Monday, September 28, 2009

Bagaimana kita menyambut Hari Kemenangan?

Huh!.. lega rasanya bila dah selamat sampai kembali ke rumah setelah seminggu berhari raya di kampong halaman. Memang beraya bersama keluarga dan saudara mara semua adalah sesuatu yang amat menyeronokkan, lebih-lebih lagi apabila semua orang yang disayangi ada bersama kita.

Namun… tidak semua orang dapat bergembira di hari raya!... ramai juga di antara kita yang kesedihan di hari raya apabila orang-orang yang disayangi tidak kunjung tiba, tetapi apa yang tiba hanyalah jenazahnya sahaja kerana kemalangan jalanraya!...

Sekiranya itu berlaku, siapakah yang harus disalahkan? Jumlah kematian akibat kemalangan jalan raya setiap hari Ops sikap meningkat!... Eeemmm... setiap tahun, itulah tajuk utama yang dimuatkan ke telinga kita apabila tiba cuti hari raya!... Adakah itu menandakan Ops sikap itu tidak berjaya merubah sikap pemandu-pemandu kita?... Jadi buat apa dinamakan Ops Sikap?... Eloklah ianya ditukar kepada Ops Bunuh Diri atau Membunuh Orang Lain!.. barulah agaknya semua orang terfikir untuk berhati-hati ketika memandu.

Eeemmm... entahlah... nekcun memang malas nak cakap bila cerita pasal pemandu yang tidak berhati perut ni... Banyak kali juga nekcun dan atok terkena dengan mereka-mereka ni ketika sepanjang perjalanan balik kampung dan ketika balik kembali ke rumah.

Contohnya semasa di highway utara selatan, nekcun nampak satu bas express tu lajunya mengalahkan kereta kita ni... dah tu jalan di tengah-tengah dan kekadang ke kanan ke kiri sesuka hati dia untuk memotong kereta lain. Bayangkan, kalau kita kereta yang lajunya 110 km sejam pun boleh dipotongya, jadi berapakah kelajuan bas express itu? Cuba bayangkan kalau dalam kelajuan begitu, tiba-tiba tayarnya pancit... sudah tentu pemandunya tidak dapat mengawal pemanduannya dan akibatnya mungkin akan membahayakan kenderaan lain yang berhampiran dengannya!... Bukankah ini satu penginyaan namanya.

Berbalik pasal menyambut Hari Raya... macam-macam cara orang kita menyambut Hari Raya ini. Macam nekcun sendiri, memang telah menjadi resam kami sekeluarga bahawa kami akan tinggal di hotel sepanjang berada di kampung halaman. Bukan tidak mahu duduk di rumah mertua, tetapi oleh kerana ramai sanak saudara yang balik berkumpul di rumah mertua ketika cuti hari raya, maka nekcun sekeluarga selalu mengalah dengan tinggal di hotel, tetapi tetap pergi menziarahi rumah mertua setiap hari dan masa. Balik hotel hanya untuk mandi, solat dan tidur sahaja.

Tetapi, nekcun rasa sedih betul bila ada perkara yang tidak sepatutnya berlaku ketika kita bergembira kerana menyambut kemenangan setelah sebulan berpuasa tetapi telah dicemari dengan perbuatan yang tidak bermoral oleh sesetengah umat Islam sendiri. Contoh yang amat menyedihkan ialah kes pilu seorang suami yang mendapati isterinya ditangkap berkhalwat di sebuah hotel di utara tanah air. Lebih menyedihkan, wanita itu ditangkap dengan lelaki bukan Islam. Ini terang-terangan betapa rapuhnya iman seorang muslim yang mudah tergoda dengan janji manis yang didorong oleh syaitan!

Sepatutnya, dalam bulan baik hari baik ini, kita disunatkan lebih banyak bertarbiah dan bermuhasabah diri samada kita telah benar-benar menang untuk meningkatkan takwa dan iman kepada Allah SWT dan juga menang dari segala godaan syaitan semasa menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan.

Tetapi apa yang selalunya berlaku, terutamanya gulungan insan-insan yang kurang bertakwa kepada Allah adalah menganggap hari raya sebagai hari terlepasnya dari bebanan berpuasa, iaitu terlepasnya dari menahan lapar dan dahaga semata-mata. Oh!... betapa malangnya nasib insan-insan ini.. Semoga janganlah kita termasuk ke dalam gulungan insan-insan yang sedemikian!..

Marilah kita hayati hari kemenangan ini dengan perkara-perkara yang lebih memberi manfa’at untuk kebaikan kehidupan kita di dunia dan akhirat, mengiratkan siratul-rahim sesama insan dan berma’af-ma’afan dengan cara yang lebih diredhai oleh Allah SWT.

SELAMAT HARI RAYA, MA’AF ZAHIR BATIN

p/s: Sesiapa yang sudi dan dah tahu rumah nekcun, jemputlah datang ke rumah. Nekcun tidak buat special 'open house’ kerana hari raya adalah hari 'open house’ sepanjang bulan.

4 comments:

Tie said...

Selamat hari raya nekcun....maaf zahir dan batin.

Ramai antara kita yang dah hilang jati diri, sifat mulia dan bertanggungjawab serta bertimbang rasa. Segala yang dilakukan ikut rasa hati je. Moga2 kita cepat sedar dan diberi kesempatan untuk berubah...

Abang Long said...

Tolong jawab soalan ini. APAKAH KUIH ATAU JUADAH YANG PALING DISUKAI SETIAP LEBARAN ?

TERIMA KASIH :)

Nek Cun said...

Salam Tie... sama-samalah kita.. Nekcun pun memohon ma'af zahir dan batin dari Tie!...
Semoga Tie bergembira menyambut Raya bersama keluarga.

---

Salam Adinda Long... selamat hari raya, ma'af zahir batin.
Juadah yang paling disukai setiap lebaran ialah ketupat daun palas dengan rendang ayam!... nekcun tak boleh missed!...hehehe...

chekdenoor said...

Salam,

Chekdee setuju dengan catatan nekcun tentang bas express yang memandu laju...... sepanjang perjalanan chekdee juga melihat, bas-bas ini seolah-olahnyer sedang beradu laju.... kedudukan mereka asyik di line tengah..... sungguh menggerunkan.

Nekcun, nanti bila-bila cu datang.....kasi tau ya....chekdee sendiri pun lama-lama sekali baru jumpa cu..... rindu juga bila teringatkan zaman study dulu......