Wednesday, April 21, 2010

Janganlah Bersedih...

Nekcun seronok sangat sekarang kerana baru dapat kumpulan baru untuk kelas ugama. Walaupun sebenarnya tiap-tiap hari ada kelas yang diajarkan oleh ustaz-ustaz yang berlainan tetapi nekcun hanya masuk 3 hari sahaja seminggu kerana ada urusan lain pada hari-hari yang lain.
Pada hari yang mula nekcun masuk kelas tu, ustaz tu mengajar tajuk “Menjadi Kekasih Allah”. Ustaz kata salah satu sifat yang Allah amat suka adalah sifat SABAR. Untuk menjadi kekasih Allah, kita perlu mempunyai sifat sabar kerana sifat sabar ini akan banyak membantu manusia kepada kebaikan.
Dalam satu segment bila mana ustaz member contoh sifat sabar ini, nekcun bagai nak tegelak bila ustaz kata suami-suami yang sabar mendengar isteri mereka berleter akan dapat pahala. Para muslimat iaitu kekawan nekcun yang lain dalam kelas itu pun semuanya tertawa geli hati, mungkin terfikir kerana kena batang hidung sendiri, termasuklah nekcun sendiri... hehehe...
Sebaliknya, nekcun lihat para muslimin yang ada di dalam kelas itu hanya mengangguk-ngangguk dan tersenyum-senyum, mungkin sedang mengira pahala yang mereka perolehi selama ini kerana sabar mendengar leteran isteri masing-masing. Ustaz juga kata, berleter itu sudah jadi fikrah orang perempuan, jadi suami-suami perlulah memahami fikrah isteri mereka kerana lelaki juga ada fikrah mereka sebagai lelaki. Maka isteri juga kenalah memahami fikrah lelaki dan perlulah menerima suami-suami mereka seadanya.
Semalam pula, nekcun masuk kelas mengenai Terjemahan Hadis dan satu kelas lagi mengenai tajuk “Jangan Bersedih”.
Sebenarnya, memang banyak yang nekcun terlalai selama ini. Bila sudah masuk kelas begitu, barulah tersedar betapa kerdilnya diri ini di sisi NYA. Terlalu banyak yang telah nekcun abaikan sehinggakan dirasakan bagai tidak terkejar untuk melengkapkan diri ini supaya sentiasa mendapat Rahmat, Berkat dan kasih sayang dari NYA.
Namun… seperti yang ustaz kata… masih belum terlambat untuk kita mencari ilmu, melengkapkan diri dengan amalan soleh, mencuba sedaya upaya untuk menjadi kekasih NYA dan Jangan Bersedih menghadapi hari mati yang pasti akan datang jua…
Semoga kita semua akan sentiasa mendapat Rahmat dan keberkatan hidup di dunia dan akhirat. Berpesan-pesanlah walaupun hanya sebaris ayat.

Wednesday, April 14, 2010

Tabiat yang sajer seronok-seronok...

Lepas mengadakan ‘business meeting’ dengan sebuah syarikat consultant di jalan Ampang semalam, nekcun singgah di Suria KLCC untuk window shopping.
Sebenarnya nekcun bukannya nak shopping sangat kerana dah tengah-tengah bulan ni… faham-faham sajerlah!... hehehe… tapi nekcun singgah juga kat situ sebab nak singgah kat boutique Braun Buffel. Nekcun nak check harga beg yang anak nekcun hadiahkan pada nekcun semasa harijadi nekcun minggu lepas.

Huh!... nekcun menelan air lior bila tengok banyak nombor ‘0’ nya pada harga beg itu yang juga adalah design terbaharu atau pun ‘new arrival’. Nekcun jadi terharu kerana anak nekcun yang sorang ni sanggup membelanjakan wangnya sebegitu hanya untuk membeli hadiah harijadi nekcun setiap tahun. Tidak kurang juga anak-anak yang dua orang lagi tu… macam tu jugak. Alhamdulillah... semoga semua anak-anak nekcun menjadi anak yang soleh & solehah.

Sebenarnya, nekcun ni tidaklah berapa suka sangat membazir-bazir duit hanya untuk sambutan hari jadi dan sebab itulah nekcun tak pernah pun ingatkan anak-anak atau atok pasal harijadi. Tetapi nekcun jadi terharu sangat bila mereka tidak pernah lupa dan selalu memberi hadiah yang memang kena dengan citarasa nekcun pada setiap harijadi nekcun.

Balik cerita pasal handbag tu… atok selalu perli nekcun suruh lelong sajer semua handbag dan kasut-kasut nekcun kerana dah tak cukup almari nak simpan. Store tempat simpan kasut pun dah penuh dengan warna yang sama dengan handbag. Kekadang tu berdesing juga telinga nekcun ni… tapi sabar ajerlah!...




<< >> Antara beberapa koleksi handbags & kasut nekcun...

