Monday, May 4, 2009

Alahai... Gated & Guarded lah pulak!...


Cuti Hari Pekerja pada 1/5/2009 baru-baru ini nekcun sekeluarga pergi ‘house warming’ di rumah baru anak saudara belah atok di Country Height, Kajang. Seronok tengok rumah dia yang bagaikan ‘holiday resort’.

“Hang pa tahu tak apa business yang paling baik sekarang ni?” tiba-tiba Pak Ndak bertanya adik-adiknya.
“Sekarang musim ekonomi merudum, banyak business yang lingkup… mana ada business yang terjamin sekarang ni?” balas Pak Teh.
“Pasal ekonomi merudumlah, business ni maju sebab ramai orang tak dak kerja, tetapi hiudp mesti diteruskan, jadi orang akan cari duit tak kira dalam apa cara sekali pun!” ujar Pak Ndak lagi.
“Jadi… apa kena mengena dengan business yang paling baik sekarang?” soal kami serentak.
Business Security Guard lah!…” jawab Pak Ndak selamba.
“Pasal apa pulak?” tanya Pak Su
“Tengoklah sekarang ni, banyak taman perumahan baru semuanya pakai konsep “Gated & Guarded”… semua orang sudah rasa tak selamat walau pun rumah penuh dengan jeriji besi di setiap pintu dan tingkap!” terang Pak Ndak.
“Haah!… betul lah!… sekarang ni banyak betul jenayah pecah rumah, rompakan dan macam-macam lagi. Kes-kes snatching tak usah ceritalah!… tiap-tiap hari ada sahaja kita dengar cerita pecah rumah & rompakkan. Kenapa boleh jadi macam tu ya?”soal Maksu agak keliru.
“Macam abang cakap tadilah!… orang yang kurang iman akan mencari duit untuk hidup tak kira dalam apa cara sekali pun… waimma merompak dan membunuh!” jawab Pak Ndak.
“Jadi untuk menjaga keselamatan, orang ramai akan menggunakan perkhidmatan Security Guard… tapi boleh guarantee selamat ke?” Maksu menyoal lagi.

Nekcun pun terfikir juga akan soalan Maksu tu… boleh guarantee selamat ke kalau kita menggunakan security guard ni? Berdetik juga hati nekcun kerana nekcun pun baru sahaja berpindah ke rumah baru yang kawasannya “Strictly Gated & Guarded”.

Pada masa mula-mula pindah hari tu, atok telah diberikan borang untuk mendaftarkan butir-butir isi rumah untuk mendapatkan pelekat kereta-kereta di rumah kami kerana untuk masuk ke kawasan rumah nekcun kalau tidak ada pelekat kereta yang menandakan kita penghuni di situ, maka banyaklah soalan yang perlu dijawab dan perlu mengisi borang pelawat.

Disamping itu, atok dengan secara automatiknya terpaksa menjadi ahli dan membayar yuran bulanan untuk perkhidmatan “Gated & Guarded” tu. Nekcun terbaca ayat yang terpapar di borang sebagai ahli yang berbunyi “Pay the Residents fees RMxxx.00 a month and you can sleep with a peace of mind!” Rasa macam nak tergelak nekcun membaca statement itu. Betulkah kami sekeluarga boleh tidur lena tanpa perlu memikirkan masaalah keselamatan lagi kerana semuanya akan diuruskan oleh security guards?


Eeemmm… entahlah!… nekcun rasa masa nekcun kecik-kecik kat kampong dulu, tak ada pun security guard tapi kami sekeluarga tetap tidur lena tanpa sebarang gangguan. Tapi masa sebelum nekcun berpindah ke rumah baru ni, di kawasan rumah lama nekcun yang lepas pun ada juga perkhidmatan security guard tetapi ada juga nekcun dengar kes-kes pecah rumah dan kes ragut di kawasan perumahan itu. Jadi mana selamatnya?…

Bagi nekcun… hanya ALLAH yang boleh menjamin menjaga keselamatan kita. Sebab itulah kita selalu disarankan supaya sentiasa bertawakal kepada ALLAH, tak kira di mana kita berada dan waktu mana. Bagaimana pun kita perlu juga berusaha menjaga keselamatan kita kerana ALLAH tetap mahukan umatnya berusaha, jangan hanya berserah sahaja. Dan sebab itu jugalah kami mencari rumah yang “strictly guarded and gated” sebagai usaha menjaga keselamatan disamping terus bertawakal kepada ALLAH kerana hanya ALLAH yang maha berkuasa di atas segalanya.


P/s: Morale of the story… Mengapa banyak sangat jenayah seperti pecah rumah dan rompakkan di Malaysia sekarang ni sehingga rakyat marhain tak boleh nak hidup dengan aman? Apa tindakan pihak pemerintah mengenai isu ini? Jadi... sesiapa nak buka business sekarang ni, bukalah business Security Guard… pasti akan senang mencari pelanggan!… hehehe…

17 comments:

Unknown said...

hehe...kalau kat rumah pasang pak guard so tak kena rompak..kalau kat luar pasang bodyguard sure takde yang nak meragut..keh keh keh

lupa lak hari tu nekcun da tanya alamat..kedai ayah syd koleksi suttera, tepi skolah sultanah bahiyah,jalan sultanah..sebaris dengan restoran mee abu/restoran paktuan..jual kain batik dan songket

singgah la kalau datang alor star..huhu

Abang Long said...

