Thursday, November 20, 2008

Hadiah hari jadi, "surprise" kah dia?...

Semalam anak bungsu nekcun berbisik pada nekcun tentang hari jadi ayahnya yang akan tiba tidak lama lagi. Dia berkata yang mereka adik beradi nak buat ‘surprise’ untuk ayah mereka tahun ini. Nekcun pun tak tahulah apa rancangan mereka. Anak bungsu nekcun tu memang creative dan artistic orangnya walaupun bidang pengajiannya di IPT amat berbeza iaitu accounting. Mungkin itulah kelebihan ALLAH di dalam mencipta kita manusia ini.

Cerita pasal hari jadi atok ni… nekcun pun pening juga. Tak tahu apa nak beri sebagai hadiah sempena harijadinya. Dah lebih 30++ tahun hidup bersamanya, nekcun dah jadi tak tahu apa lagi yang boleh men’surprise’kan atok. Selalu apa yang terjadi, nekcun yang ter’surprise’ sedangkan atok bagai dah ‘nothing surprise for him’.




Agaknya anak bungsu nekcun tu mengikut creativity ayahnya. Ada sahaja yang mereka buat untuk men’surprise’kan nekcun. Seperti hari jadi nekcun pertengahan tahun ini, atok benar-benar men’surprise’kan nekcun bila dia menghadiahkan ‘kunci’ baru pada nekcun. Walaupun nekcun sudah ada kunci model seperti itu sebelum ini namun ianya untuk model yang agak kecil sedikit, tetapi bila atok menghadiahkan nekcun dengan ‘kunci’ yang lebih terbaharu, hati nekcun jadi amat-amat tersentuh dengan keperihatinan atok terhadap apa yang nekcun suka. Atok juga agak romantis di dalam menyatakan isi hatinya walaupun dia bukan jenis yang suka banyak berbicara macam nekcun ni… namun nekcun amat menghargai setiap kata-kata hikmat yang atok berikan setiap tahun sehingga kekawan di pejabat selalu menegur bila melihat kata-kata indah itu bergantungan di meja tempat kerja nekcun.

Bukanlah nekcun nak bercerita pasal atok (takut nanti boring pulak kekawan nak baca N3 nih!...) tapi nekcun amat berharap untuk mendapat idea dari kekawan bagaimanakah nekcun boleh membuat atok ‘surprise’ pada harijadinya yang tinggal lebih kurang 3 minggu lagi. (Harap-harap atok tak akan buka blog nekcun ini…hehehe…)

Mungkin ramai kekawan yang telah pun membuat ‘surprise’ kepada yang tersayang pada hari-hari yang tertentu, maka nekcun harap dapat kita berkongsi cerita dan pengalaman. Manalah tahu, cerita dan pengalaman kekawan itu akan dapat membantu kekawan lain di dalam mengiratkan lagi cinta dan kasih sayang suami isteri dan juga anak-anak. Semoga kita semua akan sentiasa mendapat kesejahteraan dan keberkatan hidup di dunia dan akhirat… Ammiiinnn...

7 comments:

AL-BIMA SAKTI said...

salam nekcun,

hadiah tak penting sangat.
kemesraan, kesetiaan dan keharmonian tu yg terpenting...

hadiah cuma pd zahir... di hati yg utama...

Rozlan Mohamed Noor (RMN) said...

i love surprises, bila nekcun nak buat surprise kat saya plak! hahahahaa

Abang Long said...

Surprise kan dengan tiada surprise.

Eh... macam mana tu ?

Nek Cun said...

Salam Bima, betul tu bima... not the price that matter but the thought that count....

Salam RMN, suka surprises ya? Eeemmm... tengah fikir-fikir ni, apa nak surprisekan RMN...

Salam abang long,eh!... camna tu? Surprise dengan tiada surprise? Hah!... nekcun tahu dah, apa dia tu!... betul gak ya, sesakali buat deeekk ajer... surprise gak kan?... hehehe...

chekdenoor said...

nekcun.....

chekdee pun fening gak....nak cari hadiah ayahdee...... yang tinggal 1 minggu jer lagi...dia genab...50 tahun ...... nekcun boleh bagi idea ker....... pening sangat ni........ dah ler skrg ni chekdee sibuk .......

tolongggg nekcun

Tie said...

Hi hi...luculah nekcun nih...nak buat surprise lak. Tie langsung tak pandai surprise ni..so tak boleh nak bagi idea laa. Namun nanti jangan lupa ucapkan happy birthday dari Tie ni..biar dia tertanya2..he he..

Rozlan Mohamed Noor (RMN) said...

Rezeki yang dtg tiba2 juga surprise kan? TAHNIAH nekcun... hehehehe hnya nekcun yang tahu. :)