Dua tiga hari ni kerja di pejabat amat-amat menekan perasaan nekcun. Tengah hari tadi nekcun sampai tak sempat nak keluar ‘lunch’ kerana kena siapkan Business Plan 2009 yang perlu dikemukakan ke Unit berkaitan sebelum hujung minggu ini. Nekcun hanya sempat kirim pada staff beli buah dan sandwich untuk lapik perut.
“Hai nekcun… diet ke makan buah sahaja tengahari? Nak kurus macam mana lagi? Cukuplah tu… takut nanti abe pelok rasa tulang ajer!” usik kawan baik nekcun yang selalu datang nak bergebang ngan nekcun waktu lunch.
“Bukan diet tapi tengah practice untuk bulan puasa!” balas nekcun selamba.
“Oh iya lah… lupa pulak kita dah nak puasa lagi dua minggu! Eemmm… baju raya tak tempah lagi. Takut nanti tailor pun tak nak ambil dah!…” kawan nekcun terus merungut.
“Alaah… apa susah nak tempah-tempah baju… sekarang kan dah banyak baju dah siap, pilih sahajalah!” nekcun menyarankan.
“Badan macam aku ni nak beli baju dah siap? Takut satu komplek aku cari tak dapat saiz… lainlah macam engkau tu… pi tang mana pun, senang nak cari saiz!” ujarnya seolah rasa terkilan.
“Hei… bila dah puasa sebulan nanti, mesti engkau kurus. Jadi apa salahnya engkau beli baju yang kecil sikit. By the time hari raya, tentu engkau dah muat pakai…” saran nekcun.
“Banyaklah engkau punya kurus!… Bulan puasa lagi badan aku selalu naik kerana makan macam-macam, sebab bulan puasalah kita boleh dapat makanan yang selalunya tak ada tapi akan ada di jual semasa bulan puasa sahaja!… Itu belum lagi dengan kueh raya yang entah apa-apa jenisnya tuh…” kawan nekcun terus mengomel.
“Hai makcik-makcik… puasa pun belum dah sebuk cerita pasal kueh rayalah, baju rayalah… entah-entah puasa pun tak cukup, tapi persiapan raya mengalahkan orang berpuasa setahun! Orang sepatutnya fikir macam mana nak memanfa’atkan bulan puasa kali ini, bukan kira nak enjoy raya sahaja!” tiba-tiba kami dikejutkan oleh komen rakan sekerja yang kami gelar ‘jejaka tampan se Malaysia’ yang juga selalu suka datang ke meja nekcun kalau ada waktu terluang.
“Alaaahh… you dok komen kita orang, entah-entah isteri you pun cam tu jugak!” nekcun membidas.
Terfikir juga di hati nekcun akan kebenaran apa yang dikatakan oleh ‘jejaka tampan’ tu… memang selalunya begitulah kita orang perempuan… kita akan lebih sebuk berfikir macam mana nak menyambut hari raya dari bagaimana nak membaiki ibadah puasa itu sendiri. Walaupun Islam menyarankan agar kita bersederhana ketika menyambut hari raya, tetapi selalunya kita akan bertindak sebaliknya sehingga ada yang sanggup berhutang untuk menyambut hari raya.
Tetapi adakah salah kaum wanita sahaja? Nekcun rasa, peniaga-peniaga juga perlu dipersalahkan. Contohnya, walaupun bulan puasa belum pun tiba tapi telah banyak ‘mega sales’ yang menggunakan kemeriahan hari raya sebagai gimik promosi jualan seperti di Court Marmoth. Jadi mengapa mesti wanita sahaja yang dikaitkan dengan kegairahan menyambut hari raya?

Dalam keadaan ekonomi dan inflasi yang tidak menentu sekarang ini, perlukah kita berbelanja besar untuk menyambut hari raya? Entahlah… nekcun tak berani nak jawab kerana nekcun sendiri dah cadang pada atok untuk pergi shopping di “B” hujung minggu nih (nekun ambil cuti hari Isnin) dan atok telah pun setuju dengan cadangan nekcun itu…
6 comments:
Puasa dan raya saling berkait.Bila puasa dah dekat memang macam2perkara nak difikirkan.Satu perkara yg aneh pada bulan puasa ialah peti sejuk tie tiba2 jadi penuh, biasanya tak de ruang lagi. Kami selalu cuba bercermat belanja, makanan atau lain2. Rezeki bulan puasa bertambah, so kdg2 rasa sayu bila menjelang shawal pula...Selamat menyambut ramadhan..nekcun..
B tu "B a n d u n g" ka nekcun.. hehehe
Bandung ke, Bangkok ke, Brunei ke... semuanya bisa di atuuuurrr...
Di Brunei, kain-kain elanya cantik2 dan murah, di Bandung & Bangkok, leather goods murah dan banyak fashion terbaharu... Nak ikut ke?..
Salam Kam,
Aku tak kisah sangat, puasa ke raya ker dua-dua aku tunggu. Tapi paling tak boleh lupa, buka puasa dalam kelas di UiTM. Tiap kali bulan puasa, sampai sekarang aku ingat, kekadang tu teringin gak lagi nak buka puasa dengan korang semua. Tapi yang lecehnya aku tukang beli tajilan buka puasa ko Kam. Hari-hari pekena nasi mamak campur peluh dia....padulik apa...janji sedap. Aku tak punya pilihan terpaksa gak belikan untuk ko...maklumlah teman seskandal... kenalah berkorban....
Pernah berhari raya dengan memakai singlet pagoda dan kain pelikat.
Biasa ler tu abang long... bila dah kenyang makan ketupat dengan rendang dan badan pun dah panas, maka yang selesanya ialah baju pagoda dan kain pelikat jer... hehehe...
Post a Comment