Monday, July 6, 2009

Tiga macam ragam yang menyeronokkan!...



Syukur Alhamdulillah, nekcun dan atok seronok sangat sebab anak kami yang bungsu yang baru habis final exam dari MMU pada June 09 telah pun mendapat kerja tetap di salah sebuah GLC terkemuka pada 1/07/2009 tempoh hari.

Lega benar rasanya bila dalam keadaan ekonomi tidak menentu dan ramai graduan yang masih menganggur tetapi anak bungsu nekcun telah dipanggil kerja sebaik sahaja mendapat keputusan rasmi semester akhir pengajiannya dalam Degree in Accountancy with Hons. InsyaAllah kalau tiada aral melintang dia akan menghadiri majlis Konvekasyen di MMU pada 8/8/2009.

Memang nekcun dan atok amat bersyukur kepada Allah yang sentiasa memberkati keluarga kami. Dengan itu, lengkaplah semua anak-anak kami telah bekerja dengan profession yang berbeza dan lapanglah rasanya bila nekcun dan atok mencapai umur persaraan nanti. Tak perlu risau lagi tentang perbelanjaan pembelajaran anak-anak kerana semuanya telah mendapat pekerjaan yang stabil.

Nekcun juga terasa amat seronok bila semua anak-anak berkumpul semalam. Macam-macam kerenah mereka. Maklumlah, nekcun ada tiga orang anak dengan tiga jenis profession dan latar belakang Ijazah yang berlainan, maka tentulah tiga macam ragam kerenah mereka pula.

Kakak yang sulong seorang doctor, memang banyak cakap kerana jadi doctor kena banyak berinteraksi dengan pesakit supaya pesakit akan rasa selesa dan cepat sembuh. Maka bila dengan keluarga di rumah pun, macam itulah perangainya… ramah sekali. Dah tu, semua apa yang dibuat semuanya nak cepat sebab dia kata 1 minit pun amat berharga. "People can die if you are late even by one minute!..."


Abang yang tengah seorang jurutera (Equipment & power). Pendiam, mulut macam boleh keluar emas kalau bercakap!.. Satu ditanya, satu dijawab. Tetapi perfectionist… tak boleh silap. Semua teratur. Kalau melipat bajunya, bibik pun kena hati-hati kerana kalau tersalah saiz akan dipunggahnya kembali dan disuruh buat semula. Katanya, kalau sesuatu tak betul ikut ukuran atau pemasangan, ia tidak boleh berfungsi atau kekadang boleh rosak atau meletup!... Very specific… 1+1 mesti jadi 2… Keretanya sentiasa bersih sehinggakan anak buahnya (cucu nekcun yang sorang tu…) pun tak berani dan makan tak tentu hala dalam kereta Pak Ngahnya!.. Tak tahulah macam mana tunangnya melayan kerenahnya!...

Anak yang bungsu pulak adalah agak ‘calculative’ dari segi berbelanja. Setiap kali kalau ada diantara kami yang nak ber’shoping2’ mesti dia akan tanya; ‘how much can we spend? Does that amount had been budgeted, etc…” Almaklumlah kerja sebagai accountant! Asyik fikir pasal nak simpan duit dan kira untung rugi sajer!

Huh!... 3 orang anak dengan 3 macam ragam memang selalu buat nekcun dan atok tidak pernah sunyi dari melayan kerenah mereka!... Tetapi menyeronokkan kerana mereka mempunyai pengetahuan dan kepakaran masing-masing, jadi kalau ada diantara mereka yang tak faham satu-satu perkara, mereka akan rujuk kepada yang tahu!...

Bagaimana pun akhirnya selalu mereka akan merujuk juga kepada atok dan nekcun untuk mendapatkan final comments & nasihat… dan… macam selalu atok suka bergurau… “Apa-apa hal pun, mama hangpa lah yang menang, sebab ayah ni kan ada penyakit TB!...” dan anak-anak nekcun akan ketawa terbahak-bahak mendengar kata-kata ayah mereka kerana mereka pun seolah maklum dengan perkara itu… hehehe…

p/s: Kalau nak tahu apa itu penyakit TB yang dimaksudkan di sini… bacalah Menggamit Syurga Firdaus…. hehehe….

15 comments:

Abang Long said...

