Membaca kisah gadis pintar / genius suatu ketika dulu, Sufiah Yusof yang kecundang dalam menerajui kehidupannya yang masih muda, membuatkan saya begitu sedih dan pilu. Mengapakah gadis sebijak itu tidak dapat mengawal diri dan perasaannya sehingga hilang pertimbangan lalu sanggup terjerumus ke lembah pelacuran.
Pada peringkat awal kehidupannya, dia terlalu dikongkong oleh keluarga yang mahukan semua yang terbaik untuknya. Dan dengan itu juga dia berjaya menjadi salah seorang kanak-kanak yang genius. Namun apa yang dirancang dan diharapkan oleh ibu bapanya itu telah menjadi sebaliknya apabila Sufiah merasakan kongkongan yang begitu ketat membuatkan hatinya memberontak.Sufiah mencari jalan hidupnya sendiri. Namun apa yang terjadi kini adalah sesuatu yang amat merugikan dirinya sendiri.
Kisah Sufiah ini sedikit sebanyak telah memberi pengajaran kepada kita sebagai ibu bapa. Marilah kita pandang ke belakang dan melihat apa yang sebenarnya berlaku…
Pada awal-awal lagi Sufiah hanya diajar dan dididik ilmu keduniaan semata-mata. Dia menjadi genius pada perkara-perkara yang lahir di dunia sahaja. Otaknya hanya berfungsi untuk memikirkan perkara-perkara berkaitan keperluan kehidupan di dunia sahaja. Ibu bapanya tidak langsung menyemai atau menanam ilmu yang menuju jalan ke akhirat. Fikirannya tidak langsung disogok dengan kepentingan kehidupan rohani tetapi hanya disumbat dengan pentingnya material dalam kehidupan di dunia ini sahaja.
Oleh itu, bila fikiran dan perasaannya terlalu disogok dengan kepentingan kehidupan di dunia sahaja, Sufiah tidak dapat mengawal pemikiran sendiri apabila keadaan terlalu menekan. Dia tidak tahu kepada siapa dia harus memohon pertolongan! Dia tidak tahu bahawa ketika di dalam kesusahan, hanya ALLAH yang akan sentiasa bersedia membantu makhluknya di dunia ini. Sufiah tidak pernah dikenalkan kepada pentingnya KESYUKURAN, QADA & QADAR!... apabila hati telah buta dari pengetahuan itu, maka tidak mustahil dia akan mengambil tindakan yang diluar kawalan pemikirannya!
Dalam perkara ini, siapakah yang harus dipersalahkan? Apa yang saya nyatakan di atas adalah merupakan pandangan dan analisa peribadi saya sahaja berdasarkan maklumat-maklumat yang diceritakan oleh media. Namun ianya saya rasa sudah cukup untuk kita mengambil iktibar di dalam mendidik anak-anak kita. Pendidikan kanak-kanak perlulah seimbang antara kepentingan kehidupan dunia dan juga kehidupan di alam akhirat. Dengan kekuatan iman dan pengetahuan hukum hakam ugama, InsyaAllah, anak-anak kita akan boleh menilai yang mana baik dan yang mana buruk ketika menghadapi sesuatu keadaan yang mungkin menekan perasaan mereka. Sekiranya tiada pengetahuan ugama, maka tidak mustahil mereka kehilangan jati diri & pegangan hidup dan seterusnya sanggup melakukan apa sahaja untuk meneruskan hidup di dalam dunia yang penuh pancaroba ini.
Marilah kita renung-renungkan cerita yang amat menyedihkan ini. Semoga anak-anak atau kita sendiri tidak akan menjadi insan yang suatu ketika amat dibanggakan kerana kepintarannya tetapi akhirnya kecundang ke lembah kehinaan… Na’uzubillah!...

1 comment:
Saya pun nak tahu juga sejauh mana Malaysianya Sufiah ini. Sepekat mana roh Melayu dalam jiwa Sufiah. dan ... paling penting bagaimana pengangan agamanya. Kalau mengikut bekas suaminya punca perpisahan mereka adalah kerana bekas suaminya semakin dekat dengan Islam manakala Sufiah semakin melupakan agama asalnya.
Lihat komen penuh di www.celikhuruf.blogspot.com
Post a Comment