Ketika sampai di pejabat pagi tadi, aku telah dikejutkan dengan sejambak bunga dan sekotak chocolate Ferrera Rocher kegemaranku terhias indah di atas mejaku. Berdetik juga hati bertanya, siapakah gerangan yang memberiku semua ini kerana seingat aku tiada apa-apa yang istimewanya hari ini. Tanpa membuang masa aku segera menyelak kad kecil yang tertampal di jambangan bunga itu lalu membacanya dengan penuh syahdu...
Indahnya Dunia hanya sementara
Indahnya Cinta hanya seketika
Indahnya Mimpi kadang tak pasti
Tapi…
Indahnya Persahabatan sukar di cari ganti!...
Selamat Hari jadi, walau pun agak terlambat mengucapkannya!... (kerana berada di luar kawasan semasa hari jadi mu tempoh hari!)
Hatiku jadi benar-benar terusik dengan kata-kata yang singkat tetapi penuh makna buat ku. Walaupun kami jarang bersua muka, salam di kirim hanya melalui e-mail atau SMS sahaja, tapi dia tidak pernah melupakan hari jadi ku dari mula dia mengenali ku sejak hampir tiga puluh tahun dahulu! Itulah indahnya persahabatan yang sejati...
Wahai sahabatku... akan ku abadikan kenangan indah kita bersama sehingga ke akhir hayatku!... semoga keikhlasan dan kemesraan persahabatan kita akan membawa kita ke Syurga Firdaus yang sering menggamit kita setiap waktu.... InsyaAllah!
Tuesday, April 15, 2008
INDAHNYA PERSAHABATAN
Posted by Nek Cun at 10:40
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
hepi belated birthday kak kam !! May Allah bless you always..
Hai anonymous!... thanks for the wish. May god bless you too...
Post a Comment