Tuesday, October 20, 2009

Inilah Bicara Hati...



Dalam nekcun tengah sebuk-sebuk mencari beberapa dokumen yang telah nekcun sediakan kerana pagi tadi nekcun dijemput untuk memberi ceramah on 'career counseling' di Universiti tersohor Malaysia (apa lagi kalau bukan UM...), mata nekcun tiba-tiba tertangkap sehelai kertas warna merah jambu yang diselitkan di antara fail-fail yang berlambak di kabinet di sebelah meja nekcun.

Tanpa berlengah nekcun membuka dan membacanya. Raaauu!.. hati nekcun jadi bergetar kerana terkejut dengan isi kandungan yang tertulis di kertas itu... Lagi sekali hati nekcun jadi 'suspence' kerana tidak tahu siapakah penghantarnya!...

Bagaimanapun, suka nekcun nak kongsi apa isi kandungan nota yang nekcun terima itu dengan kekawan... semoga kalau sipengirimnya ada membaca N3 nekcun ini, ketahuilah bahawa nekcun amat menghargainya namun nekcun tidak mampu untuk membalasnya!... ma'afkan daku!...

Inilah Bicara Hati:

Aku dalam satu perjalanan
Melihat satu keindahan
Umpama ada satu imbauan...
Indah segalanya bak pelangi selepas hujan

Sayang perlu ada ketulusan hati
Kesetiaan memerlukan kepercayaan
Persahabatan menuntut pengorbanan
Ta’at setia tidak bererti jika berbelah bagi
Kebahgiaan memerlukan ketenangan jiwa
Ini semua bicara hati
Antara kita yang sentiasa mengerti

Biar ku katakan setulus hati
Untukmu yang lebih mengerti bicara seni
Hati dan perasaan ini telah kau curi
Sejak itu menjadi igauan dan mimpi

Akan ku biar ia terus bersemi
Selagi ada bulan dan matahari
Hanya kau yang akan ku nanti...

9 comments:

abu muaz said...

Nekcun. Hantarkan bicara hati ini pada anak laut. Tahulah dia menjawabnya.

Tie said...

Uwaaa.... secret admirer tu!!

Hati-hatilah Nekcun. Takkan dia tak tahu yang Nekcun dah lama berpunya.. Dia nak duga, kot.

maza said...

huhuhu

cinta sampai ke tua pun ditagih.....kanzz. hehehe

cuma makna cinta tu dan kepada siapa barangkali agak berbeza dari zaman muda2 dulu kanzz... hehee

nekcun sudah lama occupied, dari tegang sweet nineteen membawa ke hari ini. tapi tetap istimewa gitew. ada magnet kaedahnya kot!? wakakakaka

nin said...

de yg admire ngan nekcun ni, msti d kalangan yg rapat klu x kan ble tselit antara file... hmmm.. bhati2 nekcun.. msti dia selalu phatikan nekcun..

Nek Cun said...

Salam Abu Muaz... camna nak hantar pada anak laut? Tak ada address pun!... hehehe...

---

Tie.. Entahlah!... nekcun pun pening gak ni... rasa rimas lak sekrang ni, takut ada orang sengaja nak pekena nekcun agaknya!... Dia tak nampak ke yang nekcun ni dah nenek, kalau anak dara sunti tu, lainlah kan?... Mesti orang tu rabun agaknya!... hehehe...

---

Maza... kaedahnya senag jer... 'hati mau baik beb!.. senyum mesti selalu terukir di bibir!...' hehehe...

---

Nin... tak tahulah nekcun!... mungkin juga orang yang selalu melihat nekcun agaknya, tapi... kalau mereka yang selalu ngan nekcun di ofis tentu dah tahu perangai nekcun yang garang sampai ada staff yang gelarkan nekcun 'tigeress!'... Masih adakah orang yang sayang pada wanita yang garang macam nekcun nih?... hehehe...

---

Nin said...

hehehe..sbb garang la mngamcam... tpi selalunya org yg garang ni hanya dluaran, tpi sbnrnya baik hati n penyayang cuma kita x tau nk tunjuk. kita kt HR kena de sikap yg tegas coz kita kna comitted ngan keje n kes2 yg nak kena handle.. nmpak HR cm mudah than sapa yg dh masuk dlm HR tau cmne situasinya..pepun HR mmg best department n ble mematangkan kita..

abu muaz said...

http://akudiadanlagu1.blogspot.com/

Sulela said...

Nekcun ada peminat yeee...ekekeke

chekdenoor said...

Nekcun.....entah-entah...ceramah nekcun yang anak chekdee, naimah joint baru-baru ni ...... dia ada citer tentang seorang penceramah yang cun.....tapi dah jadi nenek..... ukhussss.... Kata naimah lagi.....nenek tu muda sangat......waduhhhh.....

Dia join ceramah tentang kerjaya sebab next semestar dia ada praktikal......