Tuesday, August 26, 2008

Ramadhan Al-Mubarak dan Hari Kemerdekaan ke 51


Sempena dengan kedatangan Bulan Ramadhan Al-Mubarak tiga empat hari lagi, sukacita nekcun memohon ma'af dari semua kekawan yang mengenali nekcun. Iyalah... kekadang nekcun ni kalau dah seronok bergebang, tak sedar juga kata-kata yang dibicarakan. Jadi, di bulan yang penuh keberkatan ini suka nekcun memohon ma'af sekiranya ada bicara nekcun yang telah menyinggung perasaan kekawan, kerana yang baik itu semuanya dari Allah dan yang buruk itu dari nekcun...


Berkesempatan dengan menjelangnya hari Kemerdekaan tanahair kita Malaysia pada 31 Ogos 2008 ini, nekcun juga ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan kepada semua rakyat Malaysia. Sayangilah negara tempat tumpah darah kita ini... walaupun terdapat pergeseran pendapat dan perbezaan idealogi politik yang sedang rancak melanda Malaysia sejak kebelakangan ini, namun kita sepatutnya masih perlu bersyukur kerana negara kita masih lagi aman dan makmur.


Di sini suka nekcun mengingatkan diri nekcun sendiri dan juga mengajak semua kekawan untuk bersatu padu mengukuhkan ukhwah antara kita demi mencari keberkatan Ramdhan yang akan menjelang disamping kita me'Merdeka'kan diri kita dari unsur-unsur negatif yang boleh melemahkan amalan-amalan kita di dalam menegakkan hukum Islam yang syumul. Marilah kita eratkan siratulrahim antara kita kerana orang yang memutuskan siratulrahim sesama insan akan Allah tutupkan pintu syurga baginya.


SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK DAN HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA YANG KE 51.




9 comments:

Tie said...

Tie pun nak mintak maaf nek..mana tau terkasar bahasa atau apa2 yang menyinggung sepanjang perkenalan singkat ni..Selamat menyambut ramadhan dan selamat hari merdeka.

pB said...

salam nen cun


terbang dari blog abang long

salam perkenalan dihulurkan


salam ramadhan di sampaikan....

kuchalana said...

salam nekcun..

Selamat berpuasa.. smoga penghayatan puasa tahun ini akan lebih bermakna..

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke 51 juga.. kemerdekaan buat smua..

salam singgah dari kuchalana..

ole

Nek Cun said...

Tie, sama-samalah kita berma'af-ma'afan supaya amalan puasa kita diterima Allah SWT.
Kemana cuti Merdeka nih?

Nek Cun said...

Salam pB, terima kasih kerna sudi terbang dan singgah di sini...singgahlah selalu jengok-jengok nekcun nih...Kalau nak kopi cino pun nekcun boleh bancuhkan...hehehe..

Nek Cun said...

Salam Kuchalana, selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak... singgah-singgahlah selalu. Nekcun seronok kalau ramai anak cucu datang ziarah!...

Abang Long said...

MERDEKA !!! Ramadhan Ya Ramadhan.

manje said...

salam nekcun

emm manje pon nak ucapkan " Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak dan Hari Kebangsaan ke 51"...

>> jaga diri bebaik yek :)

Nek Cun said...

Salam abang long, manje... Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak... jangan ponteng posa ya!...hehehe...