Tuesday, March 23, 2010

Pelajaran Sex vs Kejadian Manusia

Nekcun agak teruja untuk masuk campur bila isu pelajaran sex yang sedang hangat diperkatakan sekarang. Semua yang terlibat asyik bersoal-jawab samada pelajaran sex perlu di ajar disekolah-sekolah atau tidak. Tetapi… apakah objektif pelajaran tersebut perlu diajar kepada pelajar-pelajar sekolah? Itulah nyang sepatutnya lebih dititik beratkan daripada samada ia perlu ada atau tidak.

Bila sebut pasal pelajaran sex, apakah agaknya yang mula-mula terfikir di kepala pelajar-pelajar sekelian? Nekcun rasa kita semua pun tahu kan?... Elok-elok bebudak tu tak tahu apa-apa, langsung teruja nak tahu, macam mana nak buat!... sehingga ada satu kartun humour yang nekcun pernah tengok mengajuk bahawa akan ada pelajar yang minta cikgu buat demo, apakah itu hubungan sex!... tak ke haru jadinya!...

Jadi, bagi nekcun pihak yang berkuasa perlu befikir macam mana nak menjadikan pelajaran itu kepada satu pelajaran yang akan memberi menfa’at walau pun hanya melalui sebutan sahaja. Nekcun selalau terfikir, tidak bolehkah pelajaran sex itu disebut sebagai ‘Pelajaran Kejadian Manusia atau Pelajaran Kesihatan Manusia”.

Di dalam pelajaran itu, pelajar-pelajar perlu didedahkan bagaimana manusia itu boleh terjadi. Tonjolkan bagaimana kejadian manusia yang betul mengikut hukum ugama, kejadian manusia dari sumber yang bersih dan suci. Tekankan juga dari sudut kerohanian bahawa apabila manusia terjadi dari benih yang suci maka akan suci jugalah hati dan rohaninya dan dengan itu akan elok jugalah akhlak dan keturunannya.

Dalam ‘Pelajaran Kejadian Manusia atau Kesihatan Manusia’, pelajar juga perlu didedahkan kepada bahayanya kalau manusia atau janin yang terjadi dari hubungan yang salah. Pertamanya dari segi hukum ugama dan keduanya dari segi kesihatan dan resiko yang akan di alami oleh perempuan yang mengandungkan janin itu. Dengan itu, ianya akan memberi kesedaran kepada anak-anak remaja bahayanya hubungan sex yang tidak mengikut hukum yang dihalalkan atau dibenarkan oleh ugama, tak kiralah ugama apa sekali pun kerana semua ugama melarang hubungan sex luar nikah.

Pelajaran sahaja juga tidak mencukupi sekiranya factor ransangan luaran lebih mempengaruhi anak-anak remaja ini. Oleh itu, peranan ibu bapa juga perlu di dalam mengawasi anak-anak remaja mereka dari terjebak ke dalam kancah sex bebas ini seperti hindarkan CD-CD lucah atau pun control the accessibility dalam internet kerana ada system yang boleh mengawal tinjauan internet ke website-website tidak senonoh itu.

Kekadang nekcun setuju juga dengan tindakan Kerajaan China menghentikan pengloporan Google ke dalam negara mereka bagi memastikan hanya internet contents yang bersih boleh di access di Negara itu. Kalau Malaysia pun boleh berbuat begitu, nekcun rasa tidaklah anak-anak remaja kita ini akan terdedah kepada unsur-unsur yang negative itu.

Nekcun tambah bimbang bila membaca satu article dalam surat khabar STAR di bawah Other News & Views (22/3/2010) yang menyatakan dalam tahun 2009 sejumlah 17,300 bayi dari anak Melayu yang lahir akibat dari hubungan luar nikah. Astagfirullahalazim… apa nak jadi ni…

Tambah sedih lagi bila Director General dari JPN – Datuk Alwi Ibrahim mengatakan sejumlah 74,723 bayi luar nikah anak-anak Melayu atau Muslim telah dilahirkan sejak 5 tahun lalu… bayangkanlah apa akan jadi dalam 10 atau 15 tahun lagi… adakah kita boleh yakin yang anak-anak atau cucu-cucu kita akan berkahwin dengan insan-insan yang suci keturunannya kelak?... Nauzubillahminzalid…

Apakah kemajuan dan kemodenan hidup yang dikejar oleh semua orang sekarang ini sudah tidak perlu lagi berpegang kepada hukum ugama?... Eemmmm…. Takut nekcun nak menghadapi hari-hari yang mendatang ini….

p/s: Mungkin nekcun ni ortodok sikit di dalam mendidik anak-anak… harap kekawan janganlah berkecil hati atas luahan nekcun di atas itu…

8 comments:

dkama said...

Banyak perkara kita kena fikirkan balik nek... ni semua adalah dividen dari apa yang kita dah laburkan dulu... ehm sebenarnya sistem pendidikan kita sepatutnya mengasingkan antara pelajar lelaki dan perempuan... tapi kita dah memang belajar dalam situasi yang berdosa pon... dari tadika lagi dah bercampur gaul... PEACE...

Nek Cun said...

Dkama, kalau sekolah perempuan dan lelaki diasingkan, akan jadi perkara lain pulak... macam-mcam gak yang kita dah dengar bila perempuan dengan perempuan sahaja atau lelaki dengan lelaki sajer... eeemmm... semuanya menakutkan!...

maza said...

wah nekcun, karangan STPM cecah 360 patah perkataan.. hehehe cayalah. heheheh

tetiba aje bila nekcun usulkan nama diubah pelajaran sex ke ilmu kejadian manusia.

dulu2 maza pernah belajar dlm kelas pasal ilmu kesihatan dan tatarakyat!

rasanya elok sangat cadangan nekcun itew.. hehehhe

hidup nekcu! hidup nekcun! heheheh

Tie said...

Ooo... betul tu Nekcun.

Elok masukkan dalam subjek sains...

nin said...

stuju dgn nekcun, baik tukar tajuk jd kejadian manusia @ kesihatan, lg byk manfaat.

tgk tajuknya saja "pelajaran sex" telah bt bdk2 remaja ni teruja lntas mau dprektikan sudahnya keluarlah ank2 luar nikah n btambh lag kes pmbuangan ank @ pbunuhan bayi2 yg x bdosa..

klu kejadian manusia kita kaji cmne kejadian manusia, betapa bsrnya kuasa Allah n mjdikan kita lg kerdil. bagaimna boleh dtgnya pnyakit jika pbuatan yg salah dsb.. harap2 pihak yg sepatutnya ble bfikir sblm sesuatu pembelajaran itu di masukkan dlm subjek sek..

izman said...

saya rasa tak berapa setuju, tapi kena tgk contents jugak.

chekdenoor said...

Salam,

Chekdee pernah mengajar student dikelas paling corot. Mereka tu belajar...memang mals....so bila exam science......99% jawapannya tak bertulis...tapi kebetulan adalah satu soalan tentang melebelkan organ wanita dan lelaki yang terlibat dalam penghasilan anak...... waduh.....bahagian tu cam hampir semuanya cuba menjawab dan ramai juga yang betui.......hmmmm.... yang malas belajar pun jadi rajin kalau bincangkan tentang sex......

JiJie said...

Kak Kam...ada posting khas untuk kak kam..check it out..hehe