Monday, July 4, 2011

Menantu ku Imam Muda... InsyaAllah!...

Ketika berehat seketika sementara mahu masuk kelas kedua pagi tadi, sempat nekcun bersembang dengan beberapa rakan sekumpulan. Banyaklah isu yang timbul, dari isu bersih tak bersih, isu isteri kena dera dan macam-macam isu semasa yang timbul. Maklumlah bila ibu-ibu yang berbual maka banyaklah asam garam yang akan menyedapkan lagi isu yang dibincangkan.

Dalam pada kami sedang rancak berbincang itu, timbul pula cerita pasal hikmah Isyra' Mikraj yang baru berlalu. Memang banyak perkara yang boleh menginsafkan kami serta merta apabila hikmah Isyra Mikraj dibincangkan kerana memang banyak pasal isu wanita yang Junjungan kita Nabi Muhamad SAW ceritakan ketika di dalam Isyra' Mikraj itu.

"Itulah yang paling kita takut ya!.. Janganlah kita termasuk dalam gulungan wanita-wanita yang akan dicampakkan ke dalam neraka!.. Na'uzubillah!.." Kak June berkata.

"Tapi, ingat tak macam ustaz kata tu, sebenarnya orang perempuan ni senang sahaja nak masuk syurga berbanding orang lelaki. Kita jaga solat, jaga maruah diri dan ta'at pada suami / ibu bapa... maka bolehlah kita masuk syurga!.." Kak Gee pula menerangkan.

"Betul!... tapi itulah yang ramai orang perempuan lupa!.. Sedangkan nak tutup aurat pun ramai perempuan yang tak sanggup nak buat, habis camna?..." Ani yang duduk di sebelah nekcun menyampuk. 

"Eeemmm... itulah tu!.. Kekadang tu, semua tu pun sebab ibu bapa yang kurang menerepakan nilai-nilai Islam pada anak-anak. Sepatutnya anak-anak perlu didedahkan kepada syariat Islam yang baik sejak dari kecik lagi, macam cerita Ustaz yang berjaya jadi Juara Imam Muda 2 tu... emak dia didik dia dengan nilai-nilai Islam sejak dari kecil lagi. Walaupun ayahnya telah meninggal sejak dia kanak-kanak tetapi dia boleh jadi seorang insan yang mulia hari ini kerana fahaman Islam yang kuat sudah sebati dalam dirinya sejak awal!.." nekcun ambil peluang menyampuk.

"Betullah!... Hei... sejuk perut emak dia mengandungkan dia!... alangkah seronoknya kalau kita ada anak-anak yang soleh macam tu kan!.." komen Kak June pula.

"Eeemmm... betullah Kak June!.. Saya pun teringin juga nak ada anak jadi Imam macam tu. Walaupun InsyaAllah anak lelaki yang ada ni adalah juga anak-anak yang soleh, tetapi kalau dapat yang bagus macam Imam Muda tu, lagi seronok rasanya!.." Ani meluahkan perasaannya.

"Eeemmm... saya kalau dapat menantu macam Imam Muda tu pun, Alhamdulillah yang amat sangat!... Minta-mintalah anak dara saya nanti dapat jodoh dengan lelaki yang soleh macam Imam Muda !..." nekcun juga mengharapkan hanya baik-baik untuk anak-anak nekcun.

"Hei Hajjah, Imam Muda Hassan  tu masih bujang lagi tau!... So, ada chance lagilah untuk buat calon menantu!.." tiba-tiba Kak Gee mencadangkan sambil tersenyum lebar.

"Betul, betul!... kami semua dah tak ada anak dara, dan Ani pula anak daranya masih kecil lagi, jadi Hajjah sajerlah yang boleh cuba untuk buat calon menantu!.." sambil terkekeh Kak June turut mengusik nekcun.

Kelihatan Ani yang tersengeh dari tadi turut tertawa terkekeh-kekeh.

"InsyaAllah!.. tolong-tolonglah do'a agar saya dapat Imam Muda Hassan itu sebagai menantu. Kalau tak dapat dia, dapat yang soleh dan bijak macam dia pun, jadilah!.." balas nekcun sambil turut tertawa riang kerana nekcun tahu semua kekawan nekcun tu memang suka bergurau.

Walaupun kekawan nekcun mungkin menganggap apa yang dikatakan pada nekcun itu hanyalah satu gurauan, tetapi bagi nekcun itu adalah sesuatu yang memang sentiasa nekcun harapkan dan do'akan agar dapat dikurniakan oleh Allah iaitu anak-anak, menantu-menantu dan cucu-cucu yang soleh & solehah yang boleh membahgiakan, mensejahterakan, menggembirakan, mengkayakan (pahala & amalan yg boleh di bawa ke akhirat) dan memuliakan nekcun dan atok dari dunia sampai akhirat kerana setiap anak Adam itu akan putus segala hubungannya dengan dunia apabila dia mati melainkan 1) Ilmu yang manafa'at 2) Amalan soleh 3) Do'a anak yang soleh & solehah... Wallahualam...

4 comments:

maza said...

uiks.. maza pun masih muda lagi.. org rumah panggil imam muda gak..

psst: maza ada chance tak?

ahaks... hehehe

sayangsayangibu said...

sejuk perut ibu yg mengandung tu
anak sulung sya katanyalah
nak jadi tahfizah,

sal said...

insyaAllah moga Allah memerkenankan doa tersebut..

Nek Cun said...

Maza!... kalau tak ada gaji sepuluh ribu, kereta besaq, rumah besaq... jangan dekat ngan anak mami!...(konon-konon mangajukkan cerita anak mami kembali ler...).. Hehehe...

----

Sayang2ibu... InsyaAllah!.. nekcun pun turut do'akan agar anak sayang2ibu akan jadi tahfizah!... Nekcun tumpang seronok bila ramai anak Islam yang sudah mula sedar sekarang!...

----

Sal, terima kasih di atas sokongan itu. Memang sebagai ibu, kita semua mahukan anak2 yg soleh & solehah kerana itulah salah satu bekalan kita di akhirat kelak!...