Nekcun ni bukannya aper… dah jadi tabiat nekcun dari muda dulu sampai sekarang (sekarang pun masih muda lagi!... hehehe… perasanlah pulak!...) memang suka sangat pakai sedondon dari atas sampai ke bawah. Maknanya, kalau baju merah, tudung merah, handbag merah dan kasut pun mesti merah!... Nekcun merasakan ada satu macam kepuasan kalau dapat mengenakan warna sedondon begitu.
Disamping tabiat yang itu, nekcun juga amat sayang pada semua barang-barang tu… contohnya ada handbag ‘Bally’ nekcun yang atok beli ketika ke Europe hampir sepuluh tahun dulu tetapi masih nekcun simpan kerana keadaannya masih cantik dan elok. Lagi pun design ‘Bally’ sekarang dah tak sama dengan yang dulu.
Iyalah… mungkin disebabkan nekcun selalu bertukar-tukar handbag dan kasut kerana mengikut warna baju, maka jaranglah satu-satu handbag / kasut itu digunakan, dan sebab itulah barang-barang tu tahan lama…
Sebenarnya nekcun ni tidaklah memilih sangat dalam membeli handbag dan kasut ni… nekcun tidak terikat pada satu-satu jenama sahaja sebaliknya nekcun akan beli kalau ianya menarik minat nekcun dan bersesuaian pula dengan warna baju yang nekcun ada… dan nekcun juga membelinya di merata tempat di mana sajer yang nekcun jumpa tak semestinya mesti di boutique, sehinggakan kalau nekcun mengikut atok samada ketika bercuti atau atas urusan rasmi ke merata tempat di alam maya ini, atok selalu memperli nekcun supaya tak payah bawa handbag semasa nak pergi kerana dia tahu bila balik nanti pasti dua tiga handbag yang nekcun beli dan tak tahu yang mana nak pakai… nekcun pekakkan telinga sajerlah bila atok perli macam tuh!... hehehe…
Pasal harga… takpayahlah nekcun sebutkan… kerana macam yang nekcun kata, kalau nekcun dah suka, mahal macam mana pun (kalau dapat yang murah atau diskaun banyak - lagi best)nekcun akan beli juga… lagi pun nekcun selalu fikir... kita dah kerja terok-terok cari duit, sesekali berbelanja sakan untuk memuaskan hati sendiri, apa salahnya!... Bagaimanapun nekcun tidak akan berkompromi dari segi kualitinya!... sebab itulah banyak handbag dan kasut nekcun yang dah bertahun-tahun masih elok dan cantik-cantik lagi keadaannya…
Kekadang nekcun pun tak tahu sampai bilalah agaknya nekcun boleh membuang tabiat suka mengenakan warna sedondon ni!... tapi apa yang pasti… nekcun akan rasa puas kalau dapat warna sedondon… Siapalah yang nak barang-barang aku ni kalau aku dah mati nanti?... ada juga kekadang tu nekcun terfikir begitu...
Tak tahulah… ada ke kekawan yang mempunyai minat atau tabiat 'gila' macam nekcun ni?... kalau ada, mari kita buat persatuan wanita dengan warna sedondon, nak tak?... Jadi… tidaklah nekcun sorang-sorang ajer… adalah gak kawan-kawan yang suka habiskan duit suami macam nekcun hanya untuk mendapatkan warna sedondon!... sesekali apa salahnya? Seronok juga kan?... hehehe….
p/s: Pesanan untuk para isteri... elok kita belanjakan duit suami kita dulu sebelum perempuan lain belanjakan duit dia nanti... hehehe.... (sekadar seronok-seronok!... abe-abe jangan marah yeh!...)

Tuesday, April 6, 2010

Perlukah motivasi dalam diri sendiri?...



Memandangkan nekcun masih bercuti hari ini, pagi-pagi lagi nekcun ambil kesempatan untuk ke gymnasium di Kelab. Kebetulan ada 3 orang lagi kawan-kawan nekcun yang selalu nekcun jumpa di Kelab juga ada datang untuk melonggarkan urat saraf di gym. Bertambah seronoklah kami meneroka semua peralatan yang ada di situ kerana hanya kami berempat sajer yang ada pagi tadi.
Lebih kurang lebih sejam kami berusaha mengeluarkan peluh, kami berempat pun berehat-rehat di coffee house sambil minum-minum melepaskan lelah.

