Tuesday, June 16, 2009

Di mana kedudukkan Novel Popular di mata pembaca...

Tanpa nekcun sangka semalam nekcun mendapat telefon dari seorang sahabat lama yang sama-sama bekerja di sebuah bank perdagangan suatu ketika dulu. Terkejut juga bila tiba-tiba dapat panggilan dari sahabat yang sudah lama tidak berhubungan.

“Ass’kum! Wah… lama tak dengar khabar you! Apa berita menarik sekarang?” sahabat bertanya.
“Mualaikumsalam… saya macam biasa sajer… kerja cari makan! Tiada apa yang menarik pun!” balas nekcun jujur.
“Hei… I dengar sekarang you dah glamour!” usik sahabat lagi.
“Glamour apanya? Saya tetap macam dulu… kerja makan gaji. Lainlah macam you, orang business, masuk mesti lebat punyer!” usik nekcun kerana nekcun tahu dia telah berjaya menjadi seorang business woman , business Catering apabila dia mengambil VSS dan berhenti kerja dari bank tidak lama dahulu.
“Alaah… business Catering ni, ada pasang surutnya!... kalau tengah-tengah bulan camni susahlah sikit… lainlah kalau cuti sekolah tempoh hari, ramai orang kenduri kahwin, memang tak cukup tangan dibuatnya!” sahabat memberitahu.
“Okeylah tu… anyway, mana you dapat nombor saya ni?” tanya nekcun.
“Itulah yang I cakap you dah glamour!.. I nampak anak I baca novel karya Kamsiah Abu, jadi I pun carilah fakta-fakta penulis dalam google untuk memastikan adakah itu benar2 you, dan kemudian I melayari blog you! Itulah yang I boleh dapat you ni!...” terang sahabat dengan riang rianya.
“So… you dah baca ke novel I? Yang mana satu?” tanya nekcun agak teruja.
“Eeemmm… you tahulah I ni… mana suka membaca! Memasak I sukalah!..” jawab sahabat sambil terus ketawa terbahak-bahak.
“Cuba-cubalah tambah hobby you tu… selain memasak, cubalah baca novel pulak! Bolehlah membantu meningkatkan industri perbukuan jugak…” nekcun menyarankan.

“Nantilah… you punya pasal I akan tambah hobby membaca novel pulak!... tapi, you janganlah tulis novel yang bahasa sastera-sastera sangat!.. I tak sukalah novel-novel yang guna bahasa sastera, susah nak faham apa yang mereka maksudkan! Banyak sangat yang tersurat dan tersirat sehingga kekadang kita tak faham apa yang mereka nak beritahu. Dah tu guna pulak perkataan-perkataan yang jarang kita gunakan dalam bahasa harian, memang boring betul!... mengantuk I kalau membacanya! Sebab itulah I malas nak baca novel...” jawab sahabat selamba.

Tergamam nekcun mendengar komen sahabat itu. Terbayang majlis HSKU yang sedang berjalan sekarang!

“I rasa budak-budak remaja pun memang malas nak baca novel-novel sastera ni kerana sebab-sebab itulah!... mereka tak faham apa yang hendak disampaikan oleh penulis kerana gaya bahasa dan perkataan yang digunakan dalam kebanyakkan novel sastera bukanlah perkataan atau gaya bahasa yang mereka tuturkan sehari-hari… jadi mereka rasa bosan dan akhirnya mereka malas nak baca buku2 berbentuk demikian! Jadi kalau nak sampaikan message pada remaja melalui penulisan, jangan gunakan bahasa sastera yang membosankan!.. I’ll bet if they want to read such novel!...” tambah sahabat lagi apabila nekcun terus membisu.

Tersentuh juga hati nekcun bila mendengar komen yang nekcun rasa begitu jujur. Sebagai seorang penulis yang baru mahu membina tapak di persada penulisan, nekcun terasa juga pedihnya apa yang dikatakan oleh sahabat itu, tetapi nekcun juga tidak dapat menafikan ada juga kebenaran dalam kata-katanya itu.

Sebenarnya bukan baru sekali ini nekcun mendengar komen yang sedemikian. Pernah beberapa ketika nekcun memberi ceramah kerjaya di beberapa IPTA, sempat nekcun mempromosikan novel-novel nekcun. Terdapat komen-komen yang sedemikian dari pelajar-pelajar di mana mereka kata mereka lebih seronok membaca novel-novel popular dari novel-novel yang telah memenangi hadiah sastera, walaupun pada pandangan pihak2 yang tertentu novel-novel itu lebih bermutu dari novel-novel popular.

Malahan ramai dari pembaca2 novel2 nekcun terus memberi maklumbalas pada nekcun untuk terus menghasilkan novel-novel popular dan bukan novel sastera sekiranya nekcun mahu message yang ingin disampaikan dapat dihayati oleh golongan remaja atau lain-lain sasaran pembaca kerana message yang disampaikan secara ‘bahasa ringan atau bahasa santai’ lebih mudah difahami dan lebih effektif.

