Tuesday, September 1, 2009

Kemerdekaan dan bulan makan-makan....

Apakah erti kemerdekaan dalam Bulan Ramadhan? Itulah tajuk tazkirah yang ustaz bawakan untuk kami jemaah Surau Al-Sakeenah di kawasan tempat tinggal nekcun.

Nekcun memang dari awal lagi sudah teruja untuk mengetahui apakah yang hendak disampaikan oleh ustaz itu kerana kebetulan pula pagi itu (31/8/2009) memanglah hari Kemerdekaan yang ke 52 bagi negaraku Malaysia yang kebetulan jatuh dalam bulan Ramadhan.

Dalam tazkirahnya, ustaz menyatakan bahawa tidak bererti kemerdekaan sesebuah negara jika rakyatnya sendiri tidak memerdekakan diri mereka sendiri. Di dalam kontek ini adalah di mana kita orang-orang Islam di Malaysia diibaratkan sebagai tidak merdeka sekiranya kita sendiri tidak berjaya untuk melengkapkan diri kita dengan Iman dan Takwa ketika menyambut ‘Kemerdekaan’ di Bulan Ramadhan.

Memang banyak dugaan yang perlu kita hadapi untuk memerdekakan diri kita di dalam bulan Ramadhan ini. Kemerdekaan dari hasutan syaitan dan iblis yang memang sentiasa mahu menyesatkan kita!.. Salah satunya yang memang amat berat untuk dilakukan oleh semua umat Islam terutamanya orang-orang Islam di Malaysia ini ialah ‘melawan nafsu’.

Ustaz juga menyatakan, nafsu adalah merupakan satu-satunya faktor utama yang susah untuk manusia menghindarkannya di dalam memerdekakan diri ketika di bulan Ramadhan. Berbagai-bagai nafsu yang sering boleh merosakkan Iman seorang umat Islam ketika menjalani ibadah puasa ini dan salah satunya ialah ‘nafsu makan dan berbelanja’ di mana di dalam bulan Ramadhan inilah kita orang di Malaysia boleh mendapatkan semua jenis makanan yang mungkin tidak ada pada bulan-bulan lain, tetapi ianya mudah di dapati di merata tempat ketika bulan Ramadhan.

Bulan Ramadhan di Malaysia telah bertukar kepada bulan ’makan-makan dan menjamu selera’ sehinggakan semua hotel-hotel di Malaysia akan menyajikan berbagai jenis juadah untuk dinikmati, bukan sahaja oleh orang Islam tetapi juga oleh bangs-bangsa lain yang akan turut mengambil kesempatan menjamu selera. Itu belum lagi termasuk pasar-pasar Ramadhan yang diujudkan khas sempena bulan Ramadhan sahaja di mana kekadang makanan yang dijual lebih banyak dari orang yang hendak membeli. Itu jugalah yang akan mendorong nafsu makan kita semakin tinggi kerana banyak pilihan di depan mata. Dan akhirnya akan jadilah kita sahabat syaitan kerana melakukan pembaziran...

Bagaimana pun nekcun tertarik kepada kesimpulan yang ustaz terangkan mengenai tiga (3) kumpulan umat Islam yang berpuasa iaitu:-

1) Kita berpuasa kerana kita orang Islam mengikut keturunan kita, dan oleh kerana kita Islam, kita perlu berpuasa sebagaimana semua orang Islam yang lain.
2) Kita berpuasa kerana hendak menyambut Hari Raya Aidil Fitri. Kalau kita tak puasa, kita tidak akan merasa kemeriahan Hari Raya.
3) Kita berpuasa kerana kita Beriman dan Bertakwa kepada ALLAH dan Rasulnya.

Jadi… gulungan manakah kita ketika ini?... sama-samalah kita fikir-fikirkan...
Selamat Mengerjakan Ibadah Puasa dan mendapat keberkatan Ramadhan....

5 comments:

Tabib Haji Norjae said...

Sama - samalah kita saling ingat - mengingatkan sesama saudara

nin said...

sedih klu kita tgk golongan muda skarang, msh dijajah n tjajah, katanya up to date n bebas, tpi mrk x sedar sbnrnya mrk tu dijajah mindanya n tidak menikmati kemerdekaan dgn erti kata sbnr.. lbh2 lg kemerdekaan dismbt dlm ramadhan, diorng msh x segan silu..

betul bulan pose jdi mkn2 time, penuh 1 meja ikut nafsu..akhirnya tong sampah yg kenyang..

tq nek cun coz share tazkirah sesama..

maza said...

masa 31/8 tempoh hari, maza balik kg..

sungguhpun di masjid melaungkan 'As solah tu tarawikh rahimah kumullahhhh'...

kat luar pula bergerombolan anak muda dan org tua berderum2 motorsikalnya sambil mengibarkan bendera..

lalu seruan di masjid tersebut disambut dengan laungan mereka.. laungan "MERDEKAAA! Merdekaaa!!" sambil mengelilingi kampung dan bergerak ke pantai air papan di Mersing..

aduhaiiii.....

chekdenoor said...

Salam...... chekdee harap sangat boleh tergolongan dalam kumpulan yang ke3 ....tapi siapalah kita untuk memberi markah kepada diri sendiri.....

Kita hanya mampu berusaha....tetapi akhirnya, Allah jua yang akan menentukannya.

izman said...

saya pilih jawapan ke3.

merdeka dan berpuasa melibatkan semangat dan jiwa.