“Hei Hajjah… bila nak cuti terus ni?... boleh kita jumpa tiap hari macam ni?... seronok sikit bila ada ramai cam ni kita nak bersembang dan bergelak ketawa!...” Datin J membuka bicara.
“Tak lama lagi… lepas tu, bolehlah join you all selalu camni… tapi tidaklah tiap-tiap hari macam Datin sebab saya ada kerja lain yang nak diuruskan, kalau tak… susah pulak bila fulus maflus tak masuk!... lainlah Datin, tak payah kerja pun duit berkepok-kepok dalam bank!..” balas nekcun sambil tertawa mengusik mak datin yang sporting tuh!...
“Betul kata Hajjah tu… saya pun kekadang tu teringin nak datang tiap hari tapi ada commitment lain yang perlu dibereskan, jadi bila sempat ajer nak datang sini!...” sampok Mdm. Khor sambil menghirup Nescafe nya.
“Saya pun bukanlah tiap-tiap hari… tapi boleh dikatakan selalulah… at least 3 atau 4 kali seminggu tu, mesti datanglah!... kalau tak buat macam tu, memang susahlah kita nak buat exercise untuk jaga kesihatan!... Dah umur-umur macam kita ni… ini sajerlah exercise yang kita mampu buat!..” ujar Datin J.
“Iyalah Datin… saya kekadang tu… cuba gak nak pergi jogging macam bebudak tu, tapi asyik kena tinggal belakang ajer sebab mereka jogging bukannya pelahan-pelahan macam kita… jadi kat gym ni ajerlah saya nak melepas geram untuk keluarkan peluh!...” cerita pulak Puan Ummi.
“Kalau datang hari Sabtu dan Ahad, ada instructor tau!... seronok juga bila dia boleh tunjuk ajar kita buat exercise cara yang betul!...” Mdm Khor memberitahu.
“Oh!... budak lelaki yang kurus-kurus tu yer?...” Datin J bertanya.
“Hah!... dialah… dia tu qualified instructor tau!... “ tambah Mdm Khor
“I pernah minta dia ajar masa I datang one Saturday afternoon tu… okey lah dia tu… Dia banyak tunjuk apa peralatan yang elok untuk gulungan umur-umur kita ni dan macam mana nak buat exercise yang mudah mengeluarkan peluh!... cumanya… nanti bila kita buat exercise yang terkangkang sana terkangkang sini… malu pulak rasanya sebab dia tu lelaki!...” ujar Puan Ummi pula.
“I pun kekadang tu, rasa malu camtu jugaklah bila instructor lelaki ni… lebih-lebih lagi kita ni yang banyak ‘spare tyre’ sana sini, takut dia yang tak gamak nak tengok kita terkangkang sana terkangkang sini ketika buat exercise tuh!...” balas nekcun menyokong kata-kata Pn. Ummi.
“Hah… camna kalau kita pakat-pakat cari instructor perempuan!... senanglah sikit… tak gaduh nak malu pasal tak tutup aurat semasa buat exercise!...” Datin J mencadangkan.
“Elok juga!... saya suka jugak tuh!... how about you Khor?” Pn. Ummi bertanya.
I no problem… as long as ada geng macam you all, I okey sajer!...” jawab Mdm Khor sambil tersenyum.
“I pun no problem… kalau dah ada instructor perempuan bolehlah selalu datang… lagi pun, kalau kita dah jemu buat exercise kat gym, mungkin kita boleh lajak pula buat erobik!...” nekcun pula mencadangkan.
“Hah!... that’s good… okey, lepas ni saya akan cuba contact kekawan lain dan sementara tu, you all cuba-cubalah cari instructor yang boleh ajar kita…” ujar Datin J mensetujui.
“Kalau tak silap I, dah ada satu group yang selalu buat erobik kat sini… nanti I cuba find out dan tanya kalau kita boleh join mereka, lagi baik!...” Mdm Khor memberitahu.
“Oh iya ke?... then, it’s better kalau kita boleh join mereka cumanya… takut masa mereka tu tak berapa fit dengan masa kita… anyway, you cuba find out lah Khor… kemudian kita bincang lagi apa nak buat sebab buat exercise ni kita kena buat ramai-ramai baru ada motivasi dan rajin nak buat. Lebih-lebih lagi kalau perempuan umur-umur kita ni!... Kalau sorang-sorang camni, mulalah kekadang buat kekadang tidak!... akhirnya azam tinggal azam sajerlah!... Betul tak?...” Datin J memberi pendapatnya.
“Ya!... betul!.. eloklah kita semua pakat-pakat buat exercise untuk menjaga kesihatan kita… dan mungkin juga akan dapat membantu kita mencantikkan bentuk badan kita supaya suami-suami kita tak akan tengok pompuan lain pulak!” tambah Puan Ummi sambil ketawa berdekah-dekah.

“Betul!...betul!...” kami bertiga yang lain serentak menjawab sambil meneruskan menikmati minuman kami dan berbual-bual lagi buat seketika sebelum kami menuju haluan masing-masing balik ke rumah.
Nekcun ceritakan semua ini bukanlah apa-apa tetapi hanya nak berkongsi dengan kekawan yang kekadang tu kita akan boleh jadi lebih bermotivasi untuk melakukan sesuatu itu apabila kita lihat orang lain telah melakukannya. Kalau tidak ada motivasi, kita tidak akan mudah melakukan sesuatu walaun pun kita tahu perkara itu banyak memberi kebaikan kepada kita semua.
Nekcun percaya… “self-motivation is the best way to motivate others!”