Friday, May 15, 2009

Antara Cinta dan Pengorbanan...


“Assalamualaikum nekcun!” terdengar suara romantis di telefon apabila nekcun tergesa-gesa menjawab telefon yang berdering-dering di atas meja sehingga tidak sempat hendak melihat nombor yang terpapar tadi.

“Mualaikumsalam, siapa nih?” soal nekcun dengan nada serius kerana baru balik dari mesyuarat yang agak menyenakkan perut.

“Sibuk ke?”

“Eeemmm… sibuk juga! Encik siapa ni… dan apa yang boleh saya bantu?” nekcun cuba melembutkan suara kerana khuatir mungkin pelanggan syarikat yang perlu dihormati.

“Betul nekcun boleh bantu saya?”

“Siapa awak ni? Kalau tak mustahak, saya akan letak telefon ini kerana saya ada banyak kerja yang perlu dibereskan sekarang!” jawab nekcun spontan kerana nekcun baru tersedar yang sipemanggil itu menyebut nekcun dan bukannya nama nekcun yang sepatutnya. Maka sudah pasti dia bukan pelanggan syarikat yang mempunyai urusan rasmi dengan nekcun.

“Awak masih seperti dahulu ya… cepat melenting!”
“Hei… siapa awak ni? Sorry… I’m busy….”
“Nanti, nanti Kay!... jangan letak telefon… “ kedengaran suara itu merayu sebelum nekcun sempat mahu meletak telefon ke ganggangnya.
“Apa awak nak?”
“Saya nak bercakap dengan Kay! Saya rindu pada Kay, pada suara Kay!...”

Nekcun terkedu sebentar bila mendengar dia menyebut nama ‘Kay’… hanya seorang sahaja yang pernah memanggil nekcun dengan nama itu! Hati nekcun jadi berdebar! Dari mana dia dapat nombor telefon ini? Mengapa tiba-tiba dia mencari aku?... nekcun benar-benar bingung…

“Kay!... kenapa senyap?”
“Eeerrr… awak di mana? Macam mana awak boleh dapat nombor telefon saya ini?”
“Saya sentiasa mengikuti perkembangan hidup Kay…”
“Kenapa awak buat begitu?”
“Saya rasa Kay tahu kenapa!”
“Kan awak dah janji tak mahu ganggu hidup saya lagi! Kenapa sekarang awak datang cari saya?”
“Saya perlu jumpa Kay!... perlu sangat sebelum saya meninggalkan Kay untuk selamanya!” kedengaran suara yang amat lirih merayu.
“Maksud awak?”
“Penyakit lukemia yang menyerang saya telah sampai ke tahap critical!... Doktor kata sudah tidak ada apa lagi yang boleh dibuat…”
“Awak kena penyakit lukemia? Sejak bila?”
“Sejak saya melepaskan cinta Kay untuk dimilikki oleh lelaki lain!...”
“Mengapa awak berbuat begitu? Kenapa awak tipu saya?” Air mata nekcun sudah hampir berderai di tubir mata.
“Kerana saya amat mencintai Kay. Saya tidak mahu Kay menderita kerana saya!”

Nekcun terjelepok di kerusi. Kerongkong nekcun terasa tersumbat. Air mata tidak dapat di tahan lagi dari terus berderai membasahi pipi…

Inikah yang dipanggil Pengorbanan sebuah Percintaan?... sehingga ke hari ini nekcun masih mencari jawapan yang entah sampai bila akan nekcun temui…

14 comments:

maza said...

Hmm nak tau pengorbanan ke tidak kepada seorang berlainan jantina lagi bukan ajnabi.. kita nantikan jawapannya di Padang Mahsyar...

hehehehhe


maza: nakal dan terputus idea.. hehehhe

izman said...

saya tertanya2 gak ini ini kisah benar atau kisah novel baru? ending camtu, rasanya kisah benar ni.

cinta tak semesti bersatu.

fatimah said...

Salam Kam, I yang bukan bernama Kay pun sedu membaca your entri kali ni. "Cinta yang paling mendalam ialah cinta yang tidak kesampaian". Berbahagialah Atuk kerana memiliki segunung intan...

Insaflah said...

Masih ada yang sayang ...

kayteeze said...

Wah... kenangan lama datang kembali... Sabor je laa...

Sekurang2nya Nekcun tahu keadaan dirinya. Berdoalah supaya hatinya tenang.. Tie ni langsung tak tahu apa dah jadi pada teman lama tu...

Muhammad Sayyid bin A Rahman said...

err...assalamualaikum nekcun..ni kisah benar ke??ermm..cinta suami bawa ke syurga...cinta pada Allah tiada layunya~

Nek Cun said...

Maza, Setiap umat Islam pasti akan berada di Padang Mahsyar... tak tahulah dapat berjumpa atau tidak dengannya nanti...

------
Izman, kalau kish novel baru camtu boleh tak? Sembilu tak rasanya?...hehehe...

------

Timah, banyak kenangan yang kekadang boleh membuat kita jadi sendu... tapi I percaya bahawa setiap yang berlaku ada hikmahnya... I tetap bersyukur dengan segala rezeki yang Allah telah limpahkan pada I sekeluarga...

Nek Cun said...

Salam Insaf... memang nekcun ras syukur sangat bila masih ada yang sayang!...

-----

Tie... memang nekcun rasa terkejut benor kalau orang yang dah kita lupakan menjelma semula...

------

Sayyid, memang benar... cinta pada Allah adalah cinta yang kekal abadi!...

en_me said...

luka lama berdarah kembali, luka yg baru mana parutnya one uolsss.. uhuhu

Abang Long said...

Satu ketika ada orang memanggil - Wahai Nekcun Sayang. Agak - agaknya tahu tak siapa tu ? hahahahahaha

Nek Cun said...

Salam Me... luka di tangan nampak berdarah, luka di hati siapa tahu?...huhuhukk..

----

Adinda Long... alangkah seronok kalau ada orang yang benar-benar sayangkan nekcun!... hehehe...

© Opah De said...

Nek Cun...
Memang sedih tambah kalau putus cinta tanpa sebab yang sahih. Tapi itukan dinamakan jodoh dan takdir ALLAH. Jangan fikirkan sangat. Berdosa kat suami. Apa yang boleh Nek Cun buat, adalah berdoa demi kesejahteraan dia. Takutlah nanti, porak poranda pulak rumahtangga yang bahagia.

Nek Cun said...

OD, terima kasih di atas nasihat yang penuh makna. InsyaAllah, cinta nekcun akan tetap pada yang satu... sebenarnya OD, nekcun tengah nak cari 'feeling' camna nak mengayat nih!... nekcun frust sangat bila pen-drive nekcun corrupt dan all about 25% of my hard-work manuscript that I'm working on now had gone!... silap nekcun gak tak buat back-up... sekarang nak start all over again... tu yang frust bagai nak rak tuh!... huhuhukkk...

chekdenoor said...

Nekcun,

Wah....bertuahnya nekcun mempunyai seseorang yang sangat menyayangi nekcun dan walaupun telah melepaskan nekcun tetapi sebenarnya dia masih menyimpan nekcun didalam hatinya..... hmmm.... kalau atok tahu.... agaknya dia cemburu tak .........