Friday, May 8, 2009

Di mana ada lagi ketenangan & kesabaran?...


<<<> gambar dengan pelajar-pelajar UiTM.

Sejak dua tiga hari ni badan nekcun rasa macam nak demam dan cepat rasa letih pula rasanya. Tapi memandangkan terlalu banyak isu yang memerlukan perhatian segera nekcun, terpaksa jugalah nekcun gagahkan badan untuk ke pejabat setiap hari. Selain tugas harian, nekcun juga terpaksa melayan pelajar-pelajar IPTs yang datang berjumpa nekcun untuk nasihat dan bimbingan kerjaya. Jadi, demi anak ‘bangsaku’, nekcun luangkan jugalah masa untuk mereka.

Terfikir juga oleh nekcun, adakah factor umur yang sudah meningkat ke tahap ‘lama’ ini menyebabkan nekcun mudah kepenatan dan tubuh perlu lebih direhatkan? Eeemm… nekcun tak mahu komenlah pasal umur nih!... (perasan muda selalu)… hehehe…

Tetapi nekcun dapat juga rasakan bahawa mungkin keletihan yang nekcun rasakan kerana nekcun terlalu ‘pressured’ dengan beban tugas yang semuanya perlu dibereskan segera. Hampir semua ‘tasks’ yang diberikan mempunyai ‘date-line’ yang agak ketat, sehingga pernah nekcun terjerit pada ‘business partner’ yang menghantar memo pada nekcun yang membuatkan mereka juga turut terkejut.

“Hajjah, can we have the selected candidate to come in by tomorrow?” Ketua dari Bahagian lain (BP) bertanya.
“Hei!... come on!... what do you think we are? You think all my staffs are robots? Machines? Apa ni… semua bagi hari ni nak semalam? You all ni betul-betul tak pandai planning la!... Proposal papers nya pun I baru terima pagi tadi!..” sergah nekcun dengan nada suara yang agak tinggi.
“Hajjah… janganlah marah… big boss kami yang nak macam tu sebab post tu dah lama kosong!” rayu BP lagi.
“Kalau dah lama kosong kenapa sekarang baru tak menyempat-nyempat nak isi? Habis tu selama ni kenapa you tak hantar request kat kami? Our SLA said we should deliver to you within 35 days not 35 hours! So just wait!.. we’ll deliver it as it should be! We have our policy & procedure to adhere!... If the candidate can’t come in by tomorrow, it won’t make our organization bankrupt! ” balas nekcun tegas.

Begitulah lebih kurang tiap-tiap hari nekcun ‘bertikam lidah’ dengan pihak-pihak tertentu dan kemudian ‘bersilat’ ke hulu ke hilir dengan staff-staff nekcun yang lain bagi mencapai dan melakasanakan ‘tasks & KPIs’. Itu jugalah yang sering membuatkan nekcun rasa letih sangat kerana bukan sahaja physical yang letih, mental lagi lebih teruk letihnya.

Kekadang nekcun terfikir juga, kenapalah sekarang ni (terutamanya di syarikat swasta) semua orang suka tergesa-gesa, terburu-buru sehingga tiada ketenangan dan kesabaran di dalam menjalankan tugas harian. Semuanya nak cepat, berlumba-lumba mencari keuntungan sehinggakan kekadang tu, waktu solat zohor, asar dan magrib pun dah tak ingat bila dan tak tentu hala!... Bayangkan nekcun pernah diminta hadir mesyuarat pukul 8.00 malam kerana CEO nak keluar negara esok pagi!... Orang lain sedang khusyuk berzikir di masjid, manakala kami masih pot-pet-pot-pet di bilik mesyuarat!... Huh!... very frustrating!

