugaklah bila instructor lelaki ni… lebih-lebih lagi kita ni yang banyak ‘spare tyre’ sana sini, takut dia yang tak gamak nak tengok kita terkangkang sana terkangkang sini ketika buat exercise tuh!...” balas nekcun menyokong kata-kata Pn. Ummi.
“Hah… camna kalau kita pakat-pakat cari instructor perempuan!... senanglah sikit… tak gaduh nak malu pasal tak tutup aurat semasa buat exercise!...” Datin J mencadangkan.
“Elok juga!... saya suka jugak tuh!... how about you Khor?” Pn. Ummi bertanya.
I no problem… as long as ada geng macam you all, I okey sajer!...” jawab Mdm Khor sambil tersenyum.
“I pun no problem… kalau dah ada instructor perempuan bolehlah selalu datang… lagi pun, kalau kita dah jemu buat exercise kat gym, mungkin kita boleh lajak pula buat erobik!...” nekcun pula mencadangkan.
“Hah!... that’s good… okey, lepas ni saya akan cuba contact kekawan lain dan sementara tu, you all cuba-cubalah cari instructor yang boleh ajar kita…” ujar Datin J mensetujui.
“Kalau tak silap I, dah ada satu group yang selalu buat erobik kat sini… nanti I cuba find out dan tanya kalau kita boleh join mereka, lagi baik!...” Mdm Khor memberitahu.
“Oh iya ke?... then, it’s better kalau kita boleh join mereka cumanya… takut masa mereka tu tak berapa fit dengan masa kita… anyway, you cuba find out lah Khor… kemudian kita bincang lagi apa nak buat sebab buat exercise ni kita kena buat ramai-ramai baru ada motivasi dan rajin nak buat. Lebih-lebih lagi kalau perempuan umur-umur kita ni!... Kalau sorang-sorang camni, mulalah kekadang buat kekadang tidak!... akhirnya azam tinggal azam sajerlah!... Betul tak?...” Datin J memberi pendapatnya.
“Ya!... betul!.. eloklah kita semua pakat-pakat buat exercise untuk menjaga kesihatan kita… dan mungkin juga akan dapat membantu kita mencantikkan bentuk badan kita supaya suami-suami kita tak akan tengok pompuan lain pulak!” tambah Puan Ummi sambil ketawa berdekah-dekah.

“Betul!...betul!...” kami bertiga yang lain serentak menjawab sambil meneruskan menikmati minuman kami dan berbual-bual lagi buat seketika sebelum kami menuju haluan masing-masing balik ke rumah.
Nekcun ceritakan semua ini bukanlah apa-apa tetapi hanya nak berkongsi dengan kekawan yang kekadang tu kita akan boleh jadi lebih bermotivasi untuk melakukan sesuatu itu apabila kita lihat orang lain telah melakukannya. Kalau tidak ada motivasi, kita tidak akan mudah melakukan sesuatu walaun pun kita tahu perkara itu banyak memberi kebaikan kepada kita semua.
Nekcun percaya… “self-motivation is the best way to motivate others!”

11 comments:

najibah said...

Kak Kam...ada entry khas untuk kak kam...hehe
(rasanya dah letak comment sebelum ini tapi ilang lak)

dkama said...

Saya akan lebih bermotivasi kalau jumpa kawan2 yang rockers cam saya... PEACE...

Nek Cun said...

Salam Najibah, thanks for the N3. Kaka Kam dah baca & very touching... It's was really sweet memories working with all the team members!... Hope it will motivate you all to give your full commitment to the organization... wish you all the best!

---

Salam dkama, motivasi ni ada bermacam-macam... kalau rockers tu dapat memberi kebahgian pada Dkama... teruskanlah...kerana nekcun tahu bukan semua rockers to 'negative'... nekcun will give the morale support!... hehehe...

dkama said...

PEACE nekcun... nekcum mmg spoting...

fatimah said...

Assalamualaikum Kam, Semakin lama semakin memerlukan kawan2 untuk buat sesuatu. Kalau dulu boleh buat 10K steps sendiri, sekarang perlu ada orang push, mengingatkan...

Bila nak jumpa ni Kam.

kayteeze said...

Kehadiran teman-teman yang sekepala pun satu motivasi :)

chekdenoor said...

Salam nekcun,

Setuju sangat dengan nekcun...... kita boleh dapat motivasi dari kawan-kawan yang positive thinking........hehehe... itulah satu sebab chekdee suka kawan dengan nekcun...... boleh ambil aura positive...... heheheh

Anak cu nabilah dah dapat tahu ke nak sambung study kat mana..... heheheheh... teringin nak tengok photo anak-anak cu....uploadlah ke blog nekcun....heheheheheh

Cunabilah tak ada bloh ker???

noorlara said...

selain dari mereka disekeliling kita yang banyak mempengaruhi perjalanan hidup dan keputusan yg diambil dalam satu satu perkara kekuatan diri sendiri untuk mendorong diri agar terus maju atau bermotivasi memang amat perlu.

Sebagai manusia kita tidak dapat lari dari memerlukan sokongan!

tunbegia said...

sungguh bermotivasi,

salamm,

izman said...

bagus nekcun, mengekalkan kesihatan dan mengekalkan motivasi

maza said...

maza pun baru jer register kelab senam2 itew.. selain kesihatan, mahu termotivasi juga..

hehehe

lagipun setiap kali jumpa doktor, setiap kali jugalah kena sound dgn doktor, "Senam! en. kena senam!"

aderkk.. kanzzz.. hehehe