Wednesday, June 10, 2009

5 Perkara Penting Dalam Hidup...

Pagi ni nekcun dapat e-mail dari seorang sahabat yang memang selalu amat prihatin dengan setiap kenalan yang dia ada. Nekcun memang suka sangat pada e-mail2 yang selalu dia hantar kerana banyak perkara yang bermenafa'at yang dapat nekcun pelajari dari e-mail2 beliau.
Kali ini nekcun suka nak kongsi dengan kekawan bloggers semua apa yang nekcun rasa adalah perkara yang memang sewajibnya kita amalkan setiap hari selagi kita bernyawa.
Lima perkara yang semua kita mahukannya dan kita berusaha untuk mendapatkannya ialah:-
1. Wajah yang cantik
2. Duit yang banyak
3. Kesihatan yang baik
4. Anak-anak yang cerdik dan berjaya macam kita
5. Tidur yang nyenyak tanpa gangguan
Sebenarnya senang sajer untuk mendapatkannya, hanya 50 minit setiap hari.
Sabda Nabi SAW,
Siapa yang tinggalkan solat subuh, tiadalah padanya nur di wajahnya
Siapa yang tinggalkan solat zohor tiadalah padanya rezki yang berkat
Siapa yang tinggalkan solat asar tiadalah padanya kekuatan badan
Siapa yang tinggalkan solat maghrib tiadalah padanya anak2 yg bermanafaat
Dan siapa yang tinggalkan solat isyak tiadalah padanya tidur yang nyenyak

Oleh itu, marilah kita saling ingat mengingati akan perkara wajib ini demi kebaikan kehidupan kita di dunia dan diakhirat.
Sampaikanlah daripada Nabi SAW itu walaupun hanya satu ayat...
Wallahualam...

11 comments:

Abang Long said...

Ilmu Allah adalah untuk dikongsi bersama. Apakhabar wahai Kekanda Nekchun ? Terasa indah pertautan hati para sahabat blogawan jika disulami dengan IMAN.

maza said...

wow! info yang baik sekali..

terima kasih nekcun kerana sudi berkongsi ilmu yg berguna ini. hehehhe

maza berazam untuk tidak melalaikan solat lagi.. huhuhu

Nek Cun said...

Adinda Long, memang betul... persahabatan akan jadi indah dan menyerokokkan kalau berlandaskan keimanan dan kejujuran...

----

Maza, nekcun tahu Maza adalah seorang 'khalifah' yang baik bagi keluarga Maza, maka berilah mereka petunjuk yang baik-baik juga!Kongsilah segala yang baik dengan semua insan yang kita sayangi, tak kira saudara mara atau sahabat handai...

chekdenoor said...

Terima kasih kerana nekcun sudi kongsikan info yang baik ....insyaallah,chekdee akan selalu jaga solat dan juga pelihara rezeki yang menjadi darah daging kita.........

rock_kapak said...

Cayalah nekcun... patut ar cun rajin semahyang subuh... hehehe beshh n3 nih... saya da mula sedar sikit dah... TQ nek cun...

Rozlan Mohamed Noor (RMN) said...

Kadang2 berkongsi ini bukan sahaja memberi manafaat kepada diri sendiri...malah boleh dipanjang2 juga pada sahabat2 yang lain. Mari kita panjang2kan ilmu ini. Rasanya hak cipta ilmu Tuhan ini boleh dipanjang2kan yer.

Nek Cun said...

Chekdee, berkongsi ilmu tidak merugikan, malahan kalau ilmu yang baik akan membawa kita ke syurga...

---
Rock, disamping tanggungjawab kita kepada ALLAH, menunaikan solat juga banyak memberi faedah kepada kepada tubuh badan kita. Ada nekcun terbaca satu artikel, bila kita bersujud adalah salah satu kaedah yang terbaik untuk pernafasan dan jantung kita... Allah Yang Maha Mengetahui, sebab itu DIA suruh kita selalu bersujud...

---

RMN,nekcun memang suka berkongsi perkara yang baik dengan semua kekawan... tetapi, kekadang tu, kekawan ajer yang lupa pada nekcun!... hehehe... (jangan mare eh!)

kayteeze said...

Alhamdulillah.... terima kasih kerana sudi berkongsi info.. :)

maza said...

psst: elok gak rezeki pemberian Tuhan dipanjang2kan ke Nasi Beringin nie..

hehehhee

Rasha_rz said...

assalamualaikum nekcun. rindunya... lama betul tak jumpa. bertemu di maya juga sudah lama tidak. pelbagai berlaku dalam waktu terdekat ini. nekcun sihat?

fatimah said...

Assalamualaikum Betul Kam. Dan kalau kita buat solat sunat subuh, ganjarannya lebih baik daripada seisi dunia. Bayangkan janji Allah bagi yang menunaikan solat subuh... Dan bagi mereka yang solat subuh berjemaah, kelebihannya seolah2 kita solat sepanjang malam. Bayangkan janji Allah jika kita solat sepanjang malam...