Tuesday, February 17, 2009

Alahai Pakcik Li... ke Datuk Li...

Satu hari semalam pakcik Li bising dengan nekcun sebab nekcun keluarkan cerita pasal dia dekat sini. Tak habis-habis dia mengadap meja nekcun.
“Apa ler kau ni… buat malu aku jer!...” komen pakcik Li.
“Apasal plak?... dah memang betul ko yang selalu sebuk sangat pasal makwe, so apa salahnya aku ‘glamour’ kan kau dalam cerita aku?” jawab nekcun selamba.
“Bukan camtu… manalah tahu nanti ada plak makwe aku yang baca blog kau, tak pasal-pasal dia mengamuk kat aku sebab dia dah tahu aku pasang banyak!...” dengan muka seposennya pakcik Li memberi justifikasinya.
“Oooohhh… tahu takut yer?...” nekcun menggertak.
“Bukan takut!... aku cuma tak mahu sakitkan hati pompuan-pompuan tu… aku ni kan seorang lelaki yang baik… tak mahu hati wanita terguris!...” dengan senyuman yang meleret pakcik Li menjawab.
Nekcun rasa macam nak simbah jer muka pakcik Li dengan air Nescafe yang nekcun baru bancuh tadi.
“Ooohh.. tak mahu hati wanita terguris konon!... Ni yang kau ‘madu-madu’kan makwe kau tuh… baik ke? Banyaklah kau punya baik! Aku report kat ‘makcik’ kat rumah tuh, baru kau tahu!...” nekcun mengugut sambil turut tergelak.

Nekcun tahu pakcik Li ni memang suka bergurau dan kekadang memang kami dan kekawan lain yang selalu dalam kumpulan kami memang suka bergurau agak kasar juga tetapi kami tak kisah kerana kami sama-sama faham.
Hei… sape nih?” tiba-tiba pakcik Li bertanya sambil merenung borang permohonan kerja yang memang selalu ada banyak di atas meja nekcun.
“Heh!... dah mula lah tuh!... “ sergah nekcun sambil mengambil balik borang permohonan tersebut.
“Taaak!... aku tengok gambar dia tu… cun!... Kebetulan kat tempat aku tu ada satu post AM kosong, manalah tahu kot-kot boleh pulak dipertimbangkan permohonan dia tuh!” dengan lemah gemalainya pakcik Li memberitahu.
“Dah!... tak payah!... aku dah bagi satu trainee pompuan kat kau, dah cukup dah!... yang ini aku nak beri kat orang lain pulak!... tak kan asyik kau ajer nak dapat yang cun-cun!...” balas nekcun tegas.
“Hehehe… aku suka tengok nekcun naik angin!... hehehe…” pakcik Li terus mengekek.
Tidak dapat menahan geli hati melihat riak muka pakcik Li yang menyeringai nakal, nekcun pun turut tergelak besar.
“Hah!… iyalah pakcik Li… seronoklah tu!” ujar nekcun.
“Hei… bukan pakcik Li… Datuk Li…” jawabnya selamba.
“Hai… perasan lagi, orang tua nih!…” dengus nekcun
“Alaahhh… aku pun teringin gak nak jadi Dato’ Johari macam dalam novel kau tuh!…” jawab pakcik Li sambil terus tergelak.

Sebenarnya kekadang tu, bergurau, sakat menyakat ni ada juga baiknya ketika kita tengah stress atau pun tension dengan tugas yang bertimbun-timbun. Bagi nekcun bergurau secara ‘sehat’ sesama kekawan sekerja ni adalah satu cara yang baik untuk kita mengurangkan keadaan tension dan juga merupakan satu cara therapy minda yang selalunya agak kusut masai apabila bebanan kerja membelenggu kita. Hidup tanpa gurau senda adalah seperti makanan tanpa garam atau gula. Hidup akan jadi terlalu membosankan sekiranya kita terlalu serius tanpa gurau senda… Betul tak kekawan?...

P/s: Kalau nak tahu siapa Dato’ Johari, bacalah novel nekcun yang terbaharu “TIDAK KU PINTA”….

9 comments:

nadinezuharra said...

mm.. nasib baik Pakcik Li tak merajuk.. :D
*nekcun kerja di HR department ke..?

chekdenoor said...

aha.....tu...dia komen kat post nekcun...hehehehe....awat dia buat persenol.....hehehe...dia tak mahu kita yang overage sapa dia kot....heheheheheh....

Bestkan ada ramai teman-teman ofice......hmmm...itulah satu-satunyer yang chekdee rindukan sejak tinggalkan skola...... sekarang yang ada semuanyer staff chekdee jer...dia orang ni selalu cakap pun cover-cover....hormat kat boss kononnyer...heheheh....hmmm...so...kekadang sunyi gak......sunyi dalam kesibukan......

Nek Cun said...

Nadine... Pakcik Li tak leh nak merajuk ngan nekcun, nanti dia mesti rindu kalo tak cakap ngan nekcun walau pun sehari... hehehe...(perasan plak nekcun nih!)...
Ya... nekcun kerja kat HR Dept... Kerja 'jual' orang!... hehehe... sape marah2 nekcun 'jual'... hehehe...nekcun suka gurau jer!...

Chekdee...kalo jadi boss memang camtu... staff bawah takut nak gurau tak tentu hala...melainkan kalau yang sama level ngan kita...
Tak pa ler... kalau chekdee sunyi, mai lah sini kita gurau2... hehehe...

Nek Cun said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

haha...lawak tul nekcun nga kawan-kawan...mudah-mudahan hidup kalian semua ceria dan happy selalu~

Anonymous said...

Nek Cun,

Kirim salam kat Datuk Li ya.. Ni Datin Hz ni dah mula syok baca novel Nek Cun yang baru tu..

Masuk bilik ingat Dato Joe, masuk bilik ingat Dato' Joe, Nasib baik tido dengan Dato Zam (husband I ok).. Novel Nek Cun memang best!!!!! Teringat2 sampai hari ni 'terbeli' lagi novel Nek Cun, Mengamit Syurga Firdaus... sebab tak tahan!!!!

Sulela said...

Nekcun, gurauan tu membawa bahagia...ekekekek

Abang Long said...

Si Pakcik Li kerjanya mencari yang cun sahaja ... apa dia tak nampakkah si Nek CUN ada depan mata ... buat - buat tak nampak pulak !!!!! hahahahahahahahahahahaha ....

izman said...

saya dah tau!