Tuesday, July 14, 2009

Rindu tidak mengenal siapa!...

Beberapa hari tiada di ‘tanah air’ ku, membuatkan nekcun banyak terputus hubungan dengan kekawan dan juga semua insan yang disayangi. Tika-tika itu akan terasa rindu meruntun kalbu. Hanya di angin lalu sahaja dapat nekcun kirimkan salam. Berharap benar agar nekcun tidak akan dilupakan!...

Ketika berjauhan, bukan sahaja nekcun yang terasa rindu, tetapi yang disayangi juga merindui nekcun sehingga ada yang terkulai layu… oh!... pilu sungguh hati nekcun bila melihat sidia jadi layu sehingga hilang seri kehijauannya… Mungkinkah dia juga kelayuan kerana menanggung kerinduan sehingga hilang seri wajahnya?...


Mungkin dia juga akan meluahkan perasaannya dengan penuh emosi sekiranya dia boleh berkata-kata… Oh!..kesihannya... pokok2 bunga dan ikan2 nekcun kerana tiada siapa yang memandikan dan bercerita dengan mereka selama ketiadaan nekcun!... hehehe…

<<<> Lihatlah pokok2 dan kolam ikan nekcun dah macam tak berseri lagi!...

p/s: nekcun tengok teratak nekcun ni pun dah mula bersawang!... ish…ish…ish…

13 comments:

maza said...

uiks! tak tau lak nekcun ke oversea.. sbb tu ler maza tak kerinduan sangat...

cuba maza tau.. huhuhu..maunya maza nak kirim ikan terubuk empat kilo, keju cap perempuan 5 bungkus, BMW 328i dua biji .. dah la kan..

heheheh

welcome home nenek!
huhuhuhu-

chekdenoor said...

aha...patut ler terasa lama tak dengar khabar dari nekcun...... ada gak terdetik dihati chekdee.....hmm..mana nekcun ni......(itu tandanyer chekdee pun rindu...ukhussss).... pokok dan ikan pun rindukan nekcun juga ya......

Muhammad Sayyid bin A Rahman said...

hehe..entry rindu ...selamat pulang nekcun...orang gaji nekcun konfem ke tak balik malaysia dah?yang dari jogja tu...

en_me said...

ammvoiii.. nenek gi jauh tewww

Adila said...

hehehe ptt la
nekcun dah balik ikan2 tu sure lompat gembira hehe

dkama said...

nek cun tak makan durian la kat sana kan... hihihi ... sawang as a sign of SPIDERMAN...PEACE...

kayteeze said...

Amboi.... maza tu dah mengidam ke ?

Toksah layan pokcik tu, nekcun.... Dia tu memang macam tu, ekekeke...

Ooo...Tie teringin nak buat kolam ikan macam nekcun tu, kat rumah kampung nanti. Nak buat taman mini. Berangan je laa.... entah2 terlarat ke bila tua nanti, takut tak bagi makan ikan pun terketar2, hihi..

Nek Cun said...

Maza, apasal tak beritahu awal-awal? Kalo tak bolehlah nekcun belikan Roll Royce ke... tapi lepas tu maza kenalah bela sampai dia besar!... hehehe...

---

Chekdee, sebab itulah agaknya masa kat sana banyak benor bulu mata nekcun gugur, rupanya ramai yang rindu kat nekcun yek?.... hehehe... (perasan plak nenek nih!)...

---

Sayyid, bibik dah balik tapi tak tahulah berapa lama lagi dia nak kerja sebab sebuk nak kahwin pulak!... jadi nekcun pun tak bolehlah nak larang kalo dia nak berhenti!... huhuhukk....

---

En-me, taklah jauh sangat nekcun pi... takat boleh tengok citer hindustan 2 round jer dalam perjalanan!... hehehe...

Nek Cun said...

Adila, memang betul... ikan nekcun sume seronok, melompat-lompat bila nampak nekcun!...siap nganga-nganga mulut minta disuap!.... hehehe...

---

Dkama, sayang kat sana tak dak durian... kalau ada, tak tahulah camna agaknya mereka kat sana nak makan durian tuh! Mungkin depa buat macam makan aiskrim kot!... hehehe...

---

Tie, bukannya susah nak buat kolam ikan... outsource jer kat kontraktor... pas tu tabor jer makanan kat ikan tiap-tiap hari... kalau susah sangat nak bela, tangkap sekor, boleh goreng buat lauk!... hehehe...

izman said...

ye ke bunga2 kalau biasa bercakap dgnnya, kalau lama tak cakap dia akan layu??

kuchalana said...

kkekeke... biasa la nek cun kalu merantau... smuanya sakit.. kekeke..

*rindu nak merantau lagi..

chekdenoor said...

chekdee ada sediakan bunga untuk semua sahabat diblog chekdee..... tanda terima kasih kerana sudi menjadi sahabat chekdee. Silalah ambil.... thanks ya

Nek Cun said...

Izman, bunga2 juga adalah makhluk Allah, maka dia akan segar dan sehat kalau kita mengasehinya....

---

Kuchulana, memang betul... kalau merantua bukan sahaja badan yang sakit, 'poket' pun selalu ikut sakit!... hehehe...

---

Chekdee, terima kasih di atas ingatan. Nanti nekcun pi ambik yek!...