Sunday, June 26, 2011

Luas Pandangan, Banyak Kenangan...

Huh!... letih betul bila hampir tiga minggu tak berhenti menjelajah satu Semenanjung!.. Mula-mula dari KL ke Johor, kemudian naik balik ke Melaka dan Negeri 9. Rehat di rumah dua hari, mula pulak ke Perak, Penang, Kedah, Kelantan, Trengganu dan Pahang. Tapi... nak buat macam mana... takut jugak kalau atok pergi sorang-sorang lama-lama macam tu tak ditemankan!.. Kang kalau dia dapat teman lain, lagi haru nekcun dibuatnya!... hehehe...

Di masjid Kristal, K.Tgnu

Kekadang itulah kehidupan kita ini. Ingatkan bila atok dah bersara ni dapatlah lebih masa nak berehat-rehat di rumah sambil-sambil membelai pokok bunga atau ikan di kolam, rupanya masih ada lagi sahabat-sahabat atok yang mahukan atok untuk membantu tugas-tugas mereka di merata tempat. Itu pun rezeki juga namanya kan?.. Jadi mahu tak mahu, sebagai isteri mithali dan solehah (InsyaAllah), nekcun kenalah ikut juga ke mana atok pergi!..

Di masjid Besut / Jertih

Bagi nekcun, ke mana sahaja kita pergi pasti ada hikmah Allah untuk kita. Oleh itu nekcun memang suka bermusafir ni kerana lagi jauh perjalanan lagi luas pandangan, lagi ramai kenalan dan lagi banyak pengalaman yang boleh dibuat kenangan. Biarlah badan letih sedikit tetapi hati tetap tenang dan seronok bila kita dapat menikmati & menghayati keindahan alam kejadian Allah ini ketika kita bermusafir walau di mana jua... 

4 comments:

izman said...

menarik tu nekcun, even meneman atok tapi dapat berjalan2 merehatkan minda. may be selepas ni keluar novel baru pulak.

sayangsayangibu said...

seronok dapat jenjalan berdua tu
teman2 makan2...
tp memang penat.

maza said...

nekcun.. jenjalan tapi masyuuukkk amatlah berbaloi gitew..

tak gitwe nekcun.. ahaks..

Nek Cun said...

Izman, InsyaAllah... tengah dalam proses final touching nih!... hehehe..

----
Sayang2ibu, memang seronok kalau berjalan2 dengan atok walaupun penat... boleh manja2 gitu... hehehe...

-----

Maza, alaah... masyuuukk orang dah pencen ni tidaklah sebanyak orang yang dapat tepat tiap-tiap bulan tuh!... tapi, apa-apa pun Alhamdulillah rezeki yang Allah beri tu...