Jangan jadi seperti 'harapkan padi, padi makan pagar' sudahlah ... eh, terbalik ke pepatah tu ?

chekdenoor said...

hai nekcun.... selamat menikmati rumah baru.....kat mana tu.....

Chekdee belum boleh dapat kunci lagi bagi rumah baru chekdee.... prosessnya slow sebab ada beberapa hal teknikal owner rumah tu tak bereskan. So renovation pun belum start..... aha...kawasan rumah baru chekdee pun gated.... sebab setiap rumah dikawasan itu tak ada pagar ...so.... hmmm...

walau apa-apa pun...doa adalah yang paling baik...kan nekcun.

rumah lama yang chekdee duduk sekarang pun gated....setakat ini..alhamdulillah.....ada beberapa kali gak...chekdee terlupa kunci pintu....tertinggal kunci kat pintu pun pernah ...dan yang paling dasyat...terlupa tutup pintu........ aha.... teruk kan sifat tergesa-gesa chekdee ni...... tapi sebab kawasan perumahan itu gated ..so..setakat ini alhamdulillah...cuma kena gak janji dgn diri sendiri...supaya jangan lupa......

Nekcun...terima kaseh ya di atas nasihat yang diberi....chekdee sangat menghargainya.....

Chekde nak jadikan nekcun...idola chekdee ya...... sayang nekcun....

izman said...

sekaarangnya banyak yg berbayar. untuk rasa selamatpun kita kena bayar. taman rumah sayapun kena bayar jugak untuk security. kalau tak.....

Sulela said...

Nekcun, ayah saya keje guard gak. Dia kata, dalam berjaga2 tu pun ada gak kejadian yang tak diingini. Takleh nak depend 100% kat pak guard je la kalo camtu...hehehe. Macam Nekcun kata, tawakkal kepada Allah setelah berusaha...

arsaili said...

salam nek cun....semoga kita tidak tertempias kemurungan ekonomi nih...

Nek Cun said...

Sayyid... tu lah, nekcun ingat pun macam nak cari body guard gak lah, tapi nak cari yang hensem-hensem jer!... hehehe... perasan pulak!

Adinda, zaman sekarang dah tak leh pakai dah pepatah tu sebab pagar sekarang tak makan padi, depa makan beras!... hehehe..

Anonymous said...

Bagus juga bila ada pak guard tu. Tentu rasa selamat.

Tapi kan nekcun, kekadang orang2 yang ingin datang menziarah ni rasa macam malas je (Tie dan hubby laa...)sebab leceh. He he.....

Nek Cun said...

Chekdee, pindah rumah baru memang seronok tetapi amat memenatkan. Dah hampir dua minggu nekcun masih tak habis berkemas lagi... nak suruh bibik buat pun tak boleh, sebab nekcun memang tak pernah beri bibik masuk bilik tidur nekcun!...
Terima kasih kerana nak nekcun jadi idola chekdee, tapi.. nekcun ni pun bukanlah hebat sangat, sama jer macam chekdee... masih berusaha membina kehidupan bahgia seisi keluarga... InsyaAllah!..

Nek Cun said...

Izman, memang sekarang ni semuanya kena bayar. Walaupun kawasan rumah nekcun tu memang dah sedia ada fencing/brick walls dan gate by the developer, tapi kami sebagai penghuni kena jugak bayar untuk membayar security guards. Dah tu bukan sikit-sikit pulak tu... beratus-ratus jugalah sebulan setiap rumah... mungkin sebab kawasan kami tu tak banyak rumah, hanya 70 buah sahaja dan kawasan pulak agak luas jadi terpaksalah bayar lebih untuk menampung gaji security guards yang bekerja 24 jam tuh!... Eeemm... nak buat camna, bayar ajer ler!...

Nek Cun said...

Sulela.. memang betul, walaupun ada security guards tetapi hati nekcun akan lebih tenang kalau sudah bertawakal kepada Allah setiap kali nekcun mahu meninggalkan rumah atau ketika mahu masuk tidur. Hanya Allah pelindung yang sejati dan boleh guarantee!... Selagi manusia di panggil manusia, kita tidak boleh percaya 100%...

Nek Cun said...

Arsaili.. InsyaAllah, kita akan sentiasa mendapat keberkatan dari Allah dan akan dilindungi dari kemurungan ekonomi global ini. Perbanyakkanlah solat Duha dan tahajut, InsyaAllah Allah akan melimpah rezeki yang luas untuk kita...

Anonymous said...

ada security guard pun tak semestinya selamat, kan?

security guard tu keje diorg je, kalau diorang yg mau pecah masuk mcm mana pulak? huhu

haaru je~

Mak Su said...

maksu mudah terlena, tak leh jadik sekuriti, ahaks

Nek Cun said...

Adila... tu yang nekcun tak berapa berani nak taruh 100% kepercayaan pada security guards nih!... Takut harapkan pagar, pagar yang makan padi...

-----

Maksu, kalo gitu jadi security guard untuk paksu jer lah!... hehehe...

fatimah said...

Salam Kam, selamat pindah rumah baru. Walau apapun elok duduk di guarded community. Lepas tu mohon agar Allah lindungi semua

Nek Cun said...

Salam Timah, terima kasih di atas nasihat tu... nanti bila-bila free, jemputlah datang rumah...