Hampir seminggu bertugas di luar kawasan membuatkan saya terasa amat rindu untuk bermanja dengan suami dan anak-anak. Sesampai sahaja di rumah, terus saya mengajak suami pergi makan durian kerana tiba-tiba sahaja teringin hendak makan raja buah itu. Walaupun suami tidak berapa suka buah durian, dia tetap menurut ajakan saya, mungkin ingin melempias rindu kerana sudah beberapa hari berjauhan agaknya.
Kami pergi makan durian di Salak Tinggi kerana kebetulan kami bercadang hendak terus pergi ke rumah rehat kami di Sepang Putra berhampiran Sepang Gold Coast. Saya dan suami memang suka bersantai di rumah rehat kami itu ketika hujung minggu kerana mahu lari dari hiruk pikuk dan kesibukkan bandar di tempat tinggal kami sekarang iaitu Subang Jaya. Tapi… lain pula dengan anak-anak, mereka selalu agak keberatan untuk turut serta kerana bagi mereka hiruk pikuk & kesibukkan itulah yang menjadi kegemaran mereka. Lebih ‘happening’ kata mereka.
Kekadang saya terfikir juga, mengapa anak-anak muda suka benar dengan hiruk pikuk begitu. Bukan sahaja pada suasana sekeliling, tetapi juga pada irama muzik.
“Apalah mama ngan ayah ni pasang radio nih? Tak rock langsung!” anak bungsu saya selalu komen kalau dia menaikki kereta saya atau suami kerana kami suami isteri suka mendengar saluran yang lebih ‘soft’ musiknya seperti Light & Easy. Sebaliknya, kalau saya menaikki kereta anak-anak, naik pening saya dibuatnya kerana mereka lebih suka mendengar yang ‘hot’ musiknya.
Mungkin, itulah perbezaan antara perasaan kita yang berumur dengan anak-anak remaja. Bagi mereka, “life must always happenings” kalau tidak hidup akan menjadi bosan! Minda akan menjadi tepu kalau tidak ada ‘happenings’, itulah yang selalu dikatakan oleh anak lelaki saya. Terfikir juga di hati, adakah semua anak remaja mahukan ‘happenings’ di dalam mengharungi hidup yang serba mencabar ini?
Namun… saya dan suami tidak akan bertolak ansur dengan pendidikan ugama sebagai tunjang panduan dalam kehidupan. Walaupun kami memberi kebebasan kepada anak-anak untuk menentukan cita-cita mereka sendiri, tetapi kami tidak akan berkompromi di dalam hal-hal yang berkaitan ugama, akhlak dan budi bahasa.
Tidak dapat dinafikan, bahawa mendidik anak-anak remaja pada zaman sekarang ini memang lebih mencabar dari zaman masa saya remaja dahulu kerana keadaan persekitaran, perubahan budaya dan kemewahan yang ada sekarang banyak mempengaruhi cara kehidupan anak-anak remaja. Kalau tersilap langkah, anak-anak remaja akan mudah tersesat jalan, dan akhirnya ibu bapalah yang akan kecewa dan menderita sekiranya anak-anak tidak sampai ke destinasi yang sepatutnya dengan cara yang selamat dan betul.
Apa yang saya katakan ini hanyalah apa yang saya rasakan berdasarkan pengamatan dan juga pengalaman mendidik anak-anak remaja. Mungkin kekawan semua juga mempunyai pengalaman atau pandangan yang boleh dikongsi bersama. Marilah kita sama-sama berkongsi isu yang agak kritikal pada masa ini.

No comments:
Post a Comment