Eeemmm… entahlah! Nekcun tak berani nak komen pasal bahasa ni banyak-banyak, takut ada pula pihak-pihak yang tersinggung nanti. Apa-apa pun, bagi nekcun setiap penulis ada cara dan gaya penulisan mereka sendiri. Maka terserahlah kepada mereka untuk menentukan cara penulisan mereka masing-masing. Apa yang mustahaknya ialah message yang ingin disampaikan dapat dimanfa’atkan oleh pembacanya dan yang paling utama, penerbit tidak akan menanggung kerugian akibat dari penerbitan novel-novel tersebut. Wallahualam!...

16 comments:

Mencari Sinar Bahagia @ Tommy said...

Hello Nekcun...

Apa khabar??
Dah agak lama cucu Tommy x singgah kat blog nekcun...
Agak sibuk dengan tugas kat sini..Tambahan pula,cucu dengan sibuk mencari kerja baru sekarang...Planning nak balik ke hotel industri sebab itular I rasa yang sesuai dengan apa yang I belajar masa kat university..Pada masa yang sama,cucu masih tidak melupakan sidia yang pernah hadir dalam hidupku..At times,I felt so bored and my life macam dah missing something..Still haven't really use to it..It is not easy to be single although I don't have kids yet...:0)

Any contact to reach nekcun x...
Email me your num,k..(tomypc2002@yahoo.co.uk)

Take care..
Happy Tuesday,Nekcun..

Anonymous said...

Salam Nekcun...

Tie setuju dengan kawan Nekcun tu... Membaca novel ni sebenarnya untuk mengisi masa lapang dan mungkin dapat memberikan sedikit kepuasan (macam beranganlah tu..).

Kalau terdapat bahasa2 yang tidak difahami...terlalu banyak, mungkin akan mengganggu pemahaman dan konsentrasi pembaca. Lalu terus membunuh minat membaca... gitulah pendapat seorang suri, ekekeke...

maza said...

bab penerbit tak menanggung kerugian itu amat maza setuju.. org biznes mana mahu rugi, kanzzz..hehehe

Kata2 nekcun banyak benarnya...

memang ramai org suka yg mudah.. sbb itu mereka suka memilih yg popular dari yg juara tersebut.. kononnya otak mereka sudah sendat dgn kerja2 rumah, atau kerja2 sekolah @ pejabat. tak mahulah pula menyendatkan lagi otak tersebut..

bagi maza, kedua2 kategori amat penting di dlm industri ini.. Ia merupakan option; satu tuntutan kebudayaan, satu tuntutan ilmiah dan satu lagi ialah tuntutan pengajaran..

Kedua2 bidang mempunyai seninya yg tersendiri.. bagi tak patutlah saling menyekat antara satu sama lain.. teruskan penerbitan genre2 kedua2 novel tersebut..

dan satu lagi yg amat2 maza setuju, setiap penulis ada seninya, ada bakatnya, dan insyallah ada market (pengikutnya).. heheheh

melalui zaman, novel2 yg baik akan dikenang juga dan dijadikan sebagai salah satu lipatan sejarah kehidupan manusia!

wallahualam.. hehehhe

Nek Cun said...

Hi Tommy, thanks for dropping by. seronok juga bila anak cucu ingat pada nekcun. Anyway, don't get carried away with your X. Lets by gone be by gone... Try to build your new life with new love!... who knows it may be better than the previous one!... Just remember, God is Great. He's alway fair to everyone and he never leaves anybody from his blessing!
Okey... nekcun will e-mail you my numbers soon!

---

Tie,macam nekcun katalah... lain orang lain cita rasanya dan, lain penulis lain gaya bahasanya! Nekcun selalu berdo'a agar karya nekcun akan mendapat sambutan ramai!... Terima kasih kerana memberi sokongan yang positif...

----

Maza,walaupun nekcun bukan seorang penulis novel sastera tetapi nekcun menghargai karya-karya yang berbentuk sastera. Sekali sekala membaca bahasa-bahasa yang indah itu, dapat menjana minda untuk berfikir dengan lebih relatif lagi...
Mungkin keadaan zaman dan environment yang sudah banyak berubah di mana semuanya mahu cepat dan tepat, maka ramai yang sudah tidak mahu memeningkan kepala untuk berfikir-fikir ketika membaca sesuatu penulisan. Apa yang mereka mahu adalah sesuatu yang 'straight to the point' tanpa perlu mencari apa yang tersurat dan tersirat kerana messegenya sudah jelas dan nyata!...

maza said...

bab 'straight to point'- mungkin telah diassimilasi dari pemikiran Inggeris...