Abang long ada 5 orang anak kecil.

5 macam perangai. Kalau sudah besar ...?

Apakhabar Nekchun ?

Dkama said...

nasib nekcun takde anak rock... kalau tak tambah 1 lagi ragam... hahaha PEACE...

izman said...

tak cayelah atok ada TB (takut bini)...

seronok ye bila anak2 dah besar dan berkerjaya. cam saya ni baru je nak mula menambah bilangan anak2.

maza said...

tahniah ler.. huhuhu

kekadang rasa begitu cemburu dengan nasib orang..

tapi, itukan rezeki masing2.. kanzzz..

kalau pun tidak dapat memanjat menara gading yg tinggi, atau memiliki kerja bergelaran.. tapi yg sohih kita tetapi diuji!

Misi akhir sama ada lulus atau gagal dlm misi ujian kehidupan ini..

dan objektif akhir ialah jannah!

masyallah.. betapa kerdilnya maza...

huhuh

Anonymous said...

Bertuahlah Nekcun. Masa depan anak2 terjamin.

Anak2 Tie entahlah.... harap benar menjadi insan2 yang cemerlang hendaknya.

Unknown said...

hehe..anak2 nekcun semua profesional...bagus2..hehe..kalau tak salah yang sulong tengah ambik specialist kan?

Nek Cun said...

Adinda Long, InsyaAllah anak2 kita akan menjadi anak yang soleh & solehah kalau dididik dengan betul...

---

Dkama/Rock, eeemm... nasib baiklah tak ada yang rock, tapi kalau ada, mungkin akan tambah meriah lagi kot!... hehehe...

---

Izman, tak apa... tambahlah anak ramai-ramai kerana anak tu kan rezeki juga!... hehehe...

----

Maza, memang betul... keberkatan hidup di dunia ini akan tambah mabrur kalau apa yang kita buat di dunia ini akan membawa kita ke Jannah Firdausi... InsyaAllah... nekcun selalu do'a agar anak2 nekcun semuanya menjadi anak yang soleh & solehah.

---

Tie, setiap anak-anak itu ada kelebihan masing-masing... InsyaAllah anak2 Tie juga akan berjaya kelak!... Didiklah mereka dengan hati yang ikhlas dan berilah mereka makan makanan yang halal puncanya!... InsyaAllah, barakah!...

---

Sayyid, apa khabar? Lama tak sempat menjenguk anakanda nekcun sorang nih!... Amacam kuliah?
Ya, betul... Kak Long tengah buat specialist... InsyaAllah setahun setengah lagi tamat kot!...

chekdenoor said...

Tahniah untuk nekcun dan atok.... Bila semua anak sudah berjaya mendapat kelulusan tertinggi...nekcun dan atok pula sepatutnyer dapat anugerah PHD ....sebab berjaya menjadikan ketiga-tiga anak itu sebagai manusia yang berguna di mata masyarakat dan insyaallah sebagai anak soleh dan solehah. Sejuk perut nekcun kan...... tahniah ya nekcun

Doakan chekdee juga boleh mengikuti nekcun dari belakang dengan jayanyer ya......

Unknown said...

alhamdulillah....teringin jadi macam kak long...nanti2 boleh la kenalkan syd ke kak long ye..hehe..untuk bg motivasi kat adik dia sorang ni..hehe..

en_me said...

tiga anak jerr? dah besar2 tewww, mesti sunyi kannns.. atok aderr senggol senggol nak tambah (anak) sorang lagikk takkks.. ekeke

maza said...

erk! doa utk anak2 maza dan maza sekali tak der ker nekcun...

huhuh

nasi beringin satu!
hehehe

Mak Su said...

tahniah ya, nekcun dan atuk :)

SIS said...

salam nekcun..pertama kali baca isu2 kat blog nekcun..best n santai.. byk ilmu kehidupan disini..tumpang gembira dgn 3 ragam nekcun ni...tahniah punya anak2 yang menyejukkan hati...sedikit kacau dan terharu masa hayati isu 'jagalah hati isterimu..'

fatimah said...

Assalamualaikum Syukur Alhamdulillah Kam. Rasanya sudah tiada apa lagi yang perlu diminta dari Ilahi...

AL-BIMA SAKTI said...

syukur... alhamdulillah... dalam payah ada senangnya...