Pernah nekcun mendengar Ustaz berkata ketika nekcun menghadiri kuliah ugama bahawa tenang & sabar itu adalah sifat2 mulia yang digemari Allah manakala tergesa-gesa dan tidak sabar itu adalah sifat syaitan. Jadi… jika kita sentiasa tergesa-gesa di dalam mencari rezeki, di manakah keberkatannya kerana ianya lebih mirip kepada sifat syaitan!...

Eeemmm… entahlah!... adakah itu sebabnya sekarang ini ramai benar anak-anak yang tidak menghormati orang tua, anak-anak derhaka dan anak-anak yang rosak akhlaknya kerana rezeki yang diperolehi oleh ibu bapa yang sentiasa sebok mencari rezeki untuk memberi makan yang akan menjadi darah daging anak-anak itu adalah lebih berdasarkan kepada cara dan sifat-sifat syaitan!... Hei!... tak beranilah nekcun nak komen!....

Adakah dunia ini sudah hampir benar pada penghujungnya?... Ini yang selalu membuat nekcun rasa nak bersara awal!... Takut tak sempat nak memperbanyakkan amalan & menghabiskan banyak masa menghadap Yang Maha Esa.... Marilah kita sama-sama fikir-fikirkan!...

16 comments:

maza said...

" Jadi… jika kita sentiasa tergesa-gesa di dalam mencari rezeki, di manakah keberkatannya kerana ianya lebih mirip kepada sifat syaitan!..."

ayat ini menyentap perasaan maza!
ia mengingatkan maza tentang prinsip maza- mencari kebahagian.. bukan lagi kekayaan, kemewahan atau tambahkan koleksi jumlah anak!

wakakakka

Muhammad Sayyid bin A Rahman said...

hurmm...kesian nekcun..bila baca posting ni terasa diri ni tak sempat buat apa-apa pun dalam hidup..degree pun tak pass2 lagi...belum lagi kerja..belum lagi berkeluarga..belum lagi ada jawatan-jawatan..hmm..

kadang-kadang baru je belajar lebih skit dah mula mengeluh..haish..bila kerja mau kena luku dengan doktor pakar..

apa pun nekcun, gudluck in everything u do..may Allah bless u always..~

kayteeze said...

Alaaahai.......

Tie yang jadi house manager ni pun asyik nak dok ngulor je depan pc, kain baju bertimbun2, dengan alasan tangan sakit; masak ikut citarasa sendiri, hu hu hu...

Tapi bila mengetuk keyboard ni laju pulak...ekekekekee....

Tak pe la nekcun, bila dah sedar kelemahan diri, tentu senang nak perbaiki. Yang tak sedar2 tu yang susah nanti, he he...

Sulela said...

Nekcun, bukankah itu salah satu ciri2 akhir zaman? Masa itu tidak pernah cukup dan kita sentiasa tergesa2 dalam melakukan sesuatu. Alih2 kejap je dah malam. Eh, kejap je dah pagi...dialog camtu dah selalu keluar dari mulut saya, Nekcun. Risau juga tak sempat nak buat banyak ibadah...

chekdenoor said...

Aslm,

Nekcun leteh sebab baru pindah rumah tu..... sure keletihannya akan lambat hilang....

Walaupun nekcun keletihan, nekcun maseh boleh berfikiran waras dalam mengendalikan tugasan harian.... itu adalah amanah.... dan sure ALLAH happy dengan ummatnya yang mempunyai sifat amanah seperti nekcun.... cekal menghadapi pelbagai kerenah tugasan.... jika ada sedikit-sedikit kekurangan....itu adalah sifat manusia biasa...yg tak pernah terlepas dr sedikit kelemahan.

Mudah-mudahan, tenaga nekcun kembali puleh..... usia....nekcun maseh ok..insyaallah..... chekdee selalu lihat photo nekcun yang cute dan manis tu...hehehe... untung atok.....

izman said...

eh... garang gak nekcun yer. tapi kerana tugas, kadang2 terpaksa bertegas jugak ye tak?

anyway, selamat hari ibu untuk nekcun.

kak ila said...

perasan muda & semangat muda. itu mesti selalu. usia memang tak blh di bohobongi, terus... membawa kita. dan, dalam keadaan sekarang masa itu emas, kaup selagi ada daya.