Dulu2 kata emak, org kita suka berkias, kalau bercakap berlapik...hatinya dijaga, budinya dipelihara..

hehehe

tapi sejak dua menjak ini, kekadang naik sesak. Betapa 'straight to point' manusia hari ini, lalu terlahir hilang budi, hilang perkerti.. yg tinggal kurang! Kurang Ajar..

huhuhu

hehhehe

(erk! hanya gumpulan fikiran yg celaru dari maza.. wakakak)

maza said...

psst! Mr. Tommy jer ker ada no. tipon hheheh.. maza, maza tak derk ker.. huhuhu

wink! wink! wink!

wakakaka

"Anak Pipit Daun Dedalu
sayang kancil mati digonggong
Alahai pipi cubby tak malu
hidung tak mancung muka tersorong-sorong.."

hehehehe

Abang Long said...

Setiap orang bertanggungjawab dengan apa yang dilakukannya. Penulis juga wajib berdakwah yang termampu. Yang penting mesej sampai dan difahami.

chekdenoor said...

Salam nekcun,

Aha....chekdee pun dah lama tinggalkan alam membaca novel dahulunya tetapi sejak mula berkawan dengan nekcun...chekdee sudah mula baca novel semula...terutama novel nekcun...hehehehe......

Cuma...bila chekdee pula yang cuba-cuba menulislah kononnya....wah...rasanya dah 2 bulan lebih... tulisan chekdee baru 50 ms jer.....hmmmm.... bukan mudah sebanarnya kan nekcun....so...chekdee tabik spring kepada penulis-penulis seperti nekcun yang telah menghasilkan karya yang lebih dari 1........

Mak Su said...

ooh.... tak per nek cun, you tetap ada pembaca setia :)

Nek Cun said...

Maza, janganlah jeles ngan tommy plak... ngan Maza nekcun tak payah beri no. h/p, boleh terus pi jumpa jer kat ofis... hehehe...

----

Adinda Long, memang sebenarnya itulah niat nekcun apabila menceburkan diri dalam penulisan. Cuba menyampaikan dakwah tetapi dalam cara yang tidak membosankan kerana bagi gulungan yang perlu mendapat peringatan ini mereka akan fobia bila disebut sahaja perkataan 'dakwah'... jadi kita cuba suntik pula cara lain...

----

Chekdee, untuk terus nak sampai ke tahap sekarang memang bukan mudah. Frankly speaking, dengan keadaaan bebanan tugas profession asal nekcun, memang susah untuk mendapatkan masa bagi menghasilkan karya. Namun nekcun selalu tekadkan azam dan tidak pernah mengaku kalah, dan Alhamdulillah... Allah makbulkan juga cita-cita nekcun untuk menjadi penulis w'pun bukan sepenuh masa...

---

Dik Su, terima kasih kerana memberi sokongan. Dik Su dah baca ke novel nekcun? Yang mana? Harap Dik Su suka novel2 nekcun ya!... hehehe...

Rasha_rz said...

tulisnya apa yg kita nak tulis nekcun...
asal bahagia penulis & pembaca.

Adila said...

hehe sy rasa dlm mana2 novel pun mesti ada ayat/perkataan yg tak paham

ala~ sama je kan kalau baca novel inggeris; pandai2 la bukak kamus hehehe

kalau sy, slalu sy skip je part yg tak paham tu
last2 paham jugak kan overall story tu nanti :D

p/s: bagi nekcun, novel yg mana satu yg nekcun tulis, yg jadi feveret nekcun? nanti nak beli :D hehe

Nek Cun said...

Ila, memang itu pun yang nekcun amalkan. Nekcun akan menulis apa sajer yang nekcun fikirkan baik untuk dikongsi bersama pembaca sekelian!...

----

Adila, betul apa yang Adila katakan tuh!... setiap novel mesti ada kelebihan dan kekurangannya. Terserahlah kepada pembaca kerana lain orang lain citarasanya!
Adila belum pernah baca novel nekcun ke? kalau Adila tanya nekcun, mestilah nekcun kata "semua ketiga-tiga novel tu favourite nekcun!"... hehehe...

en_me said...

hi nekcun ittewww.. ehehe, salammms

Rock_kapak said...

A'kum..Novel laris bukan kerana bahasa tapi kerana dekat ngan pembaca... nekcun buat la satu novel pasal Rock... heheheh PEACE nekcun

Zu Kay Tee said...

Salam Nekcun...

Apa Khabar?
Saya dah baca novel ketiga Nekcun iaitu "Tidak Kupinta". Di sini saya nak ucapkan tahniah kepada Nekcun kerana telah berjaya menghasilkan tiga novel dalam masa yang singkat. Saya agak kecewa kerana dua novel terawal Nekcun saya tak dapat miliki, puas saya mencari di kedai buku tempat saya tapi dah kehabisan...adakah novel-novel tersebut masih ada di pasaran, kalau masih ada di manakah boleh saya dapatkan bekalannya