Wednesday, April 14, 2010

Tabiat yang sajer seronok-seronok...

Lepas mengadakan ‘business meeting’ dengan sebuah syarikat consultant di jalan Ampang semalam, nekcun singgah di Suria KLCC untuk window shopping.
Sebenarnya nekcun bukannya nak shopping sangat kerana dah tengah-tengah bulan ni… faham-faham sajerlah!... hehehe… tapi nekcun singgah juga kat situ sebab nak singgah kat boutique Braun Buffel. Nekcun nak check harga beg yang anak nekcun hadiahkan pada nekcun semasa harijadi nekcun minggu lepas.

Huh!... nekcun menelan air lior bila tengok banyak nombor ‘0’ nya pada harga beg itu yang juga adalah design terbaharu atau pun ‘new arrival’. Nekcun jadi terharu kerana anak nekcun yang sorang ni sanggup membelanjakan wangnya sebegitu hanya untuk membeli hadiah harijadi nekcun setiap tahun. Tidak kurang juga anak-anak yang dua orang lagi tu… macam tu jugak. Alhamdulillah... semoga semua anak-anak nekcun menjadi anak yang soleh & solehah.

Sebenarnya, nekcun ni tidaklah berapa suka sangat membazir-bazir duit hanya untuk sambutan hari jadi dan sebab itulah nekcun tak pernah pun ingatkan anak-anak atau atok pasal harijadi. Tetapi nekcun jadi terharu sangat bila mereka tidak pernah lupa dan selalu memberi hadiah yang memang kena dengan citarasa nekcun pada setiap harijadi nekcun.

Balik cerita pasal handbag tu… atok selalu perli nekcun suruh lelong sajer semua handbag dan kasut-kasut nekcun kerana dah tak cukup almari nak simpan. Store tempat simpan kasut pun dah penuh dengan warna yang sama dengan handbag. Kekadang tu berdesing juga telinga nekcun ni… tapi sabar ajerlah!...




<< >> Antara beberapa koleksi handbags & kasut nekcun...

Nekcun ni bukannya aper… dah jadi tabiat nekcun dari muda dulu sampai sekarang (sekarang pun masih muda lagi!... hehehe… perasanlah pulak!...) memang suka sangat pakai sedondon dari atas sampai ke bawah. Maknanya, kalau baju merah, tudung merah, handbag merah dan kasut pun mesti merah!... Nekcun merasakan ada satu macam kepuasan kalau dapat mengenakan warna sedondon begitu.
Disamping tabiat yang itu, nekcun juga amat sayang pada semua barang-barang tu… contohnya ada handbag ‘Bally’ nekcun yang atok beli ketika ke Europe hampir sepuluh tahun dulu tetapi masih nekcun simpan kerana keadaannya masih cantik dan elok. Lagi pun design ‘Bally’ sekarang dah tak sama dengan yang dulu.
Iyalah… mungkin disebabkan nekcun selalu bertukar-tukar handbag dan kasut kerana mengikut warna baju, maka jaranglah satu-satu handbag / kasut itu digunakan, dan sebab itulah barang-barang tu tahan lama…
Sebenarnya nekcun ni tidaklah memilih sangat dalam membeli handbag dan kasut ni… nekcun tidak terikat pada satu-satu jenama sahaja sebaliknya nekcun akan beli kalau ianya menarik minat nekcun dan bersesuaian pula dengan warna baju yang nekcun ada… dan nekcun juga membelinya di merata tempat di mana sajer yang nekcun jumpa tak semestinya mesti di boutique, sehinggakan kalau nekcun mengikut atok samada ketika bercuti atau atas urusan rasmi ke merata tempat di alam maya ini, atok selalu memperli nekcun supaya tak payah bawa handbag semasa nak pergi kerana dia tahu bila balik nanti pasti dua tiga handbag yang nekcun beli dan tak tahu yang mana nak pakai… nekcun pekakkan telinga sajerlah bila atok perli macam tuh!... hehehe…
Pasal harga… takpayahlah nekcun sebutkan… kerana macam yang nekcun kata, kalau nekcun dah suka, mahal macam mana pun (kalau dapat yang murah atau diskaun banyak - lagi best)nekcun akan beli juga… lagi pun nekcun selalu fikir... kita dah kerja terok-terok cari duit, sesekali berbelanja sakan untuk memuaskan hati sendiri, apa salahnya!... Bagaimanapun nekcun tidak akan berkompromi dari segi kualitinya!... sebab itulah banyak handbag dan kasut nekcun yang dah bertahun-tahun masih elok dan cantik-cantik lagi keadaannya…
Kekadang nekcun pun tak tahu sampai bilalah agaknya nekcun boleh membuang tabiat suka mengenakan warna sedondon ni!... tapi apa yang pasti… nekcun akan rasa puas kalau dapat warna sedondon… Siapalah yang nak barang-barang aku ni kalau aku dah mati nanti?... ada juga kekadang tu nekcun terfikir begitu...
Tak tahulah… ada ke kekawan yang mempunyai minat atau tabiat 'gila' macam nekcun ni?... kalau ada, mari kita buat persatuan wanita dengan warna sedondon, nak tak?... Jadi… tidaklah nekcun sorang-sorang ajer… adalah gak kawan-kawan yang suka habiskan duit suami macam nekcun hanya untuk mendapatkan warna sedondon!... sesekali apa salahnya? Seronok juga kan?... hehehe….
p/s: Pesanan untuk para isteri... elok kita belanjakan duit suami kita dulu sebelum perempuan lain belanjakan duit dia nanti... hehehe.... (sekadar seronok-seronok!... abe-abe jangan marah yeh!...)

6 comments:

noorlara said...

lara suka dan sokong sangat dengan pesanan tu sape lagi nak menghabiskan duit suami tentu isteri dan anak-anak mereka kan kan kan. Banyak kasut tu, nak sewa bleh hahaha

Anonymous said...

Nekcun, tu baru handbags and kasut.. belum buka cerita pasai anak mami lagi... (tau kan apa) kita kan sama geng!

Fini

maza said...

hmm

tak terkata...

salam nekcun itew..

Nek Cun said...

Salam Norlara... nak sewa kasut?... boleh!... tapi muat ke sebab kaki nekcun kecik... size 4 jer... hehehe...

---

Salam Fini, thanks kerna sudi singgah sini. Pasai citar hak anak mami tuh, tak berani nak habaq, takut ada orang 'follow' plak nanti!... hehehe...

----

Salam Maza, pasai apa tak terkata?... sebab orang rumah pun camtu jugak ka?... Horrreeeyyy!... nekcun ada gak geng!... hehehe...

Tie said...

Ha ha.. jarang dapat baca entri lucu dari nekcun ni :)

Nekcun, okay apa kalau banyak beg dan sedondon dengan kasut. Ia sesuai dengan Nekcun sebagai wanita yang berkerjaya. Tie rasa ia juga satu keperluan dan bukan kehendak, kerana nekcun mampu dan ia juga dapat memberi nilai positif kepada sipemakai dan orang sekelilingnya.

Faham-faham ajelah , tugas yang tak pernah habis dan kakitangan yang stress.. pakaian kita sebenarnya dapat mempengarui suasana tegang di pejabat. Kalau hari-hari pakai baju kelabu atau perang ataupun hitam, rasa-rasanya produktiviti pun kurang kot!

~ pandangan seciput dari seorang surirumah....

pulutnyior said...

salam K. Kam..

Suka ngan pesanan u tuu....