© Opah De said...

Salam NekCun...
Selamat Hari Ibu.

AL-BIMA SAKTI said...

salam,

kita semua kena ingat hari penghujung perjalanan....

titipkanlah kesedaran dan keinsafan...

kayteeze said...

Salam Nekcun..

Selamat hari ibu..........!!

Nek Cun said...

Maza... bagi mendapat keberkatan Allah, eloklah kita mengamalkan sifat-sifat yang menjadi kesukaan NYA dan menjauhkan sifat syaitan...

------

Sayyid, berusaha untuk berjaya tidak salah dan amat digalakkan, tetapi janganlan suka amalkan kerja secara terburu-buru, misalnya dah last minute baru nak siapkan assignment, mungkin kalau dibuat secara tergesa-gesa akan menghasilkan result yang kurang memuaskan!... itulah ibaratnya... Semoga Sayyid akan menajdi seorang doktor yang berjaya!... InsyaAllah.

-----

Tie... nekcun tahu, jadi 'house manager' pun merupakan satu kerja yang teruk juga. silap-silap haribulan lebih teruk dari kami yang bekerja di pejabat nih!... tapi... sabarlah... buat kerja dengan hati-hati dan penuh ikhlas, InsyaAllah akan berolah keberkatan seisis keluarga!... Selamat Hari Ibu untuk Tie cayang!...

Nek Cun said...

Lela... memang begitulah agaknya!... kalau diikutkan rasanya 24 jam tu macam tak cukup jer... belum pun hilang letih buat sarapan, tengok jam dah pukul 12.00, dah nak kena masak untuk lunch pulak!... cepat betul rasanya kan?... Selamat Hari Ibu Lela!...

----

Chekdee, memang betul gak kata Chekdee tu, nekcun ni penat sebab baru pindah rumah sama kot!... tambah pulak ngan kerja di ofis yang berlambak-lambak tu... menjadi-jadilah letihnya!... tu yang kekadang tu, mudah jer naik 'hangin' kalau staff tersilap sikit jer!... hehehe.... anyway, Selamat Hari Ibu, chekdee!...

Nek Cun said...

Izman, nekcun ni bukan garang... suara jer tinggi!... hehehe... sesekali tuh kena gak tunjuk taring kan?... hehehe... anyway, terima kasih di atas ucapan Hari Ibu... Kirim salam pada isteri dan sampaikan salam nekcun untuk Ucapan Selamat Hari Ibu untuknya sama!...

----

Ila... memang kita tidak boleh membohongi usia.... nekcun jer yang selalu rasa muda!... hehehe... tak salahkan kalau perasan begitu?... hehehe...
Selamat hari Ibu, Ila...

----

Salam OD, terima kasih di atas ucapan itu. Semoga OD pun akan jadi seorang Ibu very soon. InsyaAllah!....

----

Bima, betul kata Bima tuh... kita semua akan sampai juga ke penghujung perjalanan apabila malaikalmaut memanggil kita nanti!... apakah persediaan kita ke arah itu? Hanya diri kita sendiri yang tahu!...

Mencari Sinar Bahagia @ Tommy said...

Hello...

Nice to meet U...
Found your profile interesting..
Nekcun,can we be friends..
Do drop my blog n comment..
Hope to hear fr U soon..:)
Happy Mothers Day..

fatimah said...

Salam Kam, Ustaz kate itulah adalah antara tanda2 akhir zaman

Nek Cun said...

Hi Tommy, nice to have you in my blog too... You're most welcome to be my friend... Hidup akan jadi lebih meriah jika ramai kawan, betul tak?...

-----

Timah, memang betul, itulah kata Ustaz dan kekadang I jadi takut kalau-kalau amalan masih tidak sebanyak mana...