Tuesday, October 6, 2009

Menggamit Syurga Firdaus...



Natasha dan Zaimir setia membajai cinta pertama dan segalanya bagaikan sempurna. Malang sekali cinta mereka kecundang kerana badai takdir yang melanda dan akhirnya kasih yang membunga terlerai diragut tragedy hiba.

Natasha berkelana meneruskan kehidupan. Hatinya tawar untuk menerima sebarang cinta lain. Baginya Zaimir tiada bandingan dan cinta Zaimir terlalu agung sehingga tiada siapa yang mampu menandinginya.

Tetapi, haruskah Natasha menyisihkan setiap cinta baru yang hadir?

Dilema Natasha bertambah keliru apabila jodohnya dengan Firdaus, lelaki yang tidak pernah dikenali sama sekali, yang diaturkan oleh kedua orang tuanya. Tiada daya lagi Natasha menolaknya, demi untuk tidak menjadi anak derhaka.

Hati yang resah bertambah kusut apabila sekali lagi Natasha diuji dengan kehadiran lelaki yang persis Zaimir.

Iskandar, jejaka tampan yang sudah beristeri seakan sengaja pula mencuri peluang yang ada. Sesekali Natasha terbuai oleh kenangan silam yang sering bertandang, apatah lagi dalam terpaksa dia juga harus berdampingan dengan Iskandar.

Perjalanan cinta Firdaus memburu mahligai kasih bersama Natasha bertambah rencam apabila dia sering diuji dengan pelbagai dugaan.

Teka-teki di sebalik hubungan sebenar Firdaus dan Natasha mengundang pelbagai prasangka kawan dan juga lawan.

Pengertian cinta Firdaus hanya mampu ditafsir oleh Natasha kerana jawapan kepada syurga idaman ada di tangannya.

Dapatkah Natasha menyulam cinta bersama Firdaus atau pun memilih Iskandar sekadar untuk melempiaskan cintanya kepada Zaimir?

Hanya Menggamit Syurga Firdaus mempunyai jawapannya!...

3 comments:

chekdenoor said...

Salam,

Waduh dah mula terbit ker buku tu....hmmm nak beli lah buku ni....

Tahniah ya nekcun.

maza said...

aduhaii nekcun.. dah keluar lagi sebuah bukunyer.. huhuhuhu

maza sampai sudah tak lahir2 lagi bukunya.. asyik terpegun, terjeda, dan bila nak mula semula asyik tersenggut2 aderkk lah haiii kanzz.. huhuhu

tahniah nekcun... nanti saya dapatkan copynyer yea... hehehe

Tie said...

Ooo...Tie tak sempat nak habiskan cerita ni. Kena pulang ke library. Sekarang ni sibuk laa...tak tahu la apa yang Tie sibuk ni, macam tak cukup masa je....