Saturday, June 27, 2009

Macam-macam hal... alahai!...

Banyak juga cerita sensasi yang terlepas dari pengetahuan nekcun ketika nekcun agak lama bercuti bersama keluarga ke satu tempat di alam maya ini. Salah satunya bila kami terpaksa berbaris panjang untuk di scan dari virus H1N1 di KLIA. Nasib baik tak perlu kena kuarantin!… hehehe…

Tapi perkara yang benar-benar mengejutkan nekcun ialah bila Kerajaan Indonesia membuat keputusan untuk tidak membenarkan warga negaranya bekerja sebagai pembantu rumah di Malaysia.

“Mama… nampak gayanya bibik terus tak baliklah ni!…” anak bungsu nekcun berkata ketika membaca berita itu semalam ketika kami baru balik dari bercuti.

Kebetulan pula sekarang ini pembantu rumah nekcun sedang dalam tempoh bercuti selama sebulan setengah dan sekarang berada di kampungnya di Yokjakarta. Memang dah menjadi kebiasaan nekcun memberi pembantu rumah cuti panjang untuk balik kampung setiap dua tahun sekali.

Namun bagi nekcun, apa-apa pun keputusan yang diambil oleh Kerajaan Indonesia adalah lebih kepada merugikan warganegaranya sendiri dari kita rakyat Malaysia. Memang betul, kita mungkin akan susah untuk mendapatkan pembantu rumah sepenuh masa, tetapi kita masih ada cara lain untuk menyelesaikan masaalah itu seperti mendapatkan tukang cuci rumah yang ‘on weekly basis’ atau sebagainya.

Bagi urusan mengasuh anak-anak pula, kita masih ada banyak ‘nursery’ yang boleh kita harapkan untuk menjaga anak-anak kita. Lebih-lebih lagi sekarang ini, kebanyakkan organisasi dan pejabat-pejabat adalah digalakkan untuk mengadakan taman asuhan kanak-kanak yang dikendalikan oleh pengasuh-pengasuh yang lebih bekelibar, dari pembantu rumah Indonesia yang belum tentu keselamatan dan kebajikan anak-anak kita akan terjamin.

Lagi satu cara ialah… suami-suami yang selama ini hanya jadi ‘King’ kenalah ringankan tulang, tolong isteri mengasuh anak atau mengemas rumah tangga!… mungkin inilah ‘rahmatNya’ yang Allah jadikan perkara ini!… (Mesti berfikiran positif!… hehehe)

Tetapi sebaliknya, warganegara Indonesia sendiri akan menghadapi lebih kesukaran untuk mendapatkan pekerjaan. Memang mereka kata, mereka lebih suka bekerja sebagai pembantu rumah di Hong Kong & Taiwan atau pun di Negara-negara Timur Tengah. Tetapi, terjaminkah mereka yang rakyat mereka itu tidak akan mengalami kes penderaan sebagai mana yang rakyat mereka alami di Malaysia? Sudah terjaminkah bahawa majikan mereka di Negara-negara tersebut semuanya baik-baik belaka?

Rata-rata nekcun tengok dan dengar bahawa kes-kes dera pembantu rumah ini adalah bagi majikan yang bukan berugama Islam!… tidak pernah lagi kita dengar majikan Melayu atau yang berugama Islam mendera pembantu mereka sehingga sedemikian rupa! Tetapi ada banyak kes kita dengar pembantu rumah pulak yang ‘besar kepala & suka buat perangai’ pada majikan orang Melayu atau yang berugama Islam!…

Jadi, suka nekcun menasihatkan Kerajaan Indonesia dan juga Kerajaan Malaysia (eh!… boleh ke nekcun nasihatkan mereka? Siapa ya?… hehehe) supaya mengkaji perkara ini dari setiap sudut kerana tindakan atau keputusan yang diambil oleh Kerajaan Indonesia untuk menahan rakyatnya dari terus bekerja sebagai pembantu rumah di Malaysia tanpa penelitian teliti hanya akan merugikan rakyat mereka sahaja akhirnya bila mereka tiada pekerjaan yang boleh menampung kehidupan mereka di Indonesia sendiri!…

Bagi Kerajaan Malaysia pula, cubalah fikirkan gejala yang akan timbul dari tindakan itu iaitu salah satunya akan bertambah ramailah nanti pendatang haram yang akan bekerja di Malaysia tanpa permit kerana bagi mereka, hidup perlu diteruskan dan mereka perlu mencari rezeki walau di mana sahaja, walaupun Kerajaan mereka tidak membenarkan mereka bekerja di Malaysia, tapi kalau sudah di Negara sendiri tidak ada sumber pekerjaan, maka tidak mustahil mereka akan tetap datang ke Malaysia dengan apa jua cara sekali pun!…

Entahlah!… what come what may!… nekcun dah malas nak fikir-fikir lagi cerita pasal pembantu rumah ni… Terasa letih sangat bila kena buat kerja rumah selepas balik bercuti ni… hehehe… Ada atok cadangkan ambil pembantu dari Narathiwat… boleh makan lauk tomyam selalu… hehehe….

11 comments:

Abang Long said...

Salam sayang wahai kekanda NekChun.

Seumur hidup dan sepanjang usia perkahwinan, tidak pernah memiliki pembantu rumah.

InsyaAllah, kalau jadi kaya esok, mungkin akan ambil gadis kampong untuk dijadikan pembantu rumah, tapi bersediakah isteri aku ? hahaha ...

maza said...

masalah penganguran di Malaysia katanya makin bertambah!

Bahkan puluhan ribu Mahasiswa gagal mendapatkan kerja. Apatah lagi dunia kembali merangkak untuk membangunkan sistem ekonomi kapitalis mereka!

Jadi, pengharaman ini juga mengajar dan memberi peluang kepada rakyat tempatan agar lebih berdikari..

kebergantungan satu sumber shj bisa membuatkan kita menjadi hamba kepada sumber tersebut..terikat...

namun dgn kreativiti, peluang dan desakan seumpama ini, insyallah ada Rahmatnya...

Jadinya, barangkali sudah ada orang2 kita berkira2 membina satu institiusi atau syarikat yg mampu menyediakan perkhidmatan berlandaskan sumber tempatan utk menampung kekangan tersebut!

Sebagai contoh syarikat pembersihan mungkin diperluaskan dgn membuka perkhidmatan mereka hingga ke rumah individu ...

taska diperluaskan dgn mewujudkan nursery utk bayi2 kita... masa servis dipanjangkan dsbnya.

satu hal pula, yuran dan perkhidmatan nursery yg dijalankan secara corporation di negara ini masih mahal.. ada itu kualitinya langsung tidak punyai berpiawaian..

mungkin selepas ini apabila initiatif semakin digandakan, dan ramai org mulai membuka mata, lalu terjun ke dlm industri mendidik bayi2 kita, mungkin yuran dan deposit tersebut dapat dikurangkan..

huhuhu

psst: maza dan wife baru shj bercadang utk menggajikan pembantu rumah! maklumlah anak sudah lebih dri dua, jadinya lebih untung rasanya menggajikan maid dri menghantar ke nursery.. setiap satu anak yuran penjagaan bayi sudah mencecah RM200, belum kes tadika!

huhuhuhu...

Psst: patut la org2 cina hari ini tidak mempunyai anak yg ramai. Rupanya tekanan kos penjagaan bayi sungguh tinggi! Bayangkan seorang anak sahaja perlukan sekurang2nya RM700 dihantar ke nursery (cina)! uhuk! ... lagi untung dapatkan perkhidmatan maid!

Ttg kualiti maid yg tak langsung juga mendidik anak2 kita... hmm?!

psst: selamat kembali ke tanah air!hehehe Buah tangannya?!

Rozlan Mohamed Noor (RMN) said...

Baru nak berkira2 mengambil pembantu rumah. Alangkah beruntung kalau dpt yang tempatan dan berkomitmen tinggi. Ada ke?

kayteeze said...

Hmm... mungkin sampai masanya badan2 koporat membuka satu bussines baru.. nursery ala2 klinik 24 jam... boleh rekrut graduan.. untuk mengasuh anak2 dari pelbagai peringkat umor..dengan cara yang lebih teratur.

Cleaning service tu boleh diluaskan..kena promote besar2an...

chekdenoor said...

Salam nekcun....

Chekdee suka dengan ayat....."eh boleh ker kerajaan indonesia dengar nasihat nekcun" .....kui..kui..kui ......

Rakyat tempatan kita ni....terutama yang anak gadisnyer...tak mahu jadi pembantu rumah..... mereka ni ramai yang nak keje senang jer...nak kebebasan .... itulah yang ramai pekerja wanita malaysia kat kl....dah jadi gro dan pelbagai lagi......

Nekcun...jom kita buka institusi pendidikan yang memberi sijil pembantu rumah..... ukhusss...ada ker agaknyer student yang datang memohon ya????

masni qisrine said...

kenapa negara kita tak upgrade & meng'kelas'kan jaw pemb rumah ni yek????

izman said...

setuju. keputusan indonesia mmg rugikan org dia. kita msh boleh ambil bibik dari sri langka, filipino, myanmar dan byk lagi.

Nek Cun said...

Adinda Long, eloklah tak pernah ada pembantu rumah... suami isteri bantu membantu lebih afdal kan?... hehehe...

----

Maza, ramai mahasiswa yang menganggur takkan sanggup nak jadi pembantu rumah, cuci baju dan kemas rumah orang!... mana ada class!... hehehe...
Mereka tak tahu ke, sebenarnya jadi pemabntu rumah ni memang senang nak kumpul duit. Kalau dapat gaji RM600.00 sebulan memang boleh simpan bulat-bulat RM600 tu sebab tempat kediaman disediakan, makan diberikan dan kekadang kain baju pun dibelikan. Tapi depa-depa ni lebih sanggup kerja di temapt lain yang mungkin gajinya hanya RM1,000.00 sebulan. Bila potong duit rumah, duit makan dan duit kenderaan, tak sampai RM100.00 yang boleh disimpan... Entahlah... mungkin depa hendakkan kebebasan kot!...

---

RMN, tunggulah sehingga Kerajaan Malaysia menubuhkan syarikat yang mengeluarkan pembantu rumah tempatan! Tapi, mesti kena bayar EPF & Socso dan gajinya pun mestilah tidak kurang dari RM800.00 sebulan kot! Tapi, bagi nekcun tak kisah kalau kena bayar semua tu ie: Gaji RM800.00 + EPF majikan RM96.00 + Socso RM7.85 = RM903.85 sebulan asalkan perkhidmatannya tip-top (7 bintang)... betul tak?... Janganlah bayaran sajer kena tinggi tapi perkhidmatan hampeh!...

Nek Cun said...

Tie... jom kita buka syarikat 'cleaning services' nak tak? Tie supply the labour from Trengganu & Kelantan, nekcun cari pelanggan kat Klang valley, mesti jadik punyerlah!...Bila dah jadi taukeh besar, kita panggil Maza jadi kita punyer supervisor, OK tak?... hehehe...

---

Chekdee, nekcun tak mahu buka institute pembantu rumah, tapi nak jadi taukeh supply 'cleanig services' ngan Tie... Chekdee nak join tak?... hehehe...

---

Masni, betullah!... kita jangan panggil depa 'domestic servant' tetapi panggil depa 'domestic manager', mesti depa mahu kan?... hehehe...

---

Izman, Indonsesia tu ingat kita ni hadap sangat ngan rakyat depa tuh!... sebab tu depa eksyen!... padahal bibik2 Indon ni bukannya bagus sangat pun... macam nekcun punyer tu, jenuh nak ajar bertahun-tahun barulah boleh diharap... Nasib baik dia dapat majikan baik macam nekcun nih!tu yang tahan sampai dah masuk 7 tahun tuh!.... hehehe... (perasan pulak!)

sekar said...

Indonesia adalah negara Republik yang secara teori tidak ada warga yang kebal hukum. Berbeda dengan Malaysia yang merupakan negara kerajaan yang memungkinkan keluarga kerajaan hanya bisa dihukum oleh adat kerajaan bukan adat negara. Tapi kenyataannya Wallahu A'lam.

kayteeze said...

Nekcun, Tie pernah jadi orang gaji dulu.

Masa tu susah betul nak dapatkan kerja. Bukan tak suka jadi orang gaji, tapi rasa dihina laa... Di suruh buat kerja tak sepadan dgn body Tie yang sekeping tu.. Tie sorang urus rumah 3 tingkat, dgn swimming pool, pastu ada pulak dewan bawah yang luas... rasa nak pitam.

Time makan (Tie juga yang masak), lepas kita hidangkan, tak dipelawa makan sama (bukannya nak pun..tapi budi bahasa tu kena ada... sekurang2nya suruh makan dulu , ke....) Dan Tie rasa rendah diri betul...

Tapi graduate sekarang boleh bukak sykt untuk urus rumah ni, secara harian atau mingguan.. Tie tak cukup budget. Kalau ada, tentu nak juga jadi manager, hehe...