Tuesday, May 25, 2010

Malam Santapan Amal Nur-Kasih


Pada Ahad malam semalam, seronok betul nekcun dapat jemputan dari Yayasan Nur-Karangkraf untuk turut sama memeriahkan malam Santapan Amal Nur Kasih di Dewan Merdeka PWTC yang telah diserikan dengan kehadiran Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah dan juga Dato’ Seri Shahrizat Abd. Jalil.

Yayasan Nur-Karangkraft yang ditubuhkan pada tahun 2002 adalah untuk membuka ruang kepada semua para karyawan Kumpulan Karangkraft untuk melibatkan diri dengan kerja-kerja amal bersama masyarakat.

Alhamdulillah, sebagai salah seorang novelis di Buku Prima, salah satu syarikat penerbitan anak syarikat Kumpulan Karangkraft, tidak secara langsung nekcun juga telah dijemput sama untuk memeriahkan majlis santapan Amal Nur Kasih itu.

Kemuncak di majlis santapan amal itu adalah penyampaian sijil-sijil kepada penderma dan juga penyampaian dana dari wakil penderma. Disamping itu ialah majlis penyampaian sumbangan dana kepada ibu-ibu tunggal yang disempurnakan oleh SPB Raja Permaisuri Agong.

Bagi nekcun, malam itu bukan sahaja seronok kerana dapat makan sedap, tetapi apa yang lebih seronok adalah apabila dapat bertemu dengan beberapa novelis-novelis lain dari Alaf21 dan juga Buku Prima.

Eeemm… kalau dah novelis bertemu novelis, maka… apa lagi.. keluarlah segala madah-madah indah dan gurau senda yang membuatkan kami semua sentiasa tak kering gusi.

Sekali sekala dapat bertemu rakan-rakan seperjuangan begitu memang seronok. Bagi nekcun apa yang seronok sangat ialah apabila bertambah lagi sahabat handai dan bertambah luas lagi ikatan Siratul-rahim antara kita sesama insan, itulah yang paling menyeronokkan.

p/s: Kepada semua pihak pengurusan Buku Prima, terima kasih kerana menjemput saya ke malam amal yang amat meriah itu.

8 comments:

maza said...

erk! nekcun tak tapaw ke untuk maza sikit.. huhuhuhu

jeles tul lerrr.. uwakkkkk

chekdenoor said...

Salam,

aha....ini tandanya... nekcun sudah tergolong dikalangan novelis yang berjaya...... tahniah....

Dapat jadi kawan nekcun seorang novelis berjaya pun ...chekdee dah rasa bertuah dan berbangga...... hehehehehe

Novel chekdee ...dah terhenti hampir setengah tahun.... dok kat ms 50.....tak gerak-gerak dah ni..... heheheheheh

noorlara said...

tumpang gembira dengan kegembiraan nekcun tu

Nek Cun said...

Maza... malulah nak tapaw sebab tengok orang lain sume jaga bandan... nantilah, lain kali nekcun tapawkan untuk maza yek!... hehehe...

Nek Cun said...

Chekdee...jangan putus asa... teruskan menulis... mana tahu satu hari nanti keluar juga novel chekdee tu... dulu ada TC ajer, tapi sekarang dah ada biscuits plak... (sorry tak ingat nama kedai chekdee yg buat biscuits tu...)Itu adalah tanda satu kemajuan yang memberangsangkan tu...
Seronok tengok kekawan maju dalam perniagaan... sekurang-kurangnya kita tak payah dah pi kat 'depa-depa' yang dok control semua ekonomi tu dulu sebab orang kita pun dah ada jual semuanya sekarang ni!... semoga chekdee terus maju...

p/s: Last week Cu Nabilah datang umah sbb hantar anak dia masuk asasi di UM. Tak sempat nak beritahu Chekdee...

Nek Cun said...

Noor Lara, terima kasih di atas ucapan... La ni teringin nak jumpa noorlara plak!... hehehe...
Semoga kita dapat bertemu satu hari nanti ya!

Tie said...

Alhamdulillah.. semoga Nekcun terus berjaya dalam penulisan.. :)

en_me said...

sonoknyerr nek cun ittewww